Saturday, June 30, 2012

IKAN TOMBOK PUN TOMBOKLAH...

Malam ke-2 di Pahang, kan kami plan nak berbbq. Ikan dengan segala macam seafood kami dah borong kat Beserah. Tinggal nak beli bahan2 perapan dengan bahan2 untuk buat air asam je.

So, kami menyinggah kat Pasaraya Tunas Manja. Besor jugak Tunas Manja nih! Kalau nak tawaf 1 Tunas Manja tuh, memang semput jugak kot. Memandangkan kami kesuntukan masa makanya, kami shoppinglah secara laju2. Sap2 soi je dah siap! ;P

Kat villa stay terus bersilat pulak kat dapur. Memasing dengan tugasan memasing. Apa yang penting... kerjasama... La3... Ececehhh..! Tetiba Wonderpets keluar. Hiks...

~ Ikan yang bakal kami korbankan malam tu. Nama ikan ni adalah ikan tombok. Bukan aku kata... tapi, pakcik nelayan  yang kata... Heh!

~ Ikan merah dengan ikan termenung pun ada. Tak ketinggalan...

~ Bukti bahawa kami bekerjasama. ;D

~ Betapa ganasnya pesen aku memotong bawang, tomato & cili padi untuk dibuat air asam. Kaki siap ternaik2 kot..! Ha3...

~ Abang Mie jadik assistant mak untuk siang ikan. Wajah seorang penyiang ikan yang berwibawa... Bagus!

~ Sotong yang dah siap diperap.

~ Ikan termenung pun...

Kaum Adam ditugaskan khas untuk prepare tempat nak bakar2. Sebab kami tau diorang memang expert bab2 tuh. Kalau nak harap kat kaum Hawa, maybe subuh esok pun belum tentu boleh berbbq. Ha3...

~ Kami bubuh semua mende2 yang nak dibbq ke dalam aluminium foil. Nak carik daun pisang time malam2 macam tu ditambah pulak dengan tempat orang, memang tak la kot. Aluminium foil pun kira acilah! 

~ Berkerut2 muka menahan kepanasan. Kesian... Meh nak lap peluh, meh! Ececehhh..! Ahaks3...

~ Cucuk2 sikit aluminium foil tu dengan garfu dengan harapan cepatla sikit ia masak. Tak menahan dah nak mencium bau je. Hu3...

~ Mak turun padang sambil berposing. Kiut kan? ;P

~ Sila jangan percaya dengan apa yang anda semua tengok nih sebab kami tak tolong apa2 pun... Just tolong purak2 main senduk ngan pengepit tu je... Ha3...

~ Vandalism!!! Please don't try this at home, bebeh! Pssttt2!!! Jangan bagitau kat ketua kampung, ek? Kang tak pasal2 kami kena buang daerah pulak. ;P

~ Mak buat spotcheck. 'Bodyguard' mak yang 2 orang tuh pantang nampak camera... terus sawan! Ha3...

~ Ah kak yang over..! He3...

~ Kak Yong ngan Odah belasah main buaian di malam2 hari. Gasak koranglah!

~ Pertandingan siapa lagik berat? Heh3...

Berlengas jugaklah duduk kat luar tuh menunggu bbq masak. Cabaran katanya kan... Nak makan best2, kena la redah cabaran! Tak gitu, you ols..? ;P

~ Masak je semua, kami terus bawak masuk & hidang laju2. Kecur dah air liur nih! Hadoiiyaiiinyapun!!! 

Kami berbbq betul2 kat depan villa stay tuh. Kebetulan ada taman (playground) kat situ. Pus, kami dah mintak izin ngan tuan rumah untuk buat bbq. Tuan rumah jugaklah yang suggestkan untuk kami berbbq kat taman tuh. Tapi, time nak makan kami angkut la bawak masuk ke dalam rumah. 

Lepas makan, semua pengsan! Nak bersembang pun aci tunggu esok. Ha3...

1 pengalaman yang best, berbaloi & mengeratkan hubungan kekeluargaan. Tak percaya... cer try buat jugak. Nescaya tak menyesal! ;D


*Bersambung...


:: Like3, ek! ::


Wednesday, June 27, 2012

BAYU MALAM DI TELUK CHEMPEDAK

Lupa nak cerita. Malam yang kitorang terjah Ana Ikan Bakar tu kan, lepas makan2 kami terus berdesup ke Teluk Chempedak. Amik angin laut lepas perut kenyang. He3...

~ Sebelum keluar makan kat Ana Ikan Bakar, sempat lagik berposing. Heh!

~ Kak Yong macam dah low batterylah. Kesian! Tapi, 'P.E.A.C.E YA'LL' tetap maintain... He3...

~ Kiutkan kami? Ahaks3... Statement tahan makian nih! ;P

Tanjung Lumpur (lokasi Ana Ikan Bakar) dengan Teluk Chempedak takde la jauh sangat. Kira macam, ko pusing sini, ko belok sana, jalan terus sikit... dah sampai.

Sebab tu kami terus terjah. Alang2 katanya kan... 

~ Bentang tikar & melepak. 

~ Nak lepak kat tepi pantai pun boleh. Jalan kaki sikit dah sampai.

~ Kanak2 riang belajar menulis. Ha3... Eh! Nampak tak ada couple tengah dating baik punya kat belakang tuh? Jeng3... ;P

~ Tetiba diorang kaco kami dating. Sentapahkak!

~ Sentap manja2 je... Lepas tu, sawan camera! Heh3...

~ Mak datang join kami... Melepaklah kami bersama2...

~ Ombak. Malam tu bayu laut kuat. Sejuk je... Terus nak lentok2 kat my 'sayang'. Ha3... Apakah..??! ;P

Nak mencarik Teluk Chempedak ni senang. Kalau pakai GPS lagik giler senang. Kalau takde GPS, aci usha2 signboard pun, sure tak sesat. Tapi, kalau korang pergi time peak season, memang jemm sikit la. Nak parking pun macam hazab kot. 

Kami pun macam bernasib baik je sebab masuk2 parking lot terus dapat park kereta. Kebetulan ada kereta yang nak keluar kan... Parking kena charge singgit. Kakak aku parking tang sinun. Lain area ngan kami. So, dia punya charge pun lain. Kena 2 hengget.

Havoc jugak suasana malam kat Teluk Chempedak. Macam2 ada kot. Kalau korang berhajat nak beli souvenir, nah... ini la tempat paling sesuai. Keychain, fridge magnet, topi, baju, hiasan2 dinding... banyak lagiklah! Ko sediakan je duit, lepas tu pilih2 mana yang berkenan. 

Aku tak beli apa2 kat sini sebab masa 1st time singgah sini dulu dah beli fridge magnet. Cuci mata sambil menikmati bayu laut je lah. 

Jom jalan2!!! ;D


*Bersambung...


:: Like3, ek! ::



POSE KOLAM RENANG ALA2 MAJALAH 'MANGGA MUDA' (BUKAN NAMA SEBENOR). OOPPSSS!

Korang ingat artis2 fofular je boleh berposing gediks2 kat kolam renang macam dalam majalah 'Mangga Muda' (bukan nama sebenor) tuh?! Eh! Ah kak pun boleh jugak tau! Tapi, versi perempuan di bawah lindungan Kaabah sikit la... Ahaks3...

~ Tarat tat taraaa........ Comel tak? Comel tak? ;P

~ Dengan 'boyfren tak cukup umur' pulak. Ko ada..??! Ha3...

~ Mengenterframe. Harap maklum. ;P

~ Masih dengan 'boyfren tak cukup umur'. He3...

~ Cayang dia laju2 sangat..! Cewwah..! ;D

Amacam? Boleh kalah tak artis2 kolam renang ala2 majalah 'Mangga Muda' (bukan nama sebenor) tuh? Heh3...


*To be continued...


:: Like3, ek! ::



KUDAPAN TERBAEK..!

Malam tadi, lepas lipat kain dalam 10 helai (bunyik macam rajin. Tapi, ada sebakul lagik yang tak berlipat, noks! Waduh3..!!!), terasa macam kering pulak tekak nih. Laju2 selongkar fridge. Mencarik apa2 yang boleh di-ngap! Heh3...

Selepas gigih berusaha menyelongkar, maka terjumpalah buah tembikai yang aku beli masa keluar ngan mak hari tu. Dah selesai separuh, ada lagik separuh untuk diselesaikan. Aku potong 1/2 je. 

~ Makan depan tv sambil layan Masterchef Selebriti. Eh! Kitorang makan bersuap2 tau! Jeles tak? Jeles tak? Ahaks3...

Walaupun katanya tembikai tak berapa bagus untuk sesiapa yang planning untuk dapat baby tapi, kaler merah menyala dia tuh yang buat aku tak menahan..! Kira aci je lah. Bukannya selalu pun. Ha3... Klise betul! ;P

Sepinggan tembikai merah... itulah kudapan terbaek untuk malam tadi... Sekian melaporkan... ;P


:: Like3, ek! ::

WORDLESS WEDNESDAY #3: MASA ITU KAN EMAS

~ Masa = emas. Eh! My 'sayang' ada jam tangan. Ko ada? Ha3... Motip nak menyakitkan hati orang tapi, macam hampeh je kot. ;P

:: Like3, ek! ::

Tuesday, June 26, 2012

RESTORAN ADIK MANJA? JENG3...

Dah nak balik pun still gigih berphotoshoot. Biasa la tu kan... Sawan camera! Ha3...

~ Cubaan my 'sayang' menjadik monster..! Warrrgghhhh,,!!! Harrrgggghhhh2..!!! ;P

~ Kat celah pelampung pun jadik. Janji enterframe... Ha3...

'Check-out' je dari BGWP, perut seperti didodoi2kan, hokay..! Kalau berdodoi lagu keroncong, takpe la jugak. Ni berdodoi lagu heavy metal... lapor tahap gaban betul! Adeh3...

Menggagau kami mencarik kedai makan. Masa tu dah almost pukul 4 petang. Kedai makan di sepanjang jalan balik tu dah la sangat tak banyak. Ada la dalam 3-4 kedai. Tu pun lauk dah sold out! Tinggal saki-baki kuah je.

Hadoiiyaiiinyapon!!!

~ 1st kedai yang kami singgah konon2 nak makan tapi, nan ado makanannya. Cis betul! Nasib baik ada jual buah2-an potong. Mak alas perut dengan tembikai. Comel kan mak aku posing? Hiks...

Kecewa tak hengat! Jalan terus lagik... memang la ada kedai makan. Tapi, tutup dik non, oiii..!!! Memang banyak jugak yang tutup. Agaknya kat Pahang ni kedai makan tutup hari Sabtukah? Hu3...

Jalan depan lagik, terjumpa la 1 kedai makan nih... Nampak macam bukak sebab ada a few meja yang ada orang tengah menjamu selera. Fuh! Lega..! Memberi sinar harapan betul pada perut ah kak tau! ;P

~ Mak cik ni kan... time lapor tahap gaban pun gigih nak berphotoshoot. Haish!

~ Sweet Kak Yong! Macam Maya Karin pulak..! Acu dia pun... He3... Motip..??! 

~ 1 anak dara abang & 1 anak dara kakak. Pejam celik, pejam celik... dah besor dah diorang nih. Dah boleh jadik teman shopping, noks! He3... 

Aku order nasik goreng belacan. Amekaw! Ingatkan dia goreng nasik tu dengan belacan bakar yang dihancur2kan. Rupa2nya, dia goreng dengan sambal belacan terus! Nasib baik sodap & portion banyak. Kenyang perut ah kak...

Bbrrppp...!!! Ooppsss! Heh3...

Nama gerai makan tu adalah lupa. Even memang tak amik port pun tentang apa namanya sebab dah kebulur. Gerai biasa2 je la... Tapi, service & rasa makanan not bad.

~ On the way nak balik lalu Jalan Gambang-Kuantan tu kan, kami terserempak dengan Restoran Adik Manja nih. Nama macam kiut. Tapi, restorannya weird habis! Ngeeeeeeee.........

Kalau korang rajin menggoogle, korang taip je Restoran Adik Manja sure banyak cerita2 misteri yang keluar pasal restoran nih. Antaranya, korang boleh baca kat sini

Cer try baca time dok sorang2, di antara pukul 12.30 tengah malam till 3 pagi. Kalau jiran korang orang Cina lagik terbaek kot sebab untung2 boleh dapat sound effect free bunyik salakan anjing yang sayup2 tuh.

Fuh! Neves! Boleh menggigil lutut!

~ Rupa paras restoran tuh...

Actually, sebelum berangkat ke Pahang lagik aku dah tau pasal misteri nusantara Restoran Adik Manja nih. Ros yang bagitau sebab dia terbaca kat facebook kalau tak silap aku. 

Sampai Kuantan, aku buat sebaran am kat family aku. Habis semua kecut perut! He3...

Apa2 pun... wallahualam...

Errr... korang pernah ke try menyinggah kat Restoran Adik Manja? Tettttttt..........!!! Larikksss..!!! ;P


*Bersambung...


:: Like3, ek! ::



BABAI BUKIT GAMBANG WATER PARK

Jenuh kot kami mencarik port yang paling strategik. Abang dah tak larat dah nak mengusung bakul susu anak2 dia. So, dia landing je kat bawah pokok kelapa dekat dengan 1st pool yang ada wave palsu tuh. Aku pulak, terus mengexplore. 

~ Masih mengskodeng2 port terbaek...

~ Kak Yong cool je. He3...

Sampai ke telematch pool pengexploran ah kak tau! Kat situ la port terbaik kot. Siap ada tempat duduk dengan meja lagik! Pool pun besor. Aku patah balik, carik abang, suruh abang pindah ke situ. Maka berkubanglah kami dalam pool gedabak tuh.

Kami buat pool tu macam tok nek kami yang punya..! Siap buat telematch spotan lagik, noks! ;P

~ Takut airkah? Ha3...

~ Luas kan poolnya? Puas!

~ Rifqi memang dasat! Takmo naik langsung! Gigih nak berkubang. Bila kita angkat naik atas, dia mengamuk. Ha3...

~ Paparazzi di celah pokok. Heh3...
Telematch senang je... Lawan jalan kaki dalam air. Dari sini ke hujung sinun. Mak tukang kira & jadik referee. Banyak kali kot dok ulang2 lawan jalan kaki dalam air tuh. & sebanyak tu jugaklah aku jadik yang tercorot.

Jadik bahan la aku masa tu... Sentapahkak! Sob3...

~ Santai2 kejap lepas bertelematch. Semputttttt........... ;P

Alaaa... sentap kejap je... Sentap manja2 kata ko! He3... Bila ingat balik, memang kelakor! Pengunjung lain yang berkubang kat pool tu pun terkagum2 & tersenyum2 tengok kami. He3...

By the way, sampai sekarang aku confuse, apsal aku asik tercorot je, ek? Apakah..??! ;P

~ Dah salin baju, nak balik dah... Amik gambar kat trem ni dulu. ;)

Actually, ada banyak pool yang kami terjah. Dari yang untuk dewasa sampai la ke pool kanak2. Semua kami belasah! Rugi tak try. Heh3...

Tapi, yang slide pakai pelampung dengan slide yang pakai mat tu memang tak kose kot aku nak mengtry. My 'sayang' pun gayat jugak. Abang ngan A_bern je yang mengtry. Terkagum2 aku tengok abang yang penggayat tak hengat tu naik slide pakai mat. Meniarap pulak tuh!

Humangaih!!!

~ Penat tapi, puas hati kot... ;D

Ada 1 pool tu macam lebih kepada pool untuk kanak2 la... Tapi, ada kami kesah..??! Kami redah je..! Plus, memang tak melanggar peraturan pun... Kira aci je...

Kat pool tu ada slide comel2 untuk kanak2. Takde la pulak kami naik slide tuh kan... Retak menanti belah pulak kang slide tuh. He3...

Yang bestnya, kat situ ada 3 ekor ikan palsu yang mulutnya ternganga dok tadah air. Tunggu masa je nak berpusing, muntahkan air tuh. Momen tu la yang kami dok tunggu. Kami stay kat ikan yang paling besor. Ternganga2 kami tunggu ikan tu muntahkan air. Nasib baik tak masuk lalat je... ;P

~ Begini la rupanya pool tuh. Nampak tak ikan2 tu dok nganga menadah air untuk dimuntahkan? Kami bersidai kat tepi2 tu la... Betul2 kat depan ikan yang paling besor. He3... 

Agak2 nak berpusing kepala ikan tuh, kami semua jerit2 la, 'Huuuuuuuuuuuu.......' Lepas tu, terus... gedebush..!!! Ha3... Lawaklah...

~ Kesian Baby Odah. Mengantuk sangat dia. Tapi, masa kitorang ajak salin baju, dia yang kata takmo balik lagi. Isk3...

Last sekali, kami main kat pool yang ada wave palsu. Giler kentang dia punya ombak! Makin lama makin kuat! Makin lama makin kuat! Neves ah kak tau! Hu3...

~ Renungan makrifat Kak Aneem. Awwsss..!!! Ngeri, noks! Ha3...

~ Baby Odah dah ada mood sikit dah sebab dia sempat tido sekejap lepas salin baju. Pekena susu sebotol terus... zzzzzzz.......

Kesimpulannya, BGWP ni not bad la... Tapi, bila masuk bab makan ngan pelampung tu yang tak boleh blah! Sebab pelampung macam limited. Lepas tu, kalau ko nak main slide ngan menyelusuri sungai buatan tu, of cos ko perlukan pelampung. Pelampung tak disediakan di setiap pool. Ko kena chop pelampung tuh kat entrance. Tu pun kalau dapat la kan... Kalau sold-out, menganga je la ko kat situ.

Pelampung tu tak termasuk sekali dalam harga tiket, ye anak2..! Lain pakej pulak. Kalau tak silap aku, 20 hengget kot termasuk deposit. 

Makan pun aci top up kat entrance jugak. Means, let say ko top up 50 hengget kat tag (gelang tiket) yang ko pakai tuh. Tetiba tengah syiok2 main, ko rasa lapor. So, ko terus pergi kat cafe2 yang ada kat dalam tuh. Then, ko tala je tag untuk discan oleh penjual makanan. Begitu...

Gazebo pulak memang bersepah. Tapi, still tak termasuk dalam harga tiket. Kalau nak gazebo, kena bayor 39 hengget kalau tak silap aku untuk 1 gazebo. Locker pun kena bayar 15 hengget. 

Tapi, kalau nak merasa pengalaman berkubang kat BGWP ni, takde masalah. Alah bisa tegal biasa kata ko! Korang terjah je alamat kat bawah nih:-

Bukit Gambang Water Park
Jalan Bukit Gambang Utama, Bukit Gambang Resort City
26300 Kuantan, Pahang

Masa kami pergi tu, BGWP ni still banyak yang under construction. Plus, sebab tu jugaklah harga tiket quite murah, siap ada baucer diskaun lagik kan... 

Hokaylah! Dah tiba masa untuk ucap babai kat BGWP... ;)


*To be continued...


:: Like3, ek! ::