Friday, April 6, 2012

PULUT KUNING VS KEK COKLAT... HAPPY BIRTHDAY..!

Bulan Mac, ada 2 orang dalam family aku yang sambut birthday.

Eh, kejap! Lupa nak cakap yang ni cerita bulan Mac tau! Bukan April... Sila terima dengan redha, ye anak2..! Ha3...

A_bern berkongsi bulan dengan Baby Odah, sambut birthday di bulan Mac. Bagus sebab save budget nak buat birthday bash kot. ;P Plus, pandai korang bajet turn nak 'keluar' tengok dunia. Ha3...

~ Cadangnya nak kasik surprise especially kat A_bern la kan... Tapi, belum apa2, makcik kaki posing ni dah kepohchi dulu. Hadoiiyaiii..!!!

~ Roger2 mak, kata nak buat pulut kuning. Bahan2 pun dah siap beli & bagi kat mak. Mak pulak  terus pass kat nenek sebab mak ada banyak lagik mende yang nak dimasak. Bubur la... sambal tumis ikan bilis lagik... Owh... tetiba terliur la pulak! Adeh3...

~ Aku dengan Kak Aneem jadik tukang decor2kan. Tapi, aku buat 1/2 way je kot. Selebihnya, Kak Aneem yang setelkan. Biasa la... bab2 mendecor2 ni ah kak agak kureng jugak la... Hu3...

~ Tadi tu konon2 nak decor2 nama 'ATIN'. Macam menjadik la jugak kot. Yang ni pulak konon2 nak decor2 nama 'RAUDHAH'. Macam pelik kot. Nak kena ada renungan makrifat, baru boleh nampak 'RAUDHAH' tuh. Ha3...

~ Kan aku dah cakap, makcik kaki posing ni belum apa2 dah kepohchi habis! Kita sorok2 pulut kuning tu kat rumah nenek pun, dia terjah jugak. Siap buat sebaran am pulak tuh! Paling tak menahan dia siap suruh kita snap gambar dia ngan pulut kuning pulak dah... Ewah2..!

Pukul 8 p.m, tetamu jemputan sampai... Alah! Family terdekat je... Nenek, Pak Yang, Mak Yang & family. Yang penting meriah! ;P

~ Kek yang disponsor oleh Kak Aneem...

~ Birthday girls in da house..! ;D

~ Sepatutnya birthday girls ada 2 orang je. Tapi, ada pertambahan pulak lagik sorang. Makcik kaki posing kata ko! Takpe la... Kira aci je la... ;P

~ My 'sayang' nak main suap2 dengan Pak Yang. Sampai tersipu2 Pak Yang tau! Ha3...

~ Makan time..! Terima kasih kepada tukang cedok sup. ;P 

Eh! Jangan tak tau... sup ayam untuk kuah bihun sup ah kak yang masak tau! Siap dengan sambal kicap sekali. Ni second time kot masak untuk jamu ramai orang. 1st time masa berbuka puasa kat Taman Manik dulu tuh. Macam nervous sebab takut tak menepati piawaian kan... tapi, puas hati! ;) & alhamdulillah sebab takde yang masuk ICU! Ha3...

~ Ah kak pun nak main suap2 jugak... Hiks3...

~ Tetamu2 VVIP... ;P

~ Kami dah start sengal dah! Ha3... Eh! Muka Rifqi paling kiut kot. Cer tengok muncung dia. He3...

~ Family ah kak yang semakin tak dapat dikawal! Ha3...

~ Meriah2..! ;D

~ My 'sayang' kurang kerja kot. Ha3...

~ Rifqi kiut! Hiks...

~ Potong kek pun control ayu. Ahaks3...

Alhamdulillah...

Semuanya berjalan lancar. Walaupun plan last minute, persiapan pun kelam-kabut tapi, akhirnya berjaya jugak buat birthday bash untuk anak2 sedara aku, A_bern & Baby Odah.

Kebetulan pulak masa tu A_bern balik kampung sempena cuti sekolah kan... So, buat sekali harung je la dengan Baby Odah. Simple tapi, meriah! ;)

Happy sweet 15 to A_bern & happy 3rd birthday to Baby Odah... Semoga korang jadik anak2 yang solehah & berjaya di dunia & akhirat. Amin...

Bulan ni, takde birthday siapa2 kot. Tapi, nak spend duit beli hadiah2 tertunggak A_bern & Baby Odah. He3... 

Insyaallah...


:: Like3, ek! ::



No comments:

Post a Comment

KAMSAHAMNIDA...