*Slot Ketuk2 Kuali Bersama Areleez (KKBA)
Ayam ala Kassim lagik kot... Rasanya resepi semua dah pernah dipublish & dikongsikan bersama. Tapi, takpelah. Demi untuk 'peminat2 setia' ah kak, akan dikongsikan semula... ;)
Ecewah! 'Peminat setia' kata ko! Ha3...
Bahan2:-
1/2 ekor ayam (dipotong & dicuci bersih)
3 - 5 tangkai daun kari
1 biji bawang besar (dihiris)
1 sudu besar rempah kari
1 keping asam keping
1 cawan cili kisar
Garam
Gula
Air masak
Minyak masak
Serbuk perasa
Bahan2 Kisar:-
1 biji bawang besar
3 biji bawang putih
Cara2 Penyediaan:-
1) Lumur ayam dengan rempah kari & sedikit garam. Panaskan minyak. Goreng ayam hingga garing. Angkat & toskan.
2) Panaskan minyak. Tumis cili & bahan2 kisar hingga pecah minyak.
3) Masukkan sedikit air masak.
4) Perasakan dengan serbuk perasa, garam, gula & asam keping.
5) Masukkan daun kari. Sebatikan.
6) Masukkan ayam yang telah digoreng tadi. Kacau rata.
7) Masukkan bawang besar. Masak hingga bawang sedikit layu. Angkat & hiaskan dengan lebihan daun kari. Hidangkan.
~ Ayam ala Kassim Re-share. He3... |
Cara biasa adalah dimakan dengan nasik putih panas2, buat menu lunch/dinner. Cara luar biasa pulak adalah makan dengan roti potong2 cap Gardenia/apa2 cap yang korang suka/roti bawang putih/roti Perancis. If roti bawang putih/Perancis, lagik sodap kot kalau korang sapu ngan butter sikit then, bakar sekejap. Then, boleh cicah dengan Ayam ala Kassim nih.
Terangkat, bebeh! ;P
:: Like3, ek! ::
6 comments:
KELIHATAN SEDAP DAN PASTINYA LAZAT.. EEEMMM...
tang kena goreng tu yg lain tu..bleh try la sok
alaaaaaaaaaaaa kasiimmmmm... saya terliurrrrrr laaa
fairus,
klu dimasak dgn ikhlas & penuh kasih sayang, insyaallah.. pastinye sodap & lazat! xsyak lagik! ecewah! hiks..
Ms.Lilies,
owh.. sila2.. jgn xtry! try je! he3..
si tuan putri kiUt,
tang 'alaaaaaa kassimmmm..' tu yg mahal tuh! ha3..
Post a Comment