SiNgGaH Lg, Ek! ;)

Monday, February 6, 2012

JALAN2 SAMBIL BERKENALAN DENGAN BINATANG

Intro gambar unta yang ah kak tepek sebelum ni, bukanlah menunjukkan yang ah kak berada nun jauh di Egypt mahu pun Afghanistan. Apa korang ingat kat belah2 sana je ke boleh jumpa unta?! Kat dalam Malaysia ni pun boleh jumpa tau! Nak bertepuk tampar pun boleh! Kalau berani la kan... ;P

Well... di mana lagik kalau bukan di Zoo Taiping..! Owh... yeah..! ;D

Lepas berlibur kat playground, kami ke Zoo Taiping pulak. Walaupun zoo bukanlah termasuk dalam senarai tempat faveret ah kak tapi, redah jugak la semata2 nak kasik Kak Yong & Baby Odah merasa masuk zoo.

Actually, masa beli tiket pun hidung kami semua dah kembang-kuncup dah sebab dah terbau2 bau yang kurang menyenangkan. Biasa la... zoo kata ko! Muka memasing dah ijo tapi, gigih jugak nak masuk. Tiket dah beli. Rugi wooo... Ha3...

~ Ni kat perkarangan zoo. Ada beberapa ekor replika binatang yang diorang tayang kat situ. My 'sayang' jumpa replika 'Bujang Senang', terus terpikat! Ha3...

~ Kak Yong sporting, owh... Berposing sepenuh hati! He3...

~ Konon2 dasat sangat la tuh sampai boleh dengan relaksnya dok pegang taring 'Pak Belang'. Kagum2... ;P

~ Berposing secara berjemaah...

~ & lagik... My 'sayang' sedang dalam cubaan mengcover perut boboyotnya. Ha3...

~ Kak Yong tu berani2 takut je nak pegang kepala 'Encik Gorilla' tuh. Sebelum tu, nak lalu depan 'Encik Gorilla' pun cuak habis, hokay..! Hiks...

~ Kami naik trem je. Koselah nak menapak.

~ Siapa yang paling over excited? Heh3...

~ Love this pic!

~ Gambar2 binatang yang disnap sepertinya macam tak berapa nak memuaskan. Amik gambar masa trem tengah berjalan kan... Aci bbelasah je. Mana yang termasuk tu, kira oklah. Mana yang termiss tu, nak buat macam mana kan... Hu3...

~ Ini gorilla kot...

~ Orang utan... Korang carik la sendirik, ek kat ceruk mana orang utan tuh.

~ Besor2kan mata untuk carik ekor buaya. He3...

~ Landak kot...

~ Pelanduk.

~ Rusa.

~ Singa tengah tido. Pemalas, owh... singa kat zoo nih! Makan-tido, makan-tido je kerjanya! Haish!

~ Beruang.

~ Burung bangau. Slim & panjang betul kaki diorang!

~ Anak rusa kot...

~ Zebra a.k.a kuda belang.

~ Ostrich a.k.a burung unta. Bagi free pun, aku takkan make a ride on it kot. Ngeri!
~ Seladang tengah lepak.

~ Anak zirafah.

~ Unta fadang fasirlah! ;P

~ Zirafah dewasa.

~ 'Pak Belang' yang tersorok. Pun malas cam singa jugak. Tak mesra alam pulak tuh! Nak mengaum pun susah! Haish!

~ Swan yang comel lagik romantik! Awwsss2..!!! ;P

~ Badak sumbu putih. Mentang2 la dah putih, berjemur nak tannkan kulit la tuh! ;P 

~ Jumbo si gajah biru... Eh, tak! Yang ni tak biru tapi, kelabu. He3...

~ 'Pak Jumbo' tengah bersenam & menari2..! Kiut!

Besor jugak Zoo Taiping nih. Kalau menapak, mau menggigil2 jugak kot lutut. Nasib baik naik trem. Fuh!

Musim2 cuti sekolah/hujung minggu, boleh la kalau nak bawak anak2 mengenal binatang kat Zoo Taiping. Nak cerita direction, memang ah kak fail la kan... Tapi, kalau setakat nak kasik alamat tu, bolehlah...

Zoo Taiping & Night Safari
Jalan Taman Tasik Taiping
34000 Taiping, Perak

GPS la sendirik, ek?! ;P 

Tiket masuk 12 hengget untuk dewasa & 8 hengget kot untuk kanak2. Dibuka dari 8.30 pagi sampai pukul 6 petang. Everyday hokay..! Means, Zoo Taiping tak pernah cuti! 

Kalau berminat nak tau lebih lanjut pasal night safari/apa2 yang berkaitan, boleh click kat sini.

Sekian kesah jalan2 ke Taiping... ;)


:: Like3, ek! ::



No comments:

i SeRvE nUfFnAnG aDs

GO SEARCH BY GOOGLE SEARCH ENGINE

Google