SiNgGaH Lg, Ek! ;)

Thursday, November 10, 2011

PERTUNANGAN DADI & HAINI

Yuppp! Pertunangan Dadi & Haini... Itulah yang aku maksudkan dalam entry sebelum nie. Alaaa... yang show-off2 hantaran tu, ha... Ingat tak? Ingat tak? Hmmm... kalau tak ingat, sila scroll ke bawah, ek?! ;P

Dadi adalah adik ipar aku. Bertunang dengan orang Selama, Perak. Rombongan pihak lelaki datang meminang pada 29 Oktober 2011. Owh... lama jugak ah kak peram cerita nie, ek?! He3...

Majlis merisik, meminang & bertunang, semua berjalan dalam 1 hari yang sama. Means, sekali harung la... Sonang! Plus, walaupun bunyiknya macam 1 negeri (Perak bertemu Perak) tapi, jauh jugak Selama tuh rupanya. Kebas jugak la bontot dok dalam kereta. Fuh!

Apa2 pun, alhamdulillah... selamat sampai...

~ Hantaran daripada kami a.k.a pihak lelaki...


~ Recycle tema bertunang A-im, silver-hitam. He3...


~ Yang nie spesel sebab mak yang buat. Ngeh3...


~ Antara hantaran2nya adalah sejadah + telekung...

~ Kasut... & banyak lagiklah! Kose nak sebut satu2 kan... Penuh pulak page blog ah kak nie kang. ;P

Kami bertolak pukul 10.30 a.m. Almost pukul 2 p.m baru sampai ke destinasi. Konvoi 5 buah kereta. Biasa la kan... kalau dah ramai2 tu, harus la kejap2 berhenti kat R&R, tumpang shi2... kejap2 berhenti kat petrol station, beli junk foods... Begitulah kekdahnya...

Sampai2, tuan rumah terus jamu makan. Macam tau2 jer yang kitorang memang tengah kebuluran. Sangat memahamilah! Nak like banyak2 kat tuan rumah! Ahaks3...

Lepas makan, terus masuk dalam rumah. & sesi peminangan pun bermula...

~ Belum apa2, Udda dah start berposing. Sawan camera kata ko! Ha3...

~ Dipendekkan cerita, tibalah ke acara sarung2 cincin...

~ Acara wajib, salam & cium tangan bakal mak mertua... Kalau tak buat, nanti kena reject! Ngeh3...

~ Haini namanya. Turn bergambar dengan mak pulak. Eh! Mak senyumlah! He3...

~ Haini ngan Angah Siti. Mak sedara my 'sayang' nih.

~ Enterframe... ;P

~ Hah! Dah sampai turn tuan tanah kedaung nak berposing gediks2 dengan Haini. La3...

~ So, sweet..! Ecewah! ;P

~ Along, my MIL, Mak Ngah & Haini.

~ Aku dengan mak tak habis2 lagik berposing gediks2. Ha3...

~ Yang nie mungkin mak Haini. Hmmm... I think so la... Lupa pulak nak berkenalan. Ya ampon... ;P

~ My 'sayang' jeles! Asik bini dia jer yang berposing sakan kan... Dia pun nak enterframe jugak..! Ha3...

~ Kak Mah & Awa. Kak Mah nie anak angkat nenek my 'sayang'. Tapi, still ada kaitan sedara ngan Angah Siti. Macam berpusing2. Kesimpulannya, kira sedara jugak la... Senang cerita.

~ My MIL yang rasa lega sebab sorang lagik anak bujang dia bertemu jodoh. Alhamdulillah...

~ Owh... tak habis2 lagik gambar Cik Udda nie rupanya. ;P

~ Haini & Dadi... officially engaged. ;)

~ Berposing dengan hantaran...

~ Dadi punya hantaran memang Hari Ini Dalam Sejarah betul! Sebab paling banyak balasan daripada pihak pompuan. 

~ See2! Giler banyak! 

~ 49 kalau tak silap aku. Berderet2 kata ko! Daripada pihak lelaki cuma 27. 

Nasib baik ada 5 buah kereta. So, muatlah nak sumbat hantaran2 tu semua. Fuh! Dasat betul! 

Last but, not least... aku nak wish Selamat Bertunang to Dadi & Haini. Semoga ikatan pertunangan bakal melangkah ke 1 fasa lagik iaitu ke jinjang pelamin. Insyaallah...

Terjawab dah kan spekulasi pertunangan siapa tuh? ;P


:: Like3, ek! ::

No comments:

i SeRvE nUfFnAnG aDs

GO SEARCH BY GOOGLE SEARCH ENGINE

Google