SiNgGaH Lg, Ek! ;)

Wednesday, September 14, 2011

BERAYA KE KUALA KANGSAR

Sebelum raya hari tu, ayah Roy sakit. Sampai masuk spital jugaklah katanya kan... Tapi, masa raya tu dah dischargelah. Tu yang kitorang nak ziarah tuh. Merangkap beraya kata ko..!

On the way tu, kitorang singgah kejap ke rumah KF, tunang Udda, nak beraya dengan family KF. Dah alang2 lalu kan... Sempat la makan nasik tomato + ayam masak merah + rendang... Alhamdulillah... Rejeki jangan ditolak, bebeh! ;P

Kalau beraya nie kan, memang makan jer la kerjanya... Kalau kat rumah KF dijamu dengan menu2 seperti di atas tuh, kat rumah Roy plak kitorang dijamu dengan menu makan tengahari. Ada nasik putih, masak lemak rebung + udang, ikan masak pedas, rendang ayam kampung, sambal tempoyak & ulam2-an.

Pukul 2.30 p.m kitorang mintak diri sebab nak ke Taiping plak. Ada agenda baik punya kat sana! ;P

~ Dipendekkan citer, dah pun sampai highway nak ke Taiping. Jem wooo... Berpinau bijik mata menengok kenderaan yang bertali arus tuh! Fuh!

~ Walaupun jem, ah kak tetap maintain kiut! Kan3..??? Ahaks3...

~ Gumbira betul makcik nih! Baru lepas beraya di rumah tunang kata ko..! Ha3...

~ Tengoklah my MIL tuh. He3...

~ Mr. Driver pujaan hatiku..! Ecewah! ;P

Actually, kami nak ke Taiping sebab nak berkenalan merangkap beraya dengan bakal menantu abah & my MIL. Girlfren Dadi & boyfren Jijah. Means, perjumpaan kali pertama la nih. Ala2 suspen gitu..! Owh... over ah kak! Ha3...

Dah lewat petang baru kitorang gerak balik. A-im buat lawak antarabangsa di hari raya. Konon2 nak ikut jalan shortcut berpandukan GPS. Sekali masuk-keluar estet ko! Giler weird lah jalan tuh! 

Tembus kat Beruas nun! Dari Beruas tu plak jalan punya la sunyi-sepi! Kiri-kanan cuma ada ladang kelapa sawit. Hadoi!

Tiba2 my MIL bersuara:-

'Eh! Malam nie malam Jumaat kan?'

Uwaawaawaaaa.... Terus rasa ngeri2! Dasat kan ayat tanya my MIL tuh? Hu3...

Apa2 pun, alhamdulillah la... sebab selamat jugak kami sampai ke rumah akhirnya... Fuh!


:: Like3, ek! ::


No comments:

i SeRvE nUfFnAnG aDs

GO SEARCH BY GOOGLE SEARCH ENGINE

Google