SiNgGaH Lg, Ek! ;)

Monday, September 12, 2011

2 SYAWAL DI RUMAH MAK

Raya pertama tu cuma dapat terjah 3 buah rumah jer. Lepas ke rumah Along, kami teruskan beraya ke rumah Mak Ngah kat Selabak plak. Rumah Mak Ngah nie kira rumah wajib la kalau beraya sebab nenek my 'sayang' tinggal dengan Mak Ngah. Di samping beraya, buleh la ziarah nenek yang dah agak uzur jugak la kan...

Pagi raya kedua, lepas breakfast, aku & my 'sayang' balik kampung ke rumah mak plak. Walaupun cuti aku adalah 9 hari tapi, kami memang takde praktikkan sistem bahagi2 coti balik rumah siapa?! Yang kami praktikkan adalah sistem giliran untuk balik kampung/raya pertama di rumah siapa dolu?! Mak/mertua.

Hari2 seterusnya, kitorang decide depends kepada priority/booking. Means, kalau raya kedua tu takde apa2 program di rumah mertua + adik-beradik aku sume plan nak beraya dengan mak pada hari raya kedua makanya, baliklah kami jugak pada hari raya kedua. Begitu jugaklah sebaliknya kan...

Atau dalam bahasa mudahnya, kalau kat sini takde program & kat sana plak nak jalan2 beraya, kami akan join yang jalan2 beraya tu lah. Kekdahnya...

~ We ols yang pertama sampai kat rumah mak. Rasa bangga tahap gaban la plak kan... sebab asik2 yang terlast jer kan... Ha3...

~ Lepas tu baru kakak & family sampai. Lepas breakfast untuk kali yang kedua, kami terus gediks2 berposing dolu sementara menanti ketibaan abang & family.

~ Ada 2 camera. Sebab tu ada yang pandang ke sini & ada yang pandang ke sinun.

~ Mak seperti biasa, memang payah sket nak senyum bila bergambar. Segan katanya... 

~ Bagi mak, nie dah abis senyum dah nih! He3...

~ My 'sayang' bermuka sedih sebab tak dapat nak cover perut dia yang 'comel' tuh! Ha3... Larikksss..!!!

~ Kami memang poyos bila tiba bab2 berposing di hari raya nih! Sampaikan nak kasik mak duit raya pun kitorang gediks berposing! Ha3...

~ Layankan jer... Hiks... 

~ Tak lama lepas tu, abang & family sampai... Apa lagik?! Kak Yong terus posing 'peace ya'll' lah! ;P

~ Cik Odah memang ratu pose manja! Amik duit raya pun nak pose manja2 jugak! Ha3...

~ Holloh3..!!!

~ A_bern yang poyos bila dapat duit raya daripada Pak Su yang handsome. Errr... handsome..??? Motip apakah..??! Ha3...

~ Kak Yong pun dapat jugak...

~ A_bern memang mata duitan! Semput ah kak tau kalau ada 10 orang anak sedara macam dia! Fuh! Adeh3...

~ Banyak duit raya Kak Yong. Simpan kat Tabung Haji katanya... Bagus2... Kalau simpan kat akaun Acu dia yang kiut nie pun santekmenarikkomemangthebomb jugak! Ha3...

~ 'Kakak besor' dengan 'kakak kecik'. He3...

~ Turn abang & family plak nak berposing.

~ Mak & cucu2nya... Pejam celik, pejam celik, dah 4 orang dah cucu mak. 

~ Tetiba terselit plak muka Mak Yang kan... Layan jer la...

~ Geng2 pompuan plak berposing dengan mak. Tapi, nampak macam Rifqi terselit di situ. Eh2!!!

~ Hah! Yang nie baru betul! Geng lelaki bergambar dengan mak. Lelaki ada 4 orang jer dalam family aku. Geng pompuan lagik banyak merangkap mendominasi keturunan Mohd Adnan & Siti Rosiah. Girls power, bebeh! La3...

~ 3 Girls Power mencarik background lain untuk berposing iaitu di tepi pintu. Kira shot paling terbaik sangat la tu konon2nya kan... Ha3...

~ Nak amik portrait family raya. Tengah testing2 nih. Photographer (Abang Mie) tengah setting2 camera. Sebab tu dia takde dalam gambar.

~ & finally, this is our family portrait for Raya 2011. Yippie2..!!!

Lepas berposing raya, sume gigih mentouch up balik sebab nak pergi beraya..! Yahooo..!!! ;D


:: Like3, ek! ::

No comments:

i SeRvE nUfFnAnG aDs

GO SEARCH BY GOOGLE SEARCH ENGINE

Google