*Slot Resepi: Ketuk2 Kuali Bersama Areleez (KKBA)
Simple giler jugak! Tengok rupa pun memang dah tau cara2 nak masak. Tapi, takpe la... Aku share2kan la jugak kan... Jadik, sila layan! ;P
Bahan2:-
20 batang kacang buncis (dipotong serong)
1 biji bawang besar (dihiris)
1 tangkai cili hijau (dihiris serong)
Minyak masak
Garam
Serbuk perasa
Air
Cara2 Penyediaan:-
1) Panaskan minyak. Tumis cili hijau & bawang besar hingga naik bau.
2) Masukkan kacang buncis. Kacau rata.
3) Tuang sedikit air. Tutup kuali dengan penutup sekejap sampai kacang sedikit layu.
4) Perasakan dengan serbuk perasa & garam. Kacau rata. Angkat & sedia dihidangkan.
~ Kacang Buncis Goreng Untukmu... Bukan untukku... Ha3... |
No comments:
Post a Comment