Friday, July 8, 2011

ANGIN MALAM DI TEPI KOLAM...

Eh! Malam tu, lepas dinner kitorang tak terus tido. Kitorang ada plan baik punya iaitu nak terjun kolam! Yabeda beduuu..!!!

Aku sorang jer pompuan Melayu mutakhir yang cuba untuk 'terjun' malam tuh! Yang lain sume my 'sayang' & adik2 ipar lelaki. Adik2 ipar pompuan aku sume dah flat! Aku pun pelik sebab asal gi vacation jer, energy aku dasat melampau! Asal energy aku dasat melampau jer, gi vacation! Ngeh3...

Tapi, malam tu kitorang kuchiwa sebab tak buleh nak mandi kolam. Not allowed! Sebab waktu yang paling last dibenarkan adalah sampai pukul 9 p.m. Kitorang turun tu dah pukul 10 p.m. So, cancel la nak main terjun2! Sadis betul! Tsk3...

~ Walaupun tak dapat terjun, aku ngan my 'sayang' tetap nak usha2 line jugak. Lepak2 sambil  berposing jer pun... Eh! Muncit semacam jer aku dalam gambar tuh! Owh... nom3!!! Hu3...

~ Berposing sambil menikmati angin malam... Best, noks!

~ Sumpah, best lepak kat tepi kolam tuh! Dengan angin yang sepoi2 bahasa... Dengan panorama yang mendamaikan... Ecewah! Puitis la plak kan... He3... 

~ Kalau tak best, masakan my 'sayang' teruja sampai terkeluar muka kekaguman melampau nih! Ha3...

Ada la dalam 15 minit kitorang lepak kat tepi kolam tuh. Mata dah kuyu, tak lalu dah nak tengok panorama indah lagik mendamaikan. Mentido lagik terbaik..! ;P

Tak sabor betul nak ke pulau soknya. Sampai mimpi2 main gitar bajet Yunalis Zarai kat tepi unggun api ngan my 'sayang'... Owh... romantika d amor, noks! Ha3...

p/s: Kepak ayam panggang Inanam tu sodaplah! Sampai skang dok teringat2. Adeh3...


*Bersambung...

No comments:

Post a Comment

KAMSAHAMNIDA...