Sunday, July 31, 2011

NAHI3!!!

Seperti yang dijanjikan, belah malam ada aktiviti yang mencabar! Aktiviti masuk hutan. Bagi orang yang sker masuk hutan buat aktiviti adventure, of cos la ini yang dinanti2kan. Tapi, bagi aku memang la mencabar sebab aku memang tak sker nak masuk2 hutan nih. Owh... sangat2 la tak like! Hu3...

Tambah2 plak, kali nie memang betul2 punya masuk hutan! Bukan macam masa masuk hutan time team building tuh. Yang tu lite2 jer... Tapi, yang lite2 pun aku dah tak berapa nak like, inikan plak yang betul2 punya! Alah hai! Uhuks3...

~ Kena beratur dalam kumpulan memasing. Lepas tu, ada sorang renjer bagi briefing. Memang kena serius sket la dengor kan... Sebab hutan maaa... Bukan taman permainan kanak2 mahupun taman rekreasi! Sume nasihat dari renjer kena follow. Tak nak apa2 yang tak diingini berlaku kan...

~ Muka ah kak nampak cool... Tapi, debaran dalam hati nie, hanya Tuhan yang tau! Hu3...

~ Rasa macam nak balik bilik sambil menjerit, 'Nahi3!!!' Uwaawaawaawaaa...

~ Serius jer muka Haji. By the way, malam tu Haji ada la turunkan beberapa tips/ayat2 yang perlu dibaca sebelum masuk hutan. Even dia jugaklah yang leading baca ayat2 tuh. 

~ Dah nak masuk hutan dah nih. K-mon, Bob! K-mon! He3...

~ Kak Bata di hatiku... Ngeh3... Eh! Anak dia comel2 tau! Gebus-gebas! ;P

Hokay! Sudah2 lah berposing tuh. Jom masuk hutan! Ecewah! Tadi nervous, tetiba over plak! Ha3...


*Bersambung...


:: Like tak? Like tak? Like la... Mekacih... ::

GANASNYA KAMU!!!

~ Ini purse lama aku. Pakai b.u.m Equipment jer... Tak mampu nak pakai Coach mahupun LV. Uhuks3...

~ Walaupun cuma b.u.m Equipment tapi, lasak jugak wooo..! Plus, lama aku pakai. Sampai kulit dia tersiat2 macam nie pun aku still pakai lagik. Sayanglah... Plus, malas nak transfer2 segala tok nek kad, cash, syiling bagai... kalau pakai purse baru. Even masa gi Sabah dolu pun aku gigih lagik pakai purse nih. Hadoi!

~ Tapi, bila dah kena bebel ngan my 'sayang', terus cepat2 tukar yang baru. My 'sayang' kalau membebel buleh tahan jugak tau! Terasa kebas jer cuping telinga nih! Adeh3...

Purse baru pakai Satinni. Hadiah daripada kakak aku sebab jadik sifu blogger dia tuh. ;)

Ganas betul ah kak kan? Sampai tersiat2 kulit purse lama tuh! Ha3...


:: Like tak? Like tak? Like la... Mekacih... ::

PENYIMPAN MOHOR BESAR RAJA2...


~ Credit to: youtube

Sama2 kita tunggu pengumuman puasa 2011 plak, ek? 

Jeng3... ;P


:: Like tak? Like tak? Like la... Mekacih... ::

WAJA BERMATA CEME

Lokasi Kejadian: Sungai Buaya

Pada suatu tengahari, abah tugaskan Dadi untuk tapau lunch, nak bagi kat pekerja2 abah yang tengah buat projek kat Sungai Buaya. Hokay, fine! & Dadi pun menurut perintah, membawak Waja ke kedai makan...

Sampai kat 1 simpang, bila Dadi nak masuk jer simpang tuh, tetiba... gedegang..!!! Accident kata ko! Accident dengan sorang pakcik naik moto. 

Mengikut peraturan/undang2 jalan raya, memanglah Dadi yang salah sebab Dadi yang nak masuk simpang tapi, mungkin tak toleh kiri-kanan. Sedangkan pakcik naik moto tu plak memang sah2 lalu jalan dia yang lurus.

~ Begini la rupa Waja selepas accident. Ceme mata dia sebelah. Dah tak ensem dah Waja abah. He3...

Nasib baik pakcik naik moto tu cedera ringan jer. Accident plak betul2 depan klinik. Buleh hantar terus pakcik tu ke situ. Membebel2 jugaklah pakcik tu kat Dadi. Tadah jer la telinga kan... Dah salah kata ko..!

Terpaksa la bayar ganti rugi kat pakcik tuh untuk betulkan moto dia. Ratus2 jugak la terbang. Owh... sadis!

Waja plak masuk workshop. Kena dalam RM 1300 kalau tak silap aku. Tu pun tak cat lagik sebab kalau nak cat kena tunggu lama sket. Abah nak pakai keta. So, cat postpone dolu. Kasik betul sama itu 'mata ceme' jer. ;P

Eh! Korang tau ke ceme tu apa? ;P


:: Like tak? Like tak? Like la... Mekacih... ::

KESAH CLASS LAGIK, NOKS!

Pendek kata, kalau dah namanya induksi, confirm la banyak class yang diwajibkan hadir. Nak tak nak, memang kena attend. Wajib kata ko..!

Class seterusnya adalah class Kewangan. Speaker plak adalah CC Mokhtar dari SKM HQ.

~ Kalau CC Mokhtar present, wajib pay attention! Pertama, sebab dia sker jalan2 time present. So, memang amat senang untuk beliau mendetect sesapa yang mentido. Kedua, sebab kalau ada yang main2 dalam class dia, memang mendapat la ko kan... Hu3...

~ Bersemangat! ;P

~ Seperti bese, abis jer slot CC Mokhtar, kitorang rest kejap. Kot2 ada yang nak gi toilet ke...  nak stretching2 kan badan ke... Lepas tu, sambung balik dengan class Perolehan. Speaker adalah diimport dari SKM HQ jugak.

~ Air mineral memang jadik penemanlah. Kena consume selalu. Untuk bagi oksigen kat otak supaya tak mengantuk. 

~ Turn Haji plak untuk sampaikan cenderahati kepada speaker. 

Belah malam, takde class. Tapi, ada aktiviti yang lagik mencabar yang ah kak tak berapa nak like. Kalau nak tau apa aktivitinya, tunggu jer la next entry, ek?


*To be continued...


:: Like tak? Like tak? Like la... Mekacih... ::

SUP TELUR GERHANA

Slot Resepi: Ketuk2 Kuali Bersama Areleez (KKBA)

Kali nie, makan lauk telur plak. ;)

Bahan2:-

5 biji telur ayam
2 biji ubi kentang (dibelah 6 setiap 1)
1 ketul kiub ayam
1 inci halia (dihiris)
1 sudu kecil serbuk lada hitam
Minyak masak
Garam
Air

Bahan2 Tumbuk:-

1 biji bawang besar
3 biji bawang putih

Cara2 Penyediaan:-

1) Panaskan minyak. Tumis bahan2 tumbuk hingga naik bau.
2) Masukkan halia.
3) Masukkan air secukupnya.
4) Masukkan kiub ayam.
5) Masukkan ubi kentang & masak hingga sedikit empuk.
6) Perasakan dengan garam &serbuk lada hitam.
7) Pecahkan telur ayam satu persatu. Biar hingga telur masak. Angkat & hidangkan.

~ Sup Telur Gerhana. Gerhana sebab takde variasi warna. Kalau carrot ngan sawi ada, takde la gerhana sebab ada kaler ijo & oren. He3... 

:: Like tak? Like tak? Like la... Mekacih... ::





Saturday, July 30, 2011

DASAR & TATATERTIB

Class bersambung lagi... Kali nie class Dasar plak. Macam2 dasar ada. Salah 1 adalah Dasar Koperasi Negara. Dasar yang seantero warga SKM perlu tau. Tak kiralah gred apa pun.

~ Puan Azlin dari SKM HQ yang present. Comel! He3...

~ Wah! Macam khusyuk jer kan? Hiks...

~ Hokay! Class dah abis. Masa untuk bagi cenderahati. Turn Penghuluwati plak kasik cenderahati.

~ Penghulu buat lawak. Abis sume orang gelak. 

Lepas class Dasar, rest kejap, then sambung plak dengan class Tatatertib. Speaker adalah diimport dari KPDNKK.

~ Aku lupalah nama puan nie apa?! Yang pasti, dia punya presentation memang laju wooo...

~ Tetiba jer dah abis! Macam tak terasa ko! He3...

~ Sesi bagi2 cenderahati lagik... 

Terima kasihlah diucapkan kepada speaker2 yang sudi luangkan masa, bagi ilmu pada kami sume. It's appreciated. ;)

At least, lepas nie kalau ada orang tanya pasal Dasar Koperasi Negara, buleh la explain sket2. Plus, bila dah dengor hukuman2 tatatertib, insap la jugak kan... Takmo la sampai dibicarakan dalam Lembaga Tatatertib. Terjejas nama baik sendirik, family & reputasi yang mungkin buleh bagi kesan pada masa depan. Nauzubillah...


*Bersambung...


:: Like tak? Like tak? Like la... Mekacih... ::

KENAPA MUNCUNGMU BEGITU?

Printer ada tapi, ink dah lama abis tak direfill2. Sampaikan printer tu jadik macam hiasan plak kat atas meja. Berhabuk2 lagik ko! Adeh3...

My 'sayang' nak print something regarding projek dia. So, kenala mencarik ink jugak...

~ Ah kak follow jer... My 'sayang' membuat onar! Aku suh posing, yess... dia berposing. Tapi, buat muncung Kilafairy la plak! Tu yang tak buleh blah tuh! Hadoi la... Kalau Kilafairy tengok nie mau menangis air mata darah dia tau! Ha3...

~ Kami ke Biosys kat Bandar Baru Teluk Intan. Rambang plak mata nie menengok lappy2 yang bersepah2 tuh! Kalau poket tebal, aku beli lapanploh bijik terus! Buat spare. Tapi, poket tengah menguncuplah! Uhuks3...

~ Amoi yang entertain kami. Hokay la... Not bad la layanan dia... Amoi cashier pun sweet jer. Senyum semedang! Hah! Macam tu la bagus! Customer pun senang hati nak membeli-belah. 

Sebelum balik, ada la kitorang survey2 harga desktop. Hari tu dah survey2 kat Extreme. Saje la nak survey2 dolu... Plus, memang ada perancangan nak beli desktop sebab desktop nie kan lasak sket. Tengoklah nanti macam mana?! Kalau ada rejeki, ada la kawan lappy yang sedia ada nie... ;)


:: Like tak? Like tak? Like la... Mekacih... ::

PISANG GORENG CICAH SOS. KO ADO..???

~ Menu minum petang hari Rabu: Pisang goreng, kuih kasturi & cucur badak. Sume pun adalah ditapau. Kalau ah kak yang buat sume kuih2 tuh, memang O.M.G sangat la kan... ;P

~ Aku kalau makan pisang goreng memang lain macam sket caranya. Pisang goreng cicah sos cili. Maybe sebab pisang tu kan manis & aku plak tak berapa sker mende2 manis, so kalau cicah sos dia jadik balance sket la gitu..! 

Kalau kat Johor, lagik dasat sebab diorang cicah dengan sambal kicap. Betul tak Johorian? 

Hmmm... teringinlah nak try. Tapi, takmo la try kat sini. Means, nak makan pisang goreng cicah sambal kicap kat Johor. Ada makna tersirat tuh tau! Ahaks3...


:: Like tak? Like tak? Like la... Mekacih... ::

'MAT MEYAMBUT MINGGU PENYUSUAN SUSU.' ERKKK!!!

~ Lokasi: Klinik 6, Hospital Teluk Intan. Kelihatan seorang auntie berbangsa India tengah godek2 papan kenyataan.

Tapi, aku bukan nak suh korang berkenalan plak dengan auntie tuh. Apakejadahnya plak kan... No3!!! 

Aku nak uji mata korang. Kalau mata korang tak rabun macam mata aku atau kalau rabun jugak mungkin powernya tak sedasat power spec aku, apa kata cer carik frasa 'Mat Menyambut Minggu Penyusuan Susu'. 

Hmmm... spekulasi kan frasa tuh? Ha3... Larikksss..!!!


:: Like tak? Like tak? Like la... Mekacih... ::

HARIMAU TAK JADIK MENGAUM!!!

Khamis lepas, sure ramai yang terpacak depan tv semata2 nak tengok live perlawanan Kelayakan Piala Dunia 2014 antara Malaysia (Harimau Malaya) vs Singapura (Singa). & ramai jugaklah yang kuchiwa bila Harimau Malaya tak berapa nak mengaum.

Walaupun seri 1-1 dengan Singa tapi, still tak mengqualifiedkan Harimau Malaya untuk mara ke pusingan ke-3 kelayakan. Agregat tak memungkinkan kata ko..! Hu3...

~ My 'sayang', of cos la antara yang terkuchiwa jugak. Beriye my 'sayang' kasik moral support, siap terlompat2 + terjerit2  nasib baik tak pakai pom2 jadik cheer leader jerk kekdahnya... Ha3... 

Bila Safee Sali sumbat gol pertama, punyalah senyum sampai telinga my 'sayang'. Tapi, bila Singa sumbat gol penyamaan, terus my 'sayang' sentap! Haish! Emo betul! 

Even tak tengok sampai abis pun... Terus my 'sayang' tukar HBO. Holloh3...!!! Kuchiwa tahap frust menonggeng la tuh! He3...

Apa pendapat korang pasal aksi Harimau Malaya malam tuh? Cer citer... Cer citer...


:: Like tak? Like tak? Like la... Mekacih... ::

ROTI CANAI ITU SODAP, NOKS!

Breakfast pagi nie: roti canai + kari ikan. 

Perrgghhh..! Sodap & masyuk..! 

Alhamdulillah... ;D

You ols plak, breakfast apa? Ke still hanyut dibuai mimpi? Ngeh3...


:: Like tak? Like tak? Like la... Mekacih... ::



Thursday, July 28, 2011

INI SUME KERANA KO SI CD IJO..!

Malam tadi kan, aku nga my 'sayang' jenuh la menyelongkar stor nak mencarik 1 barang nih. Kotak2 simpan barang sume kasik bukak balik. Rak buku pun kena selongkar jugak. Fuh!

~ Kitorang carik mende alah nie la... Alkesahnya... my 'sayang' nak print something regarding projek dia tu lah. So, my 'sayang' mintak aku installkan printer dolu sebab dalam senarai available printer dah takde. Lepas lappy 'masuk workshop' tu la mende tu 'hilang'. Carik2 punya carik, tak jumpa la plak driver nih! Tu yang buat operasi menyelongkar tuh!


Almost sejam jugak la kitorang buat kerja2 menyelongkar tuh! Giler berpeluh & berlengas, hokay..! Sampai rasa give up pun ada jugak. Biasa la aku... kalau ada mende hilang nak kena carik balik, harus muka merunsing, lepas tu give up tak hengat! Itulah saya... Hu3...

Berbeza dengan my 'sayang' yang lebih cool... Relax jer dia mencarik. Muka plak bajet suci takde rasa putus asa langsung! How I wish I could be like him..?! Hmmm... mimpi jer la kot...

Last2, jumpa jugak. My 'sayang' la yang jumpa. Berkat kesabaran dia kot... Thank God...

Bila pikir2 balik kan, perbezaan perwatakan nie la yang buat kitorang buleh get along. Ada pro & cont. Tak gitu, Cik Senah? ;P


:: Like tak? Like tak? Like la... Mekacih... ::


Wednesday, July 27, 2011

TARIKH LIHAT ANAK BULAN RAMADHAN AHAD INI

KUALA LUMPUR - Tarikh melihat anak bulan bagi menentukan permulaan puasa bagi umat Islam di seluruh Malaysia ialah pada petang Ahad ini, 31 Julai bersamaan 29 Syaaban 1432 Hijrah. 

Menurut kenyataan Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, tempat melihat anak bulan adalah Pontian Kecil di Johor; Kompleks Falak Al-Khawarizmi, Tanjung Bidara (Melaka); Teluk Kemang (Negeri Sembilan); Bukit Melawati (Selangor); Pulau Angsa (Selangor); Bukit Jugra (Selangor), Balai Cerap Selangor, Sabak Bernam (Selangor); Pantai Pasir Panjang (Perak); Pusat Falak Sheikh Tahir, Pantai Aceh (Pulau Pinang); Kampung Pulau Sayak, Kuala Muda (Kedah); Pemandangan Indah, Pulau Langkawi (Kedah); Menara Alor Setar (Kedah). 

Bukit Besar, Kuala Terengganu (Terengganu); Bukit Kemuning, Kemaman (Terengganu); Pulau Perhentian (Terengganu); Balai Cerap KUSZA, Setiu (Terengganu), Bukit Peraksi, Pasir Puteh (Kelantan); Bukit Kampung Tembeling, Kuala Krai (Kelantan); Menara Bangunan SEDC, Kota Bharu (Kelantan). 

Tanjung Lubang, Miri (Sarawak); Teluk Bandung, Kuching (Sarawak), Tanjung Batu, Bintulu (Sarawak); Balai Cerap Al-Biruni, Putatan, Sabah; Bukit Tanjung Batu, Nenasi (Pahang); Gunung Berincang, Cameron Highlands (Pahang); Bukit Pelindong, Kuantan (Pahang). 

Menara Universiti Malaysia Sabah (Labuan); Menara Kuala Lumpur (Kuala Lumpur); Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya, dan Kuala Sungai Baru, Simpang Empat (Perlis). Majlis Raja-Raja mempersetujui bahawa cara menetapkan tarikh permulaan puasa adalah berdasarkan rukyah dan hisab, dan pengisytiharan tarikh permulaan puasa akan dibuat oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja melalui radio dan televisyen pada malam itu juga. 

*Sumber: kosmo

Ramadhan datang lagi... ;)


:: Like tak? Like tak? Like la... Mekacih... ::


Tuesday, July 26, 2011

OWH... KAKAK! KAKAK SANTEKLAH! ;P

Nota Ringkas Buat Kakak...

Owh... kakak...

Kakak skang ada di Terengganu kan? Bukan di Melaka mahupun di Pahang. Betul tak? ;P

Orang tau, kakak sedang out station. 3 hari 2 malam lak tuh! Harus best! ;P

Memandangkan orang adalah adik yang bongsu, apa kata kalau kakak belikan ole2 untuk orang yang kiut lagik sopan-santun nih?! Di samping bersedekah amal jariah, dapat jugak pahala. Kan3..??? Ahaks3...

~ Ini la kakak aku... Azzeyatin si blogger yang super santek tuh la! Pujian harus melambung tinggi, ye! La3...

Sekian nota ringkas buat seorang kakak yang santek daripada seorang adik yang kiut. ;)

Akhir kata...

Kenang daku dalam doamu...
Ingatlah daku dalam penyopinganmu..!

Owh, yeah..! 


:: Like tak? Like tak? Like la... Mekacih... ::

'DATING' DENGAN MAK SENDIRIK PUN BEST APA..?!!

Malam tadi, aku 'dating' ngan mak. Dah lama aku tak 'dating' ngan mak kan... Plus, my 'sayang' takde, gi Ipoh sebab ada perjumpaan dengan Menteri Besar (MB) Perak. 

Eh! Bukan my 'sayang' sorang jer yang pergi maaa... Apa ko ingat orang besor jajahan sangatkah my 'sayang' tuh sampai MB nak jumpa dia sorang kan... Ada segerombolan kontraktor yang pergi jugak. Bas disediakan. Ala2 rombongan Cik Kiah kata ko..! ;P

Aku ajak mak 'dating' belah petang. Means, lepas balik keje, ingat nak mandi2 & sap2 soi keluar. Tapi, mak kata takmo rush2 sangat. Lepas Maghrib jer baru pergi. Hokay la... Hokay la... Anakmu mendengor kata... ;P

Kami 'dating' kat TF, beli barang2 dapur & barang2 keperluan mak. Ramai betul umat manusia kat TF! Lagik nak tutup, lagik ramai yang serbu masuk. Mentang2 la semalam hari gaji... (gomen la...) Termasuk la aku... He3...

Keluar dari TF dah pukul 10.30 p.m. Plan memula nak 'mendating' + makan2 ngan mak kat KFC. Tapi, mak kata takut lewat sangat balik kang. So, tapau jer. 2 sets of Snack Plate (hot & spicy), 1 large Cheezy Wedges & 1 Zinger Burger.

Done! Jom balik! 

~ Pssttt2!!! Bestlah 'dating' dengan mak..! ;D



:: Like tak? Like tak? Like la... Mekacih... ::

SIAPA SOPHEA ISABELLA???

~ Adakah korang kenal dengan baby yang chubby2 super comel sedang memakai romper DOUBLE TROUBLE nih? Owh... maybe, muka dia jarang masuk majalah Mangga/yang seumpamanya sebab dia tak berapa reti lagik nak berposing pakai kemban kat tepi2 kolam renang. (Ha3... Matik la kena saman! Hadoi!) Tapi, kalau aku mention mak pak dia musti korang kenal punya... wa cakap lu..!

Well... mak pak dia adalah Dr Halina & angkasawan negara, Sheikh Muszaphar. Anak sulung diorang la nih. Sophea Isabella namanya.

Nama pun dah giler comel! Of cos la orangnya pun comel kiut-miut jugak. 

So, dah terjawab la 'Siapa Sophea Isabella???' tu kan? ;P

*Credit to: beautifulnara



:: Like tak? Like tak? Like la... Mekacih... ::

Sunday, July 24, 2011

PUYUH LAGIK...

~ Restoran Mutiara Seafood. Apa aku buat kat sini? Hmmm... of cos la makan2 kan... Takkan jual keropok Mony plak... Erkkk! ;P

~ Muka tak semenggah sebab lapor..! Haish! Asik lapor jer my 'sayang' nie tau! 

~ Menu wajib order, keropok ikan cicah sos spesel. Bukan keropok Mony, hokay..! Hiks...

~ Cer teka, air apakah dalam gambar di atas? ;P

~ Hokayla... Hokay la... Tak payah teka2 la... Meh aku kasik jawapan terus. Ini adalah lai chi kang. Giler banyak ais dia! Bila minum buleh feeling2 berada di Korea sebab sojuk tak hengat! Ha3... Over!

~ Dah lama tak makan kueteow Hong Kong. Rasa teringin plak. Tapi, aku twist sket. Aku mintak mee Hong Kong. Lebih kureng jer rasa dia... Cuma kueteow tu ditukar menjadik mee kuning. Tapi, aku lebih prefer kueteowlah! Sebab mende2 yang Hong Kong-Hong Kong nie kan dia goreng dolu kueteow/mee tuh. So, bila digoreng, mee tu jadik cam keras sket. Kalau kueteow, hokay... lembut2 la lagik kan... 

~ Kailan ikan masin. Banyak bawang dari kailan. Hadoi!

~ Lauk wajib my 'sayang' kalau ke Mutiara Seafood, burung puyuh masak kicap pedas. Sker betul my 'sayang' makan burung puyuh. Buleh la buat hadiah besday nih! Ha3... Keji! 

~ Kiut tak duta keropok Mony nih? Eh, silap! Duta keropok ikan... Ahaks3...

Kitorang makan belah petang, lepas balik keje. My 'sayang' la... konon2 takmo makan after 7 p.m. Nak jaga perut katanya... Tapi, aku tengok beberapa hari lepas tu, slumber jer ajak aku keluar makan pukul 11 p.m. 

Haish! Confuse ah kak tau! 


:: Like tak? Like tak? Like la... Mekacih... ::

1... 2... 3... BALING ORANG..!!!

Macam2lah diorang nih! Lepas main polo air, gigih plak nak menghumban2/bahasa saintifiknya membaling2 orang ke dalam kolam. Rajin betul! He3...

~ Mangsa pertama didatangkan khas dari Sabah, bah... Noor Cahaya namanya. 

~ Tak dapat diselamatkan... dah gedebush!!! Holloh3...

~ Mangsa ke-2. Tak ingat nama la plak.

~ Mangsa ke-3. Rozita namanya. Kalau tak silap aku dari SKM Melaka. Macam pasrah jer nak kena humban. Ha3...

~ Sekali lagik tak dapat diselamatkan. ;P

~ Turn Zila plak. Sampai terduduk2 takmo kena humban! Ha3... Eh! Suara Zila berkaroks best tau! Macam Ziana Zain wooo...

~ Penghulu yang tem3... bam3... nie pun diorang gigih nak humban. Larat kerrr..??! Ha3...

~ Suhailizawati plak. Hmmm... macam nama aku jer kan... ;P

~ Berkerut2 muka menahan takmo kena humban! Ha3...

Ah kak tak join acara humban-menghumban orang nih. Nom3!!! Kang tak pasal2, aku plak yang kena humban. Adeh3...

Baik aku join acara makan Mamee kat bilik bersama Kak Ija. Lagik masyukkk..!!! Ho3!!!


*Bersambung...


:: Like tak? Like tak? Like la... Mekacih... ::