SiNgGaH Lg, Ek! ;)

Friday, April 13, 2012

SENTAP DENGAN MEE KETAM, DEE ATTAP SEAFOOD PUN JADIKLAH

Race habis dalam pukul 7 p.m. Nak keluar dari parking pun kemain hazab! jemm kot. Dengan ambulans berderet2... dengan shuttle yang bersepah2... nak lalu jalan yang sama jugak... Fuh!

Plan nak makan kat Putrajaya pun tergendala! Aci carik dalam Garmin je kat mana tempat makan yang paling dekat?!

Tetiba... tinggg..!!! Idea sudah mari..! Ajak my 'sayang' carik mee ketam Shah Alam. Ceera kata dekat dengan UNISEL. Ber-garminlah kita ke UNISEL, noks! ;P

Last2, jumpa jugak. Tapi, malang betul sebab kedainya tutup. Sentapahkaktau! Tsk3...

Nasib baik kira bersepah2 jugak la kedai makan kat area tuh. Kami makan kat Dee Attap Seafood.

~ Memang sesuai dengan namanya sebab memang betul2 kat roof top. 

~ Order siakap 3 rasa, tom yam campur & telur dadar. Besor kot ikan siakap nih. Kalau makan untuk 2 orang, memang santaklah perut! Adeh3...

~ My 'sayang' makan dengan nasik putih. Aku pulak makan dengan nasik pattaya. Heaven kot sebab lapor.

Not bad jugak la Dee Attap Seafood nih. Service pun ok. So, kalau korang nak try jugak, boleh la terjah alamat kat bawah ni, ek:-

Dee Attap Seafood
Roof top, Bangunan Anjung 7
Lot 2, Jalan Zikron B7/B Seksyen 7
40000 Shah Alam, Selangor

Rating: 4/5. 

Malam tu, plan nak singgah bermalam kat Grand Paradise Highway Hotel, Rawang je sebab dari Shah Alam pun dah pukul 11 p.m kan... Tapi, tak jadik sebab fully-booked. 

My 'sayang' pun dah ngantuk kan... So, kitorang tido dalam kereta je la kat R&R Rawang tuh. Bila masanya my 'sayang' jaga, drive balik & berhenti lagik kat R&R, aku tak tau la sebab tak sedarkan diri dah. Hu3...

Tapi, my 'sayang' cakap, lepas Rawang, ada lagik 2 pit stop, Behrang dengan Tanjung Malim. Owh... memang ah kak tak berapa nak sedar tuh. ;P 

Tau2 pukul 3.30 a.m dah sampai rumah. Terus............ zzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz..................... 


*TAMAT...


:: Like3, ek! ::



F1 PETRONAS MALAYSIA GRAND PRIX 2012

Plan spontan hari Ahad (25 Mac 2012). Ye! Entry tertunggak. Tau! Baca sambil pejam-celik, sudah... ;P

My 'sayang' dilanda demam F1! Ajak ke Sepang Circuit, nak jumpa Sebastian Vettel kononnya. Ha3...

Katanya, lepas Subuh dah nak berdesup di jalan raya menuju ke Sepang. Tup2, pukul 7 a.m baru berlegar2 kat area Selabak. Hadoi! Janji Melayu betullah! Make up pun dalam kereta je. Hu3...

Singgah Petronas (petrol station), my 'sayang' nak withdraw ongkos, tapau sandwich, junk food & mineral water. 

~ Makanan wajib ada kot bila travel. My 'sayang' la yang layan. Kalau aku, memang tak berapa laku kot sebab mende manis2 ni kan... Hu3...


Ada 3 R&R yang kami jadikkan pit stop. R&R Ulu Bernam untuk breakfast, makan maggi goreng je... Lepas tu, R&R apa ntah, area Guthrie untuk shi2 & finally, R&R Dengkil untuk beli tiket F1 kat Petronas.

~ Hillstand je... Tu pun, harga tiketnya dah buat mata ah kak terkebil2 tau! Nasib baik bukan ongkos ah kak yang terbang. Kalau tak, mau meratapi selama sepurnama kot. Adeh3...

~ RM 123.00/person. Korang congaklah sendirik untuk 2 orang.

~ Senyuman senget namun masih maintain kiut. Ha3... Actually, masa ni ada ulcer kat bibir. Sebab tu senyuman jadik senyuman senget. Ouchhh!!!

~ Berpinau mata tengok papan tanda! Fuh!

~ Takpe. Yang penting, dah semakin hampir, bebeh! Wee hooo..!!!

~ Sepang Circuit... & it's welcoming us. Cewwah..! ;P

~ Tiket yang 123 hengget tu tak termasuk parking tau! Nak parking, kena bayor lagik 10 hengget. Owh... sadis!


Dari parking lot tu, kami kena menapak panjat2 bukit untuk ke entrance ticket C2. C2 ni untuk audience yang beli tiket rate 123 hengget tu la. 

Dah katanya 1sti time kan tengok F1... kami angkut la mineral water sekali. Last2, kena tinggalkan kat pagar entrance je sebab 'Outside Foods & Drinks Aren't Allowed!'. Walaupun memang dah agak tapi, memang agak cis betul di situ..! Hu3...

~ P.E.A.C.E to Alonso, Perez, Hamilton & Vettel. Ecewah! Over kot! Dah la entry tertunggak2! Ha3...


Cuaca memula panas membahang. Lepas tu, macam sedang2 elok je dengan angin sepoi2 bahasa. Pukul 2 p.m, my 'sayang' membebel2 kata lapor.

~ Beli set burger ni dengan harga 20 hengget. Giler cekik darah kot! Tapi, F1 punya pasal, pasrah je la... Tsk3...

~ Ni area 62 hengget kalau tak silap. Bezanya cuma bumbung. So, diorang yang pilih untuk beli tiket kat sini terpaksa la bukak payung memasing. Kiut kan? Colourful sangat..!

~ Camwhore dulu sebelum race start.

~ Berkerut2 dahi menahan panas & mengcover perut yang semustinya comel! Ha3...
~ F1 race dijadualkan bermula pukul 4 p.m. Sementara tu, kitorang layanlah dulu race2 lain. 


~ F2 ke... F berapa ke... tak tau la. Ah kak bukannya expert sangat bab2 tuh. Aci layan je. Tu pun dah excited lebih! Ha3... 













~ Baik punya lap..!


~ O.M.G..!!! Teraccident pulak! Ouchhh!!!

~ Helicopter bersepah2 di ruang uadra. Official cameraman on board! Setiap kali helicopter datang dekat, musti kitorang hye2 bye2 sambil tersengih2 kat helicopter tuh, bajet nanti muka kitorang boleh keluar tv la... Ha3... Over tau..! ;P

~ Dah dekat pukul 4 p.m macam mendung pulak. Even masa F1 start pun mendung jugak.   

~ Bendera Ferrari dah mula berkibar. P.E.A.C.E! ;P

~ Safety car pun dah keluar. Maknanya, sekejap lagik F1 dah nak start. Owh... yeah..! Eh! Comellah safety car ni kan?

~ Minah Salleh dengan Jalur Gemilang. Memula, ingatkan dia nak buat onar kat bendera kebanggaan kita tuh. Mana la tau kan... kot2 nak buat alas duduk ke... Tapi, tak... dia siap tolong larik, sambil kibar2kan Jalur Gemilang tu lagik! Bagus! 

~ Diorang dah tak sabor... Owh, ye! Ni la rupa paras hillstand. Ada bumbunggg..! (Read seperti Wawa Adnan Semp-it. Heh!)

~ Sila abaikan audience yang 18sx. Ha3...

~ Melampau punya teruja! Ha3...

~ Muka siapa paling excited? ;P

~ Fanatics!

~ & akhirnya... hujan renyai2 pun diorang redah jugak racing!

~ F1... chaiyok! ;P

Tengah2 syiok layan race, hujan turun makin lebat siap dengan kilat bagai... sampai race terpaksa dihentikan! Akan disambung balik bila cuaca mengizinkan. Kalau on jugak, mau ada yang mati keras kena panah petir pulak kang! Hu3...

Kami jalan2lah dulu kat area hillstand tuh sampai race start balik. My 'sayang' yang beriye memula nak tengok F1, last2 bini dia pulak yang over excited! Ha3...

My 'sayang' dah bebel2 kata bingit bagai... padahal dia siap pakai ear protector lagik! Ah kak yang naked ears nih, cool je, derrr! ;P

Emcee buat announcement kata, race akan di-onkan semula. Owh... yeah..! ;D

Dah nak hujung2, race semakin hebat! Fernando Alonso main kejor2 dengan Sergio Perez. Kalau ikutkan, Perez dah boleh beat Alonso tapi, tup2 dia macam nak terbabas pulak. So, keputusan tetap berpihak kepada Alonso.

Congrats, dude..! ;)

Next, kalau takde aral melintang ke... menegak ke... membujur lalu melintang patah ke... kami plan nak tengok Moto GP pulak. Dah terexcited nih! I just can't help, derrr..! Ahaks3...

~ Jom Moto GP!!! ;P


:: Like3, ek! ::



NOMBOR BERAPAKAH KAMU?

1. Taichi 
Asyik passing kerja kepada orang lain. Konsepnya menepis segala kerja yang datang kepada orang lain. Asal ada unsur-unsur sales, terus forwardkan email ke ketua Sales and Marketing, ada cerita pasal pekerja je… terus passing memo tu kepada HR department…etc. 

2. Boxing 
Single tasking (ada ke phrase ni?). Mana pernah peninju berlawan pakai kaki, siku, lutut, kepala. Mereka cuma reti genggam tangan dan tumbuk lawan. Pekerja-pekerja sebegini selalunya akan jadi kucing hilang anak bila dapat bebanan kerja lebih sikit. Kalau minta tolong print document sambil jawap telefon pun dia akan melatah. 

3. Silat Pulut 
Before start any works, dia punya bunga-bunga punyalah lama. Macam-macam gaya , macam-macam persediaan. Nampak cantik tapi buahnya takde. Kalau nak showcase boleh lah. 

4. Samurai dan Cowboy 
Apa persamaan samurai dan cowboy? Kedua-duanya pandai main senjata… actually both terlalu bergantung kepada senjata. Golongan pekerja sebeginilah yang akan mati kutu kalau equipment rosak atau internet line down. Mereka terlalu mengharapkan machine to do their works. 

5. Kungfu Bruce Lee 
Hampir sama seperti silat pulut, cuma kalau kita familiar dengan filem-filem Bruce Lee, before and after dia menyerang lawan mulut dia tak reti duduk diam. Wataaa…! Wachaaaa….! Dan macam-macam bunyi lagi. Ramai juga pekerja yang macam ni, sebelum start satu-satu projek dia punya sembang melangit… dah siap project pun dia still let everybody knows dia punya contribution. 

6. Ninja 
Betul-betul berlawanan dengan Kungfu Bruce Lee, pekerja-pekerja bersifat ninja ni low profile. Kadang-kadang tu terlalu low profile sehingga kita nak cari dia pun susah. 9 pagi still breakfast, datang kejap lepas tu… then …Zasss.. ilang pergi lunch. Datang semula office, pastu dah menyelinap pergi minum petang… arrange meeting kat luar, terus balik rumah. Senang cerita, kaki ngular. 

7. Rambo 
Berlagak hero. Semua benda dia nak buat. Kononnya dunia ni berputar disekeliling dia sahaja. Kalau berjaya takpe juga, kadang-kadang tu berlagak hero… tapi bila last minutes, kelam kabut minta pertolongan kawan-kawan. 

8. Kungfu Jackie Chan 
Setiap filem Jackie Chan akan ada satu persamaan. Tak kira macam-mana jalan cerita, di mana kejadian tu, siapa pelakonnya… scene gaduh mesti tak serious. Mesti banyak adegan-adegan lucu yang diselitkan. Ramai juga pekerja yang bersifat sebegini. Kononnya taknak tension, so semua pekerjaan tak ambil serious. 

9. Street Fighter 
Ini pekerja yang tidak tahu ikut procedure. Maybe kerja akan beres, semua setel, tapi bila suruh prepare handover document contohnya, dia akan pening kepala. Suruh submit borang claim, hantar progress report, follow SOP, ikut method statement…etc, semuanya dia tak suka buat. Dia nak buat kerja mengikut cara dia sahaja. 

10. WWE Wrestling 
Bukan wrestling yang dipertandingkan di Sukan Olimpik tapi referring to wrestling yang diletakkan di bawah Entertaiment TV Guide, bukan kategori Sport. Pekerja yang ada sifat WWE Wrestling ni kita tengok mereka memang rajin kerja. Datang awal, balik tengah malam, kerja bertimbun atas meja, nampak macam busy gila. Tapi… as we all know, semuanya lakonan semata-mata.

*Sumber: Forwarded email (Rizal Posmen)


Hah! Korang nombor berapa? Sila buat confession secara jujur, ye! ;P


:: Like3, ek! ::



Wednesday, April 11, 2012

KFC & SELAMAT HARI RABU..!

Mak nak ke hospital sebab ada appointment esoknya tuh. So, petang lepas balik kerja, kami amik mak, tido kat umah kami.

Belah malam, bawak mak makan kat luar. Heh3...

~ Tengok rupa paras kotak pun dah tau kan kitorang makan kat mana? ;P

~ It's finger lickin' good, bebeh! Tapi, my 'sayang' over! Lima2 jari dia nak jilat! Ha3...

~ Nyum2..!!! Ooppsss! Excuse me, pehh---lisss..! ;P

~ Happy tengok mak makan. Banyak jugak mak habiskan cheezy wedges. Faveret kata ko! He3...

~ Tuan tanah kedaung pun makan tak hengat jugak. Diet ngan lemak2 tepu semua macam diabaikan je... Adeh3...

Bbrrrppp...!!! Alhamdulillah... ;D

Balik rumah, terus mata jadik kuyu. Sikit lagik macam kena gam. Konon2, memasing nak tengok tv la sebelum tido. Last2, tv yang tengok kami. Ha3...

Selamat hari Rabu, you ols..! ;)


:: Like3, ek! ::



i SeRvE nUfFnAnG aDs

GO SEARCH BY GOOGLE SEARCH ENGINE

Google