SiNgGaH Lg, Ek! ;)

Wednesday, August 25, 2010

ALOOLOOLOOO... CIANNYE DIA...

Skang nie musim demam kot kan? Sane-sini dengor pasal orang demam. Ye la kan... cuaca skang pun tak menentu. Kejap panas, kejap ujan. Panas lak memang tahap gabanz punye la..! Donia dah tua kot. Hmmm...

Time cuaca tak menentu camnie, memang kene banyakkan minum air masak. Sebab air kan memang elok untuk sistem badan kite. Macam aku nie, bukan la peminat air masak sangat. Konon2 kalau minum air masak tu cam tak rock la sebab takde feel. Kosong jer kan... Tapi, kene jugak paksa diri sebab nanti kalau sakit, aku jugak yang sengsara! Bukan mereka & keluarga mereka! Wah, tetibe..! ;P Kalau buleh, elakkan la minum air berais. Sebab buleh mengundang sakit tekak & batuk. Paling teruk, demam la. Tapi, aku nie nasihat orang kemain berdentam-dentum! Time berbuka, aku bantai ais tak hengat! Uhuks3... Ah kak insap, noks..! Huuu...


~ Cik Odah pun demam... Badan panas & batuk2. Cian dia... Dalam demam2 tu, makan tetap champion! Selera tak demam la plak! Ha3...


::. TrULy, MaDLy, DeEpLy .::

Tuesday, August 24, 2010

MENU BERBUKA POSE 11 RAMADHAN

Last Saturday, abah ngan mak mertua aku buat kenduri, sekali ngan majlis berbuka pose. Memula, plan nak balik kampung after Zohor jer. Tapi, abah dah roger2 suh datang awal sket sebab tak cukup kakitangan. Adik2 ipar aku yang kat KL sampai belah petang katanye...

On the way tu, ah kak dah imagine dah macam mane gayanye ah kak yang ala2 pompuan Melayu terakhir nie nak bersilat secara sendirian berhad kat dapur?!! Scary, ok! Ngeee... Bile masuk jer kat laman umah, aku tengok keta Roy ade. Musti la Roy, Awa & Udda dah balik nih! Fuh! Selamat... Buleh la bersilat secara berjemaah... Heh3...


~ Lepas tolong potong2 sayur, bawang, cili segala... aku usha2 kat belah luar plak. Mereka sedang gigih memasak sutun masak kicap.


~ Pastu, aku ngan Udda mengerjakan tembikai yang 2 bijik nih. Ranap buah tembikai nie aku kejekan! Senget-benget aku potong, owhhh...


~ Bile sume dah siap, memasing pun lepaking la...


~ Aku lepaking kat ruang tamu depan ngan my 'sayang'. Sambil2 baca paper.


~ Walaupun aku tak pose tapi, aku adalah lapor! Tak sabor rasenye nak tunggu waktu berbuka... Dah terbayang2 dah lauk ayam masak merah ngan sutun kicap. Hu3...


~ Haus pun iye gak! Nak curik2 minum, segan la plak! Tapi, tembikai tu tak segan la plak aku nak curik2 makan! Heh3...


~ Khusyuk betul encik kat sebelah tu belek2 paper. Sampai tak hirau isteri mithali dia yang kat sebelah nih! Nak mogoklah! Uhuks3...

Menu berbuka pose merangkap lauk kenduri adalah nasik putih, ayam masak merah, gulai ikan bawal, kacang panjang tumis petai, sutun masak kicap & kerang rebus wif air asam. 2 pinggan, wok... ah kak makan..! Macam tak pecaya jer... Ha3...


::. TrULy, MaDLy, DeEpLy .::

AWAS JUALAN MURAH!!!

PETALING JAYA: Sehelai selimut tertera dua label harga iaitu RM455 dan selepas diberi diskaun kononnya sebanyak 80 peratus, maka harganya turun mendadak kepada RM109.20.

Ironinya, tarikh yang tertera pada label harga diskaun ialah 10 Ogos 2009 bermakna ia dicetak pada hari berkenaan sementara label dengan harga RM455 - yang kononnya harga asal - tertera tarikh 22 Julai 2010.

Kesimpulan mudahnya ialah, pengguna ditipu oleh pihak penjual yang tidak bertangggungjawab kononnya mereka menerima harga diskaun yang sangat menarik sedangkan pembeli membayar harga asal produk yang dijual itu. Itu baru satu contoh barangan, sedangkan terdapat ribuan produk yang dijual di situ dengan tawaran potongan harga bagi menarik perhatian pembeli yang tanpa disedari mereka sebenarnya terpedaya. Bayangkan keuntungan yang diperoleh peniaga sekiranya taktik serupa dilakukan setiap kali promosi jualan. Tiada siapa yang menyangka, penipuan licik seperti itu didalangi oleh pusat membeli-belah terkenal, bukannnya gerai di pasar malam atau di tepi-tepi jalan.

Merasakan dirinya tertipu dengan potongan harga yang disifatkan tidak masuk akal, seorang pengguna prihatin, Khairul Nizam Abd Maulud, 34, tampil mendedahkan perkara tersebut kepada Mingguan Mstar baru-baru ini. “Saya sangat kecewa dengan penipuan yang berlaku. Selalunya saya akan semak tanda harga sebelum diskaun. Tapi pada hari kejadian isteri saya terlepas pandang kerana dia pergi seorang diri. Lebih malang, tanda harga sebelum diskaun tertera tarikh Julai 2010 sedangkan harga ketika promosi pula memaparkan tarikh Ogos 2009. “Di sini jelas menunjukkan penipuan tanda harga oleh peniaga, harga promosi yang diletakkan pada barangan itu adalah harga asal produk berkenaan. Nampak sangat peniaga sengaja mencari keuntungan dengan cara yang mudah kerana mereka tahu pengguna pasti membeli produk pada harga yang murah,” katanya.

Beliau yang juga pensyarah di sebuah Institusi Pengajian Tinggi berkata, di sinilah pentingnya ilmu kepenggunaan, kerana ia dapat membantu pengguna membuat penilaian terhadap kesahihan harga sesuatu produk sebelum dan ketika promosi jualan murah diadakan. “Membaca label dan tag harga adalah penting, tapi pengguna sering mengabaikannya. Inilah yang selalu menjadi punca kepada penipuan tanda harga. Sikap tidak suka membaca tag harga pada produk perlu dikikis, kita perlu jadi pengguna yang berhemah, biar kita jadi pengguna yang ‘alah membeli menang memakai’. “Ini tidak pantang ternampak iklan jualan murah kita pasti akan ke pusat beli-belah berkenaan untuk membeli-belah. Kita harus membuang sikap sedemikian, sebaliknya kita perlu membeli barangan yang dirasakan perlu dan jangan membazir dalam berbelanja, barulah kita boleh menjadi pengguna yang berhemah,” katanya. Khairul Nizam berkata, penipuan tanda harga ketika jualan murah banyak berlaku di pusat beli-belah terkemuka di negara ini saban setahun.


Aku sekadar nak share ngan korang info nie. Berbelanjalah dengan berhemah, hokay..! ;)


::. TrULy, MaDLy, DeEpLy .::

MENU SAHUR 11 RAMADHAN


~ Nasik putih ngan telur mata yang dituang kicap + bawang + cili padi. Tu la menu sahur kitorang on 11 Ramadhan.

Hari2 pun musti ade telur mata. Nak buat camne kan... dah tu jer lauk yang paling membuka selera time sahur. Layanzkan jer la... Janji tekak buleh terima. Betul tak?


::. TrULy, MaDLy, DeEpLy .::

PROMOSI TAK BERBAYOR. HU3...

Skang nie, adik-beradik aku sume dah jadik blogger. Wah! Bangga aku! Sebab aku yang gigih menghasut kakak & abang aku untuk join jadik blogger. Mudah termakan hasutan diorang tuh! He3...


~ Azzeyatin nie blog kakak aku.


~ Rozaneem nie plak blog abang aku.

Senang bile sume dah ade blog nih. Sebab buleh la tau perkembangan masing2. Macam aku nie plak jenis kepochi. Kalau ade hape2 yang menarik yang aku baca kat blog diorang, mula la aku buat sebaran am kat mak aku. He3...

Hmmm... Kalau agak2 korang free2 nak berbloghopping tu, singgah2 la kat blog diorang nie, ek! Aku buat promosi tak berbayor nih! Hu3...


p/s: Kepada kakak & abang aku... 'Woit! Tak reti2 ke nak belanja orang makan?!! Ngeh3...'


::. TrULy, MaDLy, DeEpLy .::

Monday, August 23, 2010

MENU SAHUR & BERBUKA POSE 10 RAMADHAN

Entry nie takde mukadimah. Main masuk isi kandungan terus! Ha3...

Menu Sahur 10 Ramadhan:-
~ Keje2 mereheat lauk lebih berbuka on 9 Ramadhan diteruskan untuk santapan sahur.

Menu Berbuka Pose 10 Ramadhan:-
~ Yang nie bab paling best sebab berbuka kat umah mak aku. Awal2 lagik mak dah roger2, tak payah beli lauk PARAM banyak2 sebab mak masak sup ikan. Kalau nak tapau pun, tapau kuih-muih jer sebab kuih memang sah2 mak aku takkan buat. Beliau busy bee menjahit, babe... Mane la sempat nak buat kuih kan...

Kat bawah nie adalah gambar2 makanan yang jadik santapan kitorang. Tapi, lupa nak snap main menu iaitu sup ikan. Hadoi! Ya ampun..!


~ Ini adalah 2 beradik yang serabai tapi, gigih nak bukak pose same2.


~ Yang nie aku tapau dari umah aku. Aku reheat balik laksa goreng yang aku masak on 9 Ramadhan tu. Add on ramuan rahsia sket, pastu taburkan dengan telur hancus. Siap ade ramuan rahsia lagik, ko..! Ko ado..??? ;P


~ Aku belikan kek batik untuk A_bern. Pisang nangka goreng tu plak my 'sayang' yang teringin. Sampai kene gelak ngan abang aku sebab punye la banyak kuih2 spesel sempena Ramadhan yang jual kat PARAM, buleh plak pisang nangka goreng yang jadik pilihan! Ha3...


~ Agar2 yang mak aku request. Mak aku tak minat yang ade santan, sker yang kosong jer especially agar2 laichi. Same la cam aku.


~ Karipap, agar2 & kuih yang 1 lagik tu aku tak tau name saintifik dia. Abang aku tapau kat PARAM.


~ Sate nie pun abang aku yang tapau. PARAM jugak. Aku sker sate. So, aku makan adalah bercucuk2..! Heh3...


~ Sayur bayam tumis yang mak aku masak.


~ Yang nie pun mak aku masak iaitu sambal telur rebus. Best, wok..! Slurrppp2!!!

Ah kak tutup entry nie dengan pantun 2 kerat. Jap2... nak amik napas jap. Fuh!

"Gendang-gendut tali kecapi,
Kenyang perut suka la hati..!'

Ecewah..! ;D


::. TrULy, MaDLy, DeEpLy .::

MODEL2 TUDUNG YANG VOGUE DA VASS!

Ade sesape tak yang nak jual tudung versi kanak2 time dekat2 raye nih? Kalau ade tapi, still takde model, buleh la roger2 ah kak di talian yang tertera di penghujung entry nie, ek?!

Kat bawah nie lak adalah gambar model2 yang dicalonkan tuh. Sila layanz secara khusyuk, ye you ols..! ;D


~ Model #1
Full name: Nurirwayuni Rifqah Mohd Rozaili.
Name Glamour: Lip2/Kak Yong/Ayuni
Ukuran badan: Hmmm... sedang2 elok la... Gebu-gabanz lagik..! Ha3...
Keistimewaan/Kelebihan: Merupakan seorang duta keamanan lantikan sendirik secara tetap.


~ Model #2
Fullname: Intan Nurirmanisa Raudhah Mohd Rozaili
Name Glamour: Odah/Baby/Ubid
Ukuran Badan: Slim wooo... Hiks...
Keistimewaan/Kelebihan: Duta makanan lantikan sendirik jugak sebab ko bagi la makanan hape pun, dia takkan tolak punye..!

So, amacam you ols? Ade yang berminat nak jadikkan diorang nie model/duta tudung versi kanak2kah? Kalau ade, sila roger2 ah kak di talian: 014-tekan2 tak dapat! Kalau berani, roger2 la! Harga buleh runding2 maaa... Muahaha...


::. TrULy, MaDLy, DeEpLy .::

MENU SAHUR & BERBUKA POSE 8 & 9 RAMADHAN

Update menu2 sahur & berbuka pose diteruskan lagik... Ampunkan hamba sebab baru skang hegeh2 nak update untuk 8 & 9 Ramadhan. Sebarang kesulitan amatlah dikesali... Hu3...

Menu Sahur 8 Ramadhan:-
~ Seperti bese, main reheat2 jer lebih lauk berbuka on 7 Ramadhan tuh. Just tambah telur mata jerk.

Menu Berbuka Pose 8 Ramadhan:-
~ Tak payah susah2 nak pikir sebab we ols berbuka kat umah mertua. My MIL masak sambal sutun, masak lemak bayam merah ngan ikan goreng. Pastu, ade la kuih-muih cam murtabak, cucur udang & a few lagik yang Memem (adik ipar) tapau kat PARAM. Sup daging + tulang pun ado, tapau PARAM jugak. Aku ngan my 'sayang' just beli popia basah jer sebab aku yang teringin. Poyos jer teringin! Macam la pose... Ooppsss! Shhh... ;P

Menu Sahur 9 Ramadhan:-
~ Hampir2 terbabas sahur sebab terjaga adalah pukul 5.20 a.m. Nie sume gara2 dah terjaga pukul 5 a.m tapi, pastu tido balik la nih! Konon2 5 minit, padahal berminit2! Hu3... Berdesup bangun gi goreng telur mata! Sepantas kilat, hokay aku meloncat! Hadoi! Tak sempat nak reheat nasik pun. Makan la my 'sayang' nasik sojuk tuh. Cian2... Actually, sempat jer kalau nak reheat nasik. Tapi, bese la aku kan... kalau dah kelam-kabut + nervous tak hengat, macam nie la jadiknye! Hu3... Takmo dah postponed2 bangun... Insap2... :(

Menu Berbuka Pose 9 Ramadhan:-
~ Sila layanz gambar di bawah, ek! ;)


~ Ade ikan goreng. Aku la yang goreng kan... Takkan maid lak kan... ;P Balik keje, terus carik dapur.


~ Masak lemak hape ntah isi dia, aku lupa nak check. Yang nie my MIL 'sedekah'. 'Thank you daun keladi, mak. Sok lusa, 'sedekah' la lagi!' He3...


~ Yang nie ikan masak dalam daun. Pun my MIL 'sedekah'. Name saintifik dia aku tak tau! Tapi, kalau ikut term mak aku, namenye adalah ikan tumpi.


~ Laksa goreng pun ado. Yang nie paling spesel sebab aku yang masak. Ecewah! Asal diri sendirik masak jer terus dapat pengiktirafan spesel. Asal spesel jer, aku yang masak. Ha3...

Sekian melaporkan untuk 8 & 9 Ramadhan. ;D


::. TrULy, MaDLy, DeEpLy .::

RAJINNYE SI BAJU HIJAU...

'Si baju hijau... Sedang bertugas... Di perbatasan... La3...' Ewah2..! Siap nyanyi2 la pulok kan... Hiks... Errr... amacam, you ols? Merdu tak suara ah kak? Agak2 la kan... kalau masuk OIAM musim baru, buleh jadik champion tak? Ha3... (Sudah2 la berangan Mat Jenin tu woi! Hiks...)

Actually, saje jer kasik intro secara nyanyi2 karaoke. Nak kasik meriah di situ... (Meriah la sangat... Chait!)


~ Yang sebenor2nye nak citer pasal mak cik kat atas nih! Pakai baju hijau... kusyen pun kaler hijau. Sekayu kot! Ha3... Larikksss...!!! ;P A_bern tengah gigih buat homework. Serius jer muka beliau. Tu la... sape suh buat homework malam2... Kan dah tak buleh nak bersker-ria ngan kitorang kat depan tv... Ha3...

Table cloth tu mak aku recycle tudung Turki lame. Mak aku tak pakai dah tudung tuh. Dah old fashion. Plus, skang kan tudung lycra tengah in... Tak koselah mak aku nak pakai tudung Turki lagik. Mak aku pun nak up to date gak what..?! Heh3... Dari biar Encik Tikus geget tudung tuh, better buat something yang berbaloi2 kan... Hmmm... amacam? Kreatif tak mak aku? Kalau guna tudung Turki yang kaler hijau, musti lagik naik seri sudut nie kan? Betul tak, you ols?


::. TrULy, MaDLy, DeEpLy .::

Sunday, August 22, 2010

MENU SAHUR & BERBUKA 7 RAMADHAN

7 Ramadhan plak. Heh3... Seperti bese, lauk2 bersahur adalah lauk2 berbuka yang direheat. Ayam masak merah untuk berbuka tu still ade lagik seketul. Pastu, goreng telur mata, tuang kicap kat atas. Makan dengan nasik panas2. Baru la buleh masyuk..! ;)

Untuk berbuka plak aku macam rajin nak masak. Balik keje terus bersilat kat dapur. Masak 2 menu jer pun... He3... Tapi, ade jugak yang my 'sayang' tapau kat PARAM. Sila layanz gambar di bawah nie ye, you ols..! ;)


~ Menu pertama yang aku masak, kacang panjang tumis cili padi wif udang & telur hancus. Makan lauk nie jer pun dah kira marvellous aku rase. Seimbang lak tuh! Sume ade..! He3...


~ Menu kedua yang aku masak adalah asam pedas ikan temenung. Aku dah terror buat asam pedas, owhhh... Ha3... Tu pun nak kepochi kan? ;P


~ Yang nie tapau kat PARAM. Kuih hape ntah namenye... ngan sata.


~ Sambal goreng jawa pun ado.


~ Petai lebih mak aku beli mase berbuka pose kat umah aku tuh. My 'sayang' jer yang makan nih. Aku tak usik langsung! Bese la... lahir kat New York kan... Tekak pun jadik tekak omputihlah! Ha3... Larikkksss..!!!


~ Rendang ayam pun ade. My 'sayang' teringin la nie!


~ Kerang masak lemak cili padi bersama limau purut yang direheat.


~ Gulai daging...


~ Wedges nie aku yang request. Rase dia bese2 jer... Sodap lagik Cheezy Wedges KFC la kan...

Santak perut nak abiskan makanan. Tu pun tak abis2. Simpan dalam fridge la jawabnye... Hmmm...


::. TrULy, MaDLy, DeEpLy .::

Friday, August 20, 2010

LAGIK2 BUANG BAYI!!!


MELAKA - Tembelang sepasang kekasih yang membuang bayi lelaki berusia lima bulan ke dalam tong sampah Hospital Melaka di sini terbongkar apabila kedua-dua mereka ditahan ketika ibu bayi itu mendapatkan rawatan di hospital tersebut kelmarin.

Kejadian pukul 4 petang itu terbongkar apabila kakitangan hospital berasa curiga melihat keadaan wanita tersebut seperti baru bersalin walaupun pada mulanya dia menafikannya.

Selepas didesak, wanita tersebut akhirnya mengaku yang dia baru sahaja melahirkan anak di dalam tandas hospital sebelum membuangnya di dalam tong sampah.

Bagaimanapun, pencuci bangunan kemudian secara tidak sengaja telah memindahkan sampah yang mengandungi bayi tersebut ke dalam tong sampah besar.

Sehubungan itu, polis terpaksa mengambil masa selama dua hari untuk mencari mayat bayi tersebut dengan menyelongkar lebih 20 buah tong sampah sebelum ia ditemui pukul 1.50 petang semalam di pusat pengumpulan sampah hospital.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Melaka, Asisten Komisioner Mohd. Adnan Abdullah berkata, siasatan mendapati pasangan tersebut berusia dalam lingkungan 20-an dan merupakan pelajar institusi pengajian tinggi (IPT).

"Sebaik menerima maklumat, kita telah melancarkan operasi mencari mayat bayi tersebut. Polis bernasib baik kerana menemuinya semula," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka semalam.

*Sumber: kosmo

Nie 1 lagik isu yang sangat2 mendukacitakan! Isu buang bayi yang semakin banyak skang. Orang selalu buang sampah kat tong sampah. Tapi, hape kes lak ko nak buang baby kat tong sampah?! Hape... ko dah tak buleh beza antara sampah ngan babykah? Huh! Tau nak berseronok jer! Tapi, tak pikir natijah!


::. TrULy, MaDLy, DeEpLy .::

Thursday, August 19, 2010

MENU SAHUR & BERBUKA 6 RAMADHAN

Nak update jugak! Tak kira! 6 Ramadhan pun 6 Ramadhanlah! Heh3... Layanz jer la, ek?! ;P

Sahur 6 Ramadhan adalah yang paling awal dalam bulan Ramadhan tahun nie. So far la kan... Pukul 3++ a.m dah makan sahur iaitu sejurus selepas we ols balik dari spital, bawak abang aku yang sakit. Wah! Sejurus tuh! Kan dah kuar perkataan skema ah kak..! Hiks...

Mak aku takutz tak terbangun pukul 4.30 a.m. Tu yang mak aku ajak sahur gak tuh! Nanti kalau terjaga pukul 4.30 a.m ke... 5 a.m ke... buleh la bangun lagik, kot ade sesape yang nak makan lagik kan... Menu adalah menu reheat lauk2 berbuka. Aku ngantuk tahap gabanz! So, tak kose nak snap2. Plus, lauk2 yang same kan...

Untuk berbuka plak, we ols just tapau kat PARAM. Jalan mudah di situ... Heh3... Aku dah usha2 dah 1 mee goreng nie, macam best jer aku tengok. Makanye, aku pun request kat my 'sayang' untuk belikan aku mee goreng tu. My 'sayang' plak tapau nasik ayam. Pastu, we ols tapau lagik ayam masak merah ngan agar2 laici. Alhamdulillahhh... sume pun sold out! ;D


*NOTA: Gambar nan ado sebab camera dalam dashboard keta, malas nak amik. Harap mahap.



::. TrULy, MaDLy, DeEpLy .::

EMERGENCY!!!

Lepas berbuka pose secara berjemaah kat umah aku, abang aku jadik lain macam. Tapi, aku takde la tanye kan... Sebab ingatkan takde hape2. Lepas semayang Maghrib, abang aku dah tak buleh blah dah. Sakit batu karang dia datang balik. Tapi, dia still nak tahan! Konon2 lepas makan ubat, kebah la kan... Diorang terus balik umah jer.

Dalam pukul 11 p.m, Kak Aneem call, kata abang aku sakit sangat sampai tak buleh bangun. Mak aku lak tuh yang jawab call! Kelam-kabut mak kejut aku yang tengah terbongkang tido tak sedar diri! Blur2 jer aku bukak mata. Sarung baju mane yang patut, terus zasss!!! Sepanjang dalam perjalanan, abang aku memang tak buleh duduk. Dia baring jer atas paha mak aku. We ols bawak abang ke spital, emergency case. Turun dari keta pun kene pakai wheel chair. Staf spital sorong abang aku sampai ke Zon Tidak Kritikal.


~ Makanye, menunggulah kami kat ruang menunggu...


~ Ramai giler wooo... orang sakit malam tuuu... Ade yang bawak anak demam... mak sakit... isteri la...


~ Aku dah takde keje time nie. Tu yang dok gigih gi snap gambar2 scan abang aku nih. He3... Sepatah haram aku tak paham hape yang dalam gambar tuh! Purak2 paham jer... ;P


~ Cian mak aku... Sungguh cuak beliau tengok keadaan abang aku. Mula la dia pikir macam2! Nak carikkan ubat tu la... gi buat rawatan kat sini la... Dah name pun mak kan...

Actually, kitorang nie misunderstanding. Dok tunggu kat ruang menunggu yang same dengan orang yang nak buat rawatan sakit bese2. Sepatutnye, buleh jer gi jenguk abang aku kat Zon Tidak Kritikal tuh. At least, dapat tau la jugak perkembangan abang aku. Sib baik wifey kawan my 'sayang' ade jugak kat situ. Dia la yang suh kitorang jenguk abang. Yang staf kaunter plak tak abis2 dok panggil name abang aku, suh masuk bilik 5. Maybe, dia ingat abang aku sakit bese & dok ade tunggu kat luar kot. Padahal, mase register kitorang dah cakap dah sakit batu karang, tak buleh jalan & diorang yang tolong sorong abang aku ke Zon Tidak Kritikal. Kat zon tu, doktor akan datang sendirik, check patients.


~ Abang aku dah kene inject kat bontot. Tu yang buleh lena sket tuh. Instead of, doktor nak amik sample air kencing abang aku sebab kencing dia berdarah! Lame jugak la aku ngan mak berkampung dalam Zon Tidak Kritikal tuh, tunggu doktor dapat result sample air kencing ngan bagi ubat. My 'sayang' lak kejap2 datang jenguk jugak. Tak buleh lame2 sebab dia tak tahan tengok katil ngan bantal. Ha3... Mase tu dah pukul 2 ++ a.m kot. Mata aku memang dah tahap orang mengantuk disorongkan bantal dah. Rase cam nak jer baring kat katil sebelah abang aku. Tapi, nanti tak pasal2 aku kene inject! Hu3...

Doktor kata, batu tu tak besar, dalam 0.2 cm jer pun. That's why pihak spital tak pecahkan pakai laser. Just bagi pain killer jer. Konon2, nak suh batu tu pecah sendirik/kuar melalui air kencing la kan... Tapi, macam tak patut la plak aku rase sebab nak menunggu batu tu kuar sket punye hazab! Why don't ko tembak jer pakai laser? Hmmm... ntah la...

Doktor tu cakap lagik, yang buat abang aku sakit adalah batu tu bergerak ke pundi kencing & that's why jugak kencing abang aku berdarah. So, doktor kasik ubat pain killer lagik & kasik 1 name ubat yang dijual kat farmasi yang buleh memecahkan batu karang. Spital tak buleh bagi ubat tu sebab takde stock. Plus, ubat tu quite mahal katanye...

Errr... korang ade tak petua2 ke... pusat2 rawatan bertauliah ke... tak kesah la tradisional ke hape kan... janji yang buleh pecahkan batu karang tuh. So far, abang aku amalkan minum air barli ngan air akar hape ntah instead of ubat spital. Kalau ade, drop me a comment, pleaseee...


::. TrULy, MaDLy, DeEpLy .::

i SeRvE nUfFnAnG aDs

GO SEARCH BY GOOGLE SEARCH ENGINE

Google