SiNgGaH Lg, Ek! ;)

Showing posts with label EMERGENCY. Show all posts
Showing posts with label EMERGENCY. Show all posts

Wednesday, December 1, 2010

AKU DEMAM TERUK! TSK3...

Semalam, aku adalah mc. Demam wooo... Tahap gaban punye demam! Sampai menggigil2! Rase macam sejuk giler! Padahal, badan aku panas membahang!

Actually, dari hari Selasa (16 November) tu aku dah start demam. Tapi, mase tu cam lite2 jer. Dapat la mc for 16th November tuh. Pastu, 25 November, aku demam balik. Mc jugak. Lepas tu cam on-off. Kejap2 aku rase ok... kejap2 aku rase tak sodap badan. Ubat lak kalau my 'sayang' tak monitor, memang main skip2 jer. He3...

Sampai la ke hari Isnin (29 November) aku rase tak best balik. Tapi, gagahkan jugak ke opis.Bertahan la sampai masuk keje balik pukul 2 p.m. Pastu, buat la keje sket2. Dalam pukul 3 p.m, aku dah tak tahan dah! Tangan ngan kaki aku sojuk tapi, badan aku panas giler! Mintak permission untuk balik & call my 'sayang' suh amik. My 'sayang' nak bawak gi klinik. Tapi, aku refuse. Terus jer balik umah mak. Plus, kitorang tido umah mak beberapa hari tu. Konon2 ironlady sangat la kan... Sekali kepala dah ting-tong tahap gaban! Telan Panadol Actifast pun tak jalan! So, kene paksa rela ke klinik. Ade la 1 klinik tuh... mention as 'OPEN' tapi, doktor takde. Memula, assistant dia kata doktor gi Mc-D sekejap tapi, tengah on the way balik. Takpe2... tunggu jer... walaupun aku dah membebel2 menahan sakit kat situ. Kalau ikut kiraan kitorang, doktor sepatutnye dah sampai tapi, batang hidung pun tak nampak lagik! Bile tanye kat assistant tu, buleh plak dia kata doktor bawak anak makan lak. Ini sudah melampau! Kalau lambat lagik, cakap jer la. Mangkok betul! So, cancel klinik tu & gi Klinik Dr Siva. Alaaa... doktornye pun takde jugak. Hadoi! Last2, gi emergency kat spital jerk.

Temperature aku mase tu diorang check dah 38.5. Memang demam tahap gaban la kan... Doktor lak suh buat blood test suspect denggi. Hadoi la... Abis la darah ah kak camnie..! Asik2 kene amik buat eksperimen jerk. Tsk3... Doktor suh datang balik after 1 hour untuk tau result. Pukul 8.45 p.m we ols datang balik. Tapi, nurse kata result tak siap lagik. Dia suh tunggu kat ruang menunggu. 5 minutes later, nama aku kene panggil masuk bilik 6. Dengan penuh rase suspen aku dengor doktor kata blood test aku negative. Means, takde denggi la... Owh... thank God! Aku dah imagine2 kene masuk wad, kene drip, minum 100 plus berbotol2 bagai... Ha3... Imaginasi tak sudah! ;P

So, doktor just bekalkan ubat. Alhamdulillah... soknye dah beransur ok. Tapi, tak gi keje. Dapat mc. Rest kat umah mak jer...

Perrgghhh..! Panjang sungguh kronologi demam ah kak kan? Hiks3...


p/s: Nantikan kemunculan entry2 tertunggak dari aku lepas nie! Watch out, bebeh! ;P

Thursday, August 19, 2010

EMERGENCY!!!

Lepas berbuka pose secara berjemaah kat umah aku, abang aku jadik lain macam. Tapi, aku takde la tanye kan... Sebab ingatkan takde hape2. Lepas semayang Maghrib, abang aku dah tak buleh blah dah. Sakit batu karang dia datang balik. Tapi, dia still nak tahan! Konon2 lepas makan ubat, kebah la kan... Diorang terus balik umah jer.

Dalam pukul 11 p.m, Kak Aneem call, kata abang aku sakit sangat sampai tak buleh bangun. Mak aku lak tuh yang jawab call! Kelam-kabut mak kejut aku yang tengah terbongkang tido tak sedar diri! Blur2 jer aku bukak mata. Sarung baju mane yang patut, terus zasss!!! Sepanjang dalam perjalanan, abang aku memang tak buleh duduk. Dia baring jer atas paha mak aku. We ols bawak abang ke spital, emergency case. Turun dari keta pun kene pakai wheel chair. Staf spital sorong abang aku sampai ke Zon Tidak Kritikal.


~ Makanye, menunggulah kami kat ruang menunggu...


~ Ramai giler wooo... orang sakit malam tuuu... Ade yang bawak anak demam... mak sakit... isteri la...


~ Aku dah takde keje time nie. Tu yang dok gigih gi snap gambar2 scan abang aku nih. He3... Sepatah haram aku tak paham hape yang dalam gambar tuh! Purak2 paham jer... ;P


~ Cian mak aku... Sungguh cuak beliau tengok keadaan abang aku. Mula la dia pikir macam2! Nak carikkan ubat tu la... gi buat rawatan kat sini la... Dah name pun mak kan...

Actually, kitorang nie misunderstanding. Dok tunggu kat ruang menunggu yang same dengan orang yang nak buat rawatan sakit bese2. Sepatutnye, buleh jer gi jenguk abang aku kat Zon Tidak Kritikal tuh. At least, dapat tau la jugak perkembangan abang aku. Sib baik wifey kawan my 'sayang' ade jugak kat situ. Dia la yang suh kitorang jenguk abang. Yang staf kaunter plak tak abis2 dok panggil name abang aku, suh masuk bilik 5. Maybe, dia ingat abang aku sakit bese & dok ade tunggu kat luar kot. Padahal, mase register kitorang dah cakap dah sakit batu karang, tak buleh jalan & diorang yang tolong sorong abang aku ke Zon Tidak Kritikal. Kat zon tu, doktor akan datang sendirik, check patients.


~ Abang aku dah kene inject kat bontot. Tu yang buleh lena sket tuh. Instead of, doktor nak amik sample air kencing abang aku sebab kencing dia berdarah! Lame jugak la aku ngan mak berkampung dalam Zon Tidak Kritikal tuh, tunggu doktor dapat result sample air kencing ngan bagi ubat. My 'sayang' lak kejap2 datang jenguk jugak. Tak buleh lame2 sebab dia tak tahan tengok katil ngan bantal. Ha3... Mase tu dah pukul 2 ++ a.m kot. Mata aku memang dah tahap orang mengantuk disorongkan bantal dah. Rase cam nak jer baring kat katil sebelah abang aku. Tapi, nanti tak pasal2 aku kene inject! Hu3...

Doktor kata, batu tu tak besar, dalam 0.2 cm jer pun. That's why pihak spital tak pecahkan pakai laser. Just bagi pain killer jer. Konon2, nak suh batu tu pecah sendirik/kuar melalui air kencing la kan... Tapi, macam tak patut la plak aku rase sebab nak menunggu batu tu kuar sket punye hazab! Why don't ko tembak jer pakai laser? Hmmm... ntah la...

Doktor tu cakap lagik, yang buat abang aku sakit adalah batu tu bergerak ke pundi kencing & that's why jugak kencing abang aku berdarah. So, doktor kasik ubat pain killer lagik & kasik 1 name ubat yang dijual kat farmasi yang buleh memecahkan batu karang. Spital tak buleh bagi ubat tu sebab takde stock. Plus, ubat tu quite mahal katanye...

Errr... korang ade tak petua2 ke... pusat2 rawatan bertauliah ke... tak kesah la tradisional ke hape kan... janji yang buleh pecahkan batu karang tuh. So far, abang aku amalkan minum air barli ngan air akar hape ntah instead of ubat spital. Kalau ade, drop me a comment, pleaseee...


::. TrULy, MaDLy, DeEpLy .::

i SeRvE nUfFnAnG aDs

GO SEARCH BY GOOGLE SEARCH ENGINE

Google