SiNgGaH Lg, Ek! ;)

Wednesday, January 7, 2015

WORDLESS WEDNESDAY #73: KOPIAH DAN HANDPHONE

~ Dia godek2 WirAsLeez, jumpa kopiah Acu Pependi.

~ Dia pakai kopiah, dia rembat handphone aku, dia selfie.

~ Habis semua orang terjebak sama, selfie tak hengat dunia!

~ Co-pilot of the day...

~ 'Penyakit keturunan' sangat..! Ha3...

~ Sedang bercerita...

~ Upah air Boboi Boy.

~ Ragam 'Encik Ottomen Mebius'.

~ Holloh3... 

~ Hah, roh 'Ottomen Mebius' masuk lagik..! Amekaw2..!

Venue: Pasar Besar Teluk Intan
Al-kessah: Tunggu Mak beli barang basah, kat dalam kereta, ditemani oleh 'Princess Elsa Rifqah & Encik Ottomen Mebius Rifqi'. 

Sweet...


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::



Friday, January 2, 2015

ROTI GOYANG

#Throwback

Sesudah Subuh, kami dah nak gerak ke Tepeng. Singgah breakfast kat 1 food court, area jambatan Kuala Kangsar. 

~ Specialtynya adalah Roti Goyang. Ada roti, telur sebutir bubuh atas, cicah kari & kaya. Tapi, Kak Ja yang order. Aku order mee goreng.

Lega betul bila perut dah kenyang. Nak travel lagik lapanploh ratus kilometer pun takde hal..! Hati senang je... He3...

Alhamdulillah... selamat jugak sampai di Tepeng.

Disambut dengan kabus nipis. Owh... nyaman betul rasa... ;)

Acara larian dah start. Ramai jugak yang amik bahagian. Bagus! Elok sangat untuk kesihatan kan...

~ Kami lepak2 dengan Pengarah & wifeynya. Borak2 kejap, kemudian ajak Pengarah berselfie. Heh3...

~ Phewwiittt..! Ahaks...

~ Tukang jaga handbag yang comel... Eceh!

~ Holloh3... hoiii2..!!

~ Setel je acara penyampaian hadiah, kami cha alip bot.



Tapi, tak balik terus tau! Ada a few persinggahan kekdahnya... Errr... next entry, pehh--lisss..! ;P


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::



Thursday, January 1, 2015

KANVAS KEHIDUPAN... 2015

*This is a sticky mode entry. Please scroll down for new updates. Thank you.



*Credit to: picpuddle

Lakar & corakkan 'kanvas kehidupan' dengan yang indah2. Andai yang pahit terpalit jua, biarkan... redhakan... Jadikan pengajaran & simpan kemas dalam lipatan memori. Tak perlu give up... & jangan berhenti bergantung harap... hanya pada-Nya... Teruskan lakaran berpaksikan garis panduan. In shaa Allah... 2015 pasti membawa perkhabaran gembira...

Selamat Tahun Baru... 

Ehem2!!! Cuti pun perkhabaran gembira jugak kan? Hiks...


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::



DINNER SIMPLE TAPI, MARVELLOUS!

#Throwback

Larian Koperasi Negeri Perak...

Berat betul hati ni nak join. Setelah lapanbelas ratus kali pikir, timbang-tara... akhirnya, ah kak akur. 'Saya yang menurut perintah...' Uhuks3...

Pukul 6 petang, hari Sabtu, Encik Fadzil amik aku kat rumah. Kelam-kabut sikit sebenarnya... sebab baru balik dari rumah mertua. Nasib baik sempat siap sebelum Encik Fadzil sampai. Hikmah dia sesat kejap carik rumah aku kot... He3...

Encik Fadzil dah siap2 amik Cik Nad. Tinggal nak amik Kak Ja je kat Taman Melor. 6 orang sumbat dalam 1 Ezora Bold. Kami 3 orang, lepas tu Encik Fadzil bawak wife (Kak Ani) & anak (Syahir).

~ Kami transit kat Kuala Kangsar sebab dah malam.

~ Check-in kat Ezzi Inn.

~ RM 120/nite untuk Family Room.

Amik 2 bilik Family Room consist of 1 queen + 1 single bed, attached bathroom & air conditioned. Bilik dia pelik sikit. In between queen & single bed tu ada open closet, lagik sikit je nak cecah siling. TV kat belah queen bed. Kedudukan air cond pulak adalah kat belah single bed. Agak kurang praktikal di situ...

~ Open closet yang aku maksudkan.

~ Bathroom ok la... Tapi, pintu tak boleh lock. Maka berpesan2lah kami supaya jangan skodeng. Ha3... Hadoih!

Overall rating: 2.5/5

Servis / khidmat pelanggan dah tip top. Hmmm... keadaan bilik fail sikit. Perabot lama, aku boleh terima lagi. Tapi, kalau cadar & blanket lama... berdebu & berhabuk... hmmm... kureng di situ... Tapi, bukanlah sampai tahap tak boleh nak jadik tempat persinggahan langsung. Tepuk dada, tanya selera... 

Kalau nak singgah untuk transit ke... apa ke... boleh la try jenguk website & calling2 nombor seperti di bawah:-

No. Telefon: 05-7771111

Malam tu, kami dinner kat food court sebelah Arena Square. Port terpilih adalah gerai yang terpaling hujung. Ada 1 pokcik yang jadik waiter merangkap owner kot... Mesra alam pokcik tu. Siap kasik cadangan menu lagik. Cayalah, pokcik! ;)

~ Nasik Goreng Ikan Pekasam. Kak Ani yang order, selepas dicadangkan oleh pokcik tersebut.

~ Nasik Goreng Ikan Rebus untuk aku. 

Perrgghhh..!!! Sumpah sodap! Nasik goreng kat sini didatangkan dengan pakej tau! Maksudnya, kata la... ko order Nasik Goreng Ikan Rebus. Yang ko akan dapat adalah nasik goreng + ikan rebus goreng ditabur dengan cili padi & bawang yang digoreng + sup kosong + telur dadar + sambal belacan. Pasal harga, toksah bimbang sebab memang berpatutan. Berbaloi2 dengan kesodapannya. Thumbs up untuk pokcik tu! ;)

Sultan Nazrin Muizzuddin Shah ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah (Sultan Perak) pun penah drop by, makan kat situ. Ada la gambar display, pokcik tu tengah buat demo memasak siap pakai baju ala2 chef. Dasatlah, pokcik..! 

Hmmm... tido malam tu pun termimpi2 Nasik Goreng Ikan Rebus pokcik tau..! Ahaks...


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::



Wednesday, December 31, 2014

SILA TAK KONPIUS

"Andai pastinya ku tahu... Takkan aku tinggalkanmu... Namun masih keliru... Teringat masa lalu... La3..."

Perrgghhh..!!! Lunak merdu betul lontaran vokal ah kak. Silap haribulan, mau menanah telinga Alyah dengor! Ha3... #OverSangatTau

Kat opis... kat rumah... kat dalam kereta... kat rumah mak mahupun mertua... hatta kat toilet sekalipun, gigih karoks lagu Sesal Separuh Nyawa. Ni haaa... sesambil taip entry ni pun, mulut dok kumat-kamit berkaroks, feeling2 Alyah nyanyi pakai turban blink2. Ko hado..??! Ha3...

Berhantu betul lagu nih! ;P

Tapi, kat atas ni mukadimah je. Takde kaitan dengan intipati entry. Sila tak konpius. Harap maklum. ;P

~ Ini barulah intipati entry. Heh3...

Majlis bertandang #AzwaNely. Hari tu serba merah. Kali ni, serba biru pulak. Ada selit2kan pink sikit.

~ Arissa yang konpius, menebeng dengan Mak Tam.

~ Mahaplah sebab terlambat banyak update kesah wedding korang. 

Kengkonon #Throwback la konsep entry ni... He3...


p/s: Siapa layan drama '1 Hari', Slot Ratu, TV9? Lagu tema 'Sesal Separuh Nyawa', noks! La3... ;P


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::



WORDLESS WEDNESDAY #72: PINK + GREY

~ Bawal Maira 2.0 (Pink + Grey). 1 tudung tapi, boleh matching2 dengan multiple warna baju. 2 in 1.

Terima kasih, benanghijau. ;)


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::



Tuesday, December 30, 2014

SIAP KO, AEDES!

Aku arrange jadual untuk gotong-royong kat opis. Bukan suka2 tapi, atas arahan. Pertama2nya adalah arahan dari Pejabat Daerah Hilir Perak yang mana arahan asalnya adalah daripada Setiausaha Kerajaan Negeri Perak. Discuss dengan Encik Boss, propose tarikh yang sesuai & issue notice.

Hari yang cun lagik indah tu jatuh pada hari Jumaat... 

~ Encik Boss not around. Cik Nad kasik briefing sebagai pemangku.

~ Kasik clear itu longkang.

~ Tong kosong pun kasik sumbat dalam plastik sampah.

~ Daun2 kering dikumpulkan 1 tempat.

~ Ada tayar buruk rupanya kat opis aku nih. Adeh3...

~ Wanita terhebak! Go, Kak Ja! Go, Kak Ja! Go! Ha3...

~ Pelepah kat pokok pun nak kena rentap jugak. Gasaklah! ;P


~ 'Kita bakor je..! Kita bakor..!' He3...

~ Jejaka terhebak pulak. Eceh!

~ Bergurau pulak diorang nih..! Isk3...


~ Kasik bersih!

~ Sental toilet.


~ Korek2 yang tersembunyik. He3...


~ Pukul 4.30 petang, gotong-royong setel. Ada jamuan sikit sebagai imbuhan. ;)

~ Bab doa makan memang laju! Ha3...

~ Mulut penuh! ;P

~ Encik Fadzil dah kenapa, haaa...??!

~ Terpaling khusyuk! Mak mertua lalu pun kompom buat2 tak nampak nih. Ha3...

~ Cik Nad cool je... ;)

Motip gotong-royong adalah untuk banteras Aedes. Nak cegah wabak denggi. Alhamdulillah... semuanya berjalan lancar. Terima kasih, opismate sebab bagi kerjasama. Jasa kalian dikenang sampai bila2...

Majulah gotong-royong untuk opis..! Eh2!!! Ha3...


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::



i SeRvE nUfFnAnG aDs

GO SEARCH BY GOOGLE SEARCH ENGINE

Google