SiNgGaH Lg, Ek! ;)

Showing posts with label TUDUNG BAWAL. Show all posts
Showing posts with label TUDUNG BAWAL. Show all posts

Wednesday, July 16, 2014

BAWAL NAURA (MAROON)

Sekarang ni, trend hijab dah macam2! Nak yang mudah, ringkas & tak payah susah2 nak iron, pakai aje tudung ekspress yang ada awning tu. Kalau rasa nak bergaya sakan & feeling2 teenagers, pakailah shawl. Bukak youtube & belajarlah cara nak membelit2nya. Asal tak terbelit leher, sudah... He3...

Kalau sukakan penampilan yang lebih urban, boleh pilih turban. Urban... turban... hah, nampak tak kesinambungannya tuh? He3... Hmmm... turban untuk aku? Memang tak la kot..! Sebab aku rasa pelik bila ada turban yang berbonggol & buat kepala jadik lonjong macam kepala alien. Not my type lah!

Kalau sukakan yang santai & bersederhana, pilihlah untuk pakai bawal. Bawal sekarang dah tak macam dulu sebab dulu2 agak konservatif & kurang berani. Tapi yang sekarang, bawal dah melalui proses improvisation. Warna pun meriah! Cara pakai pun boleh dipelbagaikan. Kalau pandai belit, boleh nampak macam shawl tau! Cantek, owh..!

Aku bermula dengan bawal. Masuk je alam pekerjaan, dah mula berjinak2 dengan tudung ekspress. Motip..??! Tak payah iron. Sarung je, dah siap terletak. Sampai la bawal diimprovisekan... 1 hari tu, godek2 Facebook, nampak page BenangHijau. Cantik betul model2 tu pakai Bawal Maira & Naura. Tutorial belit2nya pun simple. 

Aku beranikan diri, nekad untuk try 2 helai.

~ Ini Bawal Naura, bidang 55, kaler maroon. Sumpah, best! Teruja nak pakai pergi opis. Rasa macam weekend pun nak kerja sebab nak pakai Bawal Naura ni. Best sangat! Ha3... Over!

Harga tahap mampu milik. Jangan risau! Bawal Naura bidang 55 ni 19 hengget je! Murah bukan?! ;)

Kalau berminat, bolehlah terjah page BenangHijau ni atau pun official website Benang Hijau. Ini bukan iklan berbayar tau! Sekadar nak share apa yang aku rasa best je. 

Sejak tu, bawal from BenangHijau jadik pilihan hati. ;) Errr... nampak tak keremajaan ah kak? Ha3... Peace, yo! ;P


:: Like3, ek! ::



Friday, April 25, 2014

OUT OF 'COMFORT ZONE'

Terpengaruh dengan bawal! Eh, bukan ikan bawal tau! Tapi, tudung bawal. Sila betulkan salah paham tuh. ;P

Terjebak lepas tengok video tutorial belit tudung Aidijuma. Terus terkenang2 zaman solo. Memang zaman bawal time tuh! Bawal #1 la... #2 la... #3 la... bla3... Aku mampu beli takat #2 je. Tu pun pakai duit PTPTN. Ha3... Kantoi!

Bila dah terkenang2 tuh, terus la ter #throwback. Menggediks lelebih kurang kat My 'Jebat', akhirnya dapat la a few bawals baru! Bau kedai wooo... Eh, tak! Silap2! Bau gerbang malam. Ha3... Kantoi lagik!

Google2... youtube2... kaji tutorial belit-membelit tudung awal yang terpaling simple! Yang merepek2, mengarut2, sampai macam nak terjerut leher, memang mintak mahap awal2 lah... takkan dilayan! Tak kose ah kak nak spend time berjam2 depan cermin tu, noks..! Less is more! Harap maklum.

~ Testing hari pertama kembali berbawal merangkap ala2 berAidijuma... 

~ Day 2...

~ Serious! Macam cikgu disiplin habaq hang! Hiks...

Hmmm... out of 'comfort zone'... Macam cantek jerrr... Macam comel jerrr... ;P

Ooppsss..!!! Terpuji diri sendirik pulak! Ha3... Ntah hape2 ntah #hannahmastura ni tau! Eh, tetiba... ;P


:: Like3, ek! ::



i SeRvE nUfFnAnG aDs

GO SEARCH BY GOOGLE SEARCH ENGINE

Google