SiNgGaH Lg, Ek! ;)

Showing posts with label THYROID. Show all posts
Showing posts with label THYROID. Show all posts

Sunday, September 15, 2013

LEGA SANGAT..!

Appointment SOPD Mak berjalan lancar...

Tunggu giliran pun tak lama sangat. Bagus! ;)

Doktor kata, semua orang ada kelenjar thyroid. Yang jadik problemnya adalah kalau kelenjar tu membengkak. Thyroid yang bengkak pulak ada macam2 jenis, sama ada disebabkan oleh pengumpulan cecair / cancer. 

Appointment sebelum tu, doktor dah amik sample untuk buat lab test. Resultnya, thyroid Mak BUKAN cancer. Just pengumpulan cecair.

Lega sangat aku dengor. Alhamdulillah...

Kebarangkalian nak berulang bengkak balik tu memang ada. Solutionnya buat suction je la. Tapi, tak perlu apa2 medication.

Kali ni Mak dapat doktor pompuan, Melayu pulak tuh. Ada jugak aku tanya kat doktor, macam mana cara nak cegah dari berulang balik & kot2 la ada nak pantang2 makan ke apa ke kan... Tapi, doktor tu kerek sikit la... eh, banyak kot! Susah sangat mulut dia nak explain apa yang kita tanya & nak tau. Macam ada emas dalam mulut. Ke... kedekut ilmu..?! Ntahlah! Muka memang tak senyum langsunglah. Tak mesra alam betul! Mencik!

Dah. Tu je la nak cerita... Harap2 lepas2 ni, tak jumpa dah doktor kerek macam tu. Hu3...


:: Like3, ek! ::



Friday, May 24, 2013

DOAKAN YANG BAIK2...

Selamat bercuti, you ols!

Best kan bila hari Jumaat (kecuali warga Kelantan & Kedahlah), tup2 kita boleh feeling2 maharani landing atas katil bantai tido nak bangun pukul berapa pun aci je. 

Ha3... Rasa melampau pulak perasaan ni kan... ;P

Tapi, semalam lagik best! Bila insan lain gigih bekerja tetiba ah kak la3... mencuti. Owh... sorga, bebeh..! Sorga! Rasa macam nak buat lambaian ratu pulak. Ha3...

Suka je kan nak mengjeleskan orang. Naughty sangat..! ;P

Sebenornya, aku amik cuti semalam pun bersebab. Nak bawak Mak ke hospital. Leher Mak bengkak sikit. Nampak macam thyroid. Plus, Mak pun memang ada sejarah thyroid. Tapi, lama dah. Masa zaman aku skool2 dulu (tahun 90-an) Mak pernah buat prosedur sedut thyroid di samping ikhtiar cara tradisional. Alhamdulillah... sembuh. 

Tup2... jadik balik kan...

Semalam, doktor pun syak yang ianya thyroid. Doktor suruh amik darah untuk buat blood test. 6 Jun 2013 kang kena datang hospital balik untuk amik result darah & attend appointment ultrasound. 

So far, Mak takde la rasa sakit ke / lemah2 badan bajet nak demam ke kan... Everything nampak hokay. Cuma bengkak sikit kat leher tu je la. 

Berchenta jugak sebenornya nak bawak Mak ke hospital nih. Tapi, bila dah kena tarbiah dengan ah kak siap dengan sound effect bagai... ha3... over tau... mencik... baru la Mak setuju. My 'sayang' pun tolong tarbiah jugak... katanya better buat treatment sekarang sebab bengkak tu kecik lagik. Nanti kalau dia membesar lagik payah! Silap hari bulan kena maki pulak dengan doktor.

Sempat jugak bawak Mak shopping barang dapur kat TF. Lepas tu, beli stok benang jahit Mak. Ke kedai kasut pulak, nak belikan kasut Mak. Eh, of course la kan... Takkan ke kedai kasut beli maggi pulak. Ha3...

Tau2 je dah pukul 1.15 petang. Terus dua2 menggelupur sebab kelaporan! Tak lunch lagik. Mencicit carik kedai makan. Tapau nasik ngan lauk ikan goreng, ikan masak taucu & telur masin. Menu simple macam ni bila makan time betul2 kebulur memang laju je licin! 

Bbrrppp..!!! Kenyang... Pengsan dalam kekenyangan kitorang petang tu. He3...

Hmmm... doakan yang baik2 untuk Mak ye, you ols..! ;)


:: Like3, ek! ::



i SeRvE nUfFnAnG aDs

GO SEARCH BY GOOGLE SEARCH ENGINE

Google