SiNgGaH Lg, Ek! ;)

Showing posts with label SURPRISE. Show all posts
Showing posts with label SURPRISE. Show all posts

Tuesday, September 4, 2012

1 SYAWAL 2012... EPISOD: SURPRISE UNTUK UDA & UTEH

Jenuh la mencarik bahan2 yang nak dibbqkan kat TF tapi, nan ado..! Ye la... dah petang kan... Nak ke pasar memang confirm la takde apa2 dah. Redha je terjah TF nih.

Abang beli udang. Aku plan nak beli ayam, sotong ngan ikan. Tapi, semuanya cam tak semenggah je rupa dia. Sotong tu dah tahap lunyai dah aku tengok. Ayam dah lebam. Ikan pun sama. Dari menyesal masa makan kang baik la toksah beli terus.

Aku beli bahan marinate je. Lepas tu, try terjah Bintang, mana la tau kot2 ada bahan2 mentah yang aku nak tuh. Hmmm... hampa kecewa jugak kot sebab Bintang tutup. Mat Frozen pun tutup jugak. Raya kan...

Berpusing2 kitorang mencarik mini mart. Ada la yang bukak tapi, bahan2nya nan ado..! Last2, balik je la dengan perasaan kecewa yang menebal. Sob3...

Nasib baik la abang ada beli daging burger ngan sosej. So, yang dibbqkan malam tu adalah udang, daging burger & sosej. Ok la tuh!

~ Tengah khusyuk aku membbq, tetiba rumah nenek riuh-rendah! Rupa2nya mak yang buat surprise birthday bash untuk uda & uteh. 

Semua berlari terjah rumah nenek. Nak memeriahkan acara kononnya... He3...

Blushing muka uda & uteh sebab tak expect kot. Part paling best masa potong keklah. Siap ada acara suap-menyuap lagik..! Uteh suap uda manja2. Tapi, uda suap uteh ganas woo... Ha3...

Gambar ada tapi, 'keadaan' tak mengizinkan. Paham2 je la, ek! ;)

Happy birthday to uda & uteh. Semoga dimurahkan rezeki & diberikan kesihatan yang baik. Amin...


*Bersambung...


:: Like3, ek! ::



Saturday, June 2, 2012

MOTHER'S DAY... SURPRISE YANG SUSPEN!

Ah kak baru nak update kesah mother's day celebration tau! Sila jangan hangen, ek?! ;P

Masa bujang dulu, celebrate mother's day sekali je. Tapi, bila dah kawen, terus ada 2 celebrations sebab secara automatic dah ada 2 orang ibu kan...

Tahun ni, celebrate mother's day dengan MIL dulu. Dah plan awal2 dengan adik2 ipar semua. Kebetulan minggu tu, ada kenduri arwah untuk Arwah Dadi. So, adik2 ipar ramai yang balik. Malam sebelum kenduri, kami buat surprise untuk MIL.

~ Awa sponsor carrot cake. 

~ KF pulak sponsor sate. Qistina enterframe dengan mulut yang comot makan sate.

~ Carrot cake ni kosong je. Means, takde tulis apa2 wish pun. Kitorang gigih create wish tu dengan Skittles. Tau Skittles tak? Alaaa... yang macam M&M's tuh... tapi, kecik sikit.

Ada insiden suspen masa nak decor2 carrot cake tuh. Kan konon2nya kami nak buat surprise kan... Aku ngan Awa pun bawaklah Skittles ngan carrot cake tu masuk dalam bilik Udda. Tetiba MIL masuk bilik. Aku ngan Awa dah sengih2 macam kerang busuk dah. Ha3...

MIL pulak asik tanya je, nak sambut birthday siapa?! Dengan spontannya ah kak jawab, 'Nak sambut birthday Abang Mamat (my 'sayang'), mak...' Confuse je muka MIL. Ha3...

~ Tak habis2 nak enterframe tangan! Isk3...

~ KFC tu my 'sayang' yang sponsor. Eh! Nak jugak... ;P

~ Pakat2 dengan abah untuk bawak MIL ke hall. Sepanjang jalan MIL asik tanya, 'Nak buat apa? Nak buat apa?' He3...

Aku siap beli belon lagik! Lepas tu, paksa adik2 ipar biras semua tiup belon tuh besor2. Elok2 MIL sampai kat hall, terus jerit Happy Mother's Day & letupkan belon2 tuh. Cucuk dengan jarum, noks! Poyos! Ha3...

~ Muka2 happy... ;D Memula, abah macam malu2. Laju2 aku tarik tangan abah, letak kat bahu mak. Ecewah! He3...


~ Potong kek & anak2 menantu2 cucu pun enterframe... ;P

~ Udda nak jugak menyelit. Isk3...

~ Malu kena suap2. He3...

~ Hadiah daripada kami untuk MIL... 

~ Hadiah last minute tuh. Tak sempat nak prepare awal2 sebab sebelum tu ah kak busy kot. Busy dengan kerja... dengan kursus lagik... meeting... Hadoi! 

Makan2 sampai santak perut, borak sambil gelak2... itu la aktiviti kitorang malam tuh. Penat makan & penat gelak. He3...

Selamat Hari Ibu untuk MIL tersayang... ;)


:: Like3, ek! ::




i SeRvE nUfFnAnG aDs

GO SEARCH BY GOOGLE SEARCH ENGINE

Google