SiNgGaH Lg, Ek! ;)

Showing posts with label SILVER WAVE. Show all posts
Showing posts with label SILVER WAVE. Show all posts

Tuesday, February 2, 2016

'HARI KAMBING'

#Throwback

Konvensyen Kumpulan Inovatif & Kreatif (KIK) 2015...

Jangan tak tau, ah kak masuk lagik, noks..! Hu3...

Tak dapek nak bagi excuse sebab takde reason yang munasabah. Kang kalau cakap ah kak mengandung tahap morning sickness tertonggeng2 kang... nampak sangatlah membongaknya! 'MengandungI' lemak... adalah! Ha3... Hadoi la...

Timing konvensyen tak cun! Sebab masa tu family mertua buat event makan busat dengan mengorbankan seekor kambing, sponsored by Kerol. I named it as 'Hari Kambing'. He3...

Actually, memula dah cun dah date konvensyen tu. Tup2... urusetia tukar tarikh last minute. Clash, dowh... dengan Hari Kambing..! Sadis gigirl tau! Tsk3...

~ Dalam kenderaan jabatan. Encik Pala drive. Penumpang: Aku & Encik Wan je...

Oppa hantar sampai Tapah je. Lepas tu, car pool naik kenderaan jabatan. 

Sebelum tu, sempatlah jugak singgah rumah mertua. Jumpa My MIL, Abah, ipar-duai & all the biras. My MIL laju2 gorengkan ayam bila tau aku tak breakfast lagik. Terima kasih, ibu mertuaku... ;)

On the way ke KL, dapat berbondong2 gambar, adik ipar send via WhatsApp, show-off diorang tengah 'open table' dengan kambing bbq sebagai props. Motip: Nak kasik aku jeles lettew..! Cisss betul! 

Sebab diorang sedia maklum yang sis in law diorang ni paling suka bab selfie2 bila ada event. Suka enterframe. Suka havoc2! Suka tido jugak. Eh! Ha3...

~ Check-in di Peninsula Residence All Suite Hotel, Bukit Damansara.

Aku sebilik dengan Farah & Lia. Bilik Studio Suite Double. Ada 2 queen beds. Luas jugaklah biliknya...

~ Aku syak, konsep toilet dia adalah mirror2 on the wall. Sebab mostly pakai kaca. Ada bath tub jugak. Tapi, ah kak tak sempat test. Hu3...

Almari baju ada 2, spesis kaca & bersambung dengan toilet. Maksudnya, dari luar boleh bukak almari tu, dari dalam toilet pun boleh jugak. Tang sini macam 'bahaya' jugaklah. Takut ada yang lupa kita tengah mandi / 'membuang', terbukak pintu almari baju tu, perrgghhh... seram ah kak tatkala membayangkannya, noks! Ha3...

~ Katil ok. Kitchenette pun not bad. Lengkap dengan fridge, kitchen cabinet & meja makan.

~ Swimming pool. Aku tak 'terjun tiruk'. Sebab aku gigih tido dalam bilik. Ha3...

~ Hari pertama, dinner kat Ali Cafe. Ntah kat ceruk mana, aku tak tau. Toksah ada niat nak tanya spesis buta jalan tahap gaban macam aku ni, ek! Hu3...

~ Rehearsal kat bilik Cik Ratna & Cik Wani.

~ Rehearsal sikit, wefie banyak. Ha3...

Malam tu, aku chill2 je. Tak tertekan / neves melampau sampai tak boleh tido ke apa ke kan... Nyenyak je. Malas nak pikir hari esoknya (hari presentation). Gasaklah! Redah je. Buat je lah apa yang dah diamanahkan. Aku cuma nak cepat habis & balik jumpa Oppa terchenta. Rindu! Eceh! Ahaks...

~ Panel juri. Imported dari Jabatan Kastam DiRaja Malaysia, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi & Kepenggunaan (KPDNKK) & otai KIK yang dah menang di peringkat tertinggi.

~ Gedebak gedebuk jantung berdegup sebelum presentation.
Alhamdulillah... all went well. Hati & minda dah terbang balik ke Teluk Intan sejurus selepas present. 

~ Hari ke-2 a.k.a hari pengumuman keputusan konvensyen. Jumpa Haji Saiful (paling kiri), ex-Pengarah SKM, Cawangan Negeri Perak.  Beliau ajak wefie. He3...
~ Gambar kenangan selepas presentation.

~ Silver Wave dinobatkan sebagai penerima Anugerah Projek Harapan. Alhamdulillah...

Moh pulang... #OkBai


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::



Tuesday, May 5, 2015

LOOSE / WIN...

#Throwback

Komitmen, team work, 2 ways communications, punctuality... semua ni perlu ada dalam KIK. Aku dah bagi yang aku rasakan paling thorrbahekk untuk Diamond & Silver Wave. Aku jugak dah sebulat hati untuk terima seadanya sumbangan setiap ahli kumpulan.

~ Hari pengumuman keputusan Konvensyen KIK.

Loose / win... doesn't matter. Sebab ini adat pertandingan. Asalkan ko dah redah sampai ke tahap ini, maknanya ko tak pernah mengaku kalah. Terima keputusan dengan hati terbuka. Tak payah nak post mortem sangatlah! Ha3...


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::



Tuesday, April 21, 2015

HARI YANG NEVES

#Throwback

Sebelum Subuh dah rasa gedabak gedebuk jantung ni! Perrgghhh..!!! Ingatkan, bila dah ada pengalaman sikit2 masuk KIK, perasaan neves tu boleh dikawal. Tapi, tak semudah itu rupa2nya... Hu3...

Silver Wave adalah presenter pertama untuk hari tersebut. Hmmm... suka ada... tak suka pun ada. Suka sebab bila jadik yang pertama, cepatlah lepas hazab. Tak suka pulak sebab yang pertama, yang pagi2, kompomlah panel juri semuanya tengah segar-bugar. Focus diorang pun di tahap daebaklah! Kompom ada soklan maut! Uwaawaawaaa...

~ Kesah Pegawai Wilayah yang asik2 submit Permohonan Peruntukan Program yang tak lengkap. Lepas tu, kena return & makan masa untuk approval. Inilah masalah yang Silver Wave cuba selesaikan.

~ Q &A dari panel juri dah setel. Alhamdulillah... berjalan lancar jugaklah. 

Lepas dah 1 hazab... Belah tengahari, 1 hazab lagik menyusul. Diamond Wave pulak...

~ Kesah Anggota Lembaga Koperasi (ALK) yang susah sangat nak datang kursus anjuran SKM Wilayah. Bagi pengesahan 'Hadir' tapi, tak nampak batang hidung. Sudahnya, berlaku pembaziran & ALK dok nganga sebab terlepas ilmu.

~ Q & A yang hampir selesai. Aku tersorok di sebalik Cik Nad sebab sedang handle slide.

~ 3 orang panel juri yang buat kami semua seriau habis! 

& akhirnya, dua2 hazab berjaya diharungi... Fuh, lega giler! Dia punya perasaaan kan... memang tak dapat nak digambarkan! Lebih kurang macam melepaskan 1 beban yang hamat besar jauh2 & now, kepala hotak kita rasa ringan, aman, tenteram & damai tanpa beban tu. Haaa... cenggitu...

~ Lepas tu, terus gigih berselfie. Ha3...

~ #Halussss ;P

~ Court costume

Belah petang, dah takde apa2 untuk kami. Kasik chance kat team lain pulak untuk rasa hazab. He3...

Lunch, balik hotel, tido & bersuka-ria sejenak. Ecewah..! ;P


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::



Monday, March 30, 2015

GAYA, MUTU & KEUNGGULAN VERSION 2.0

#Throwback

Bukan 1 group tapi, 2 groups. Yesss! Aku join 2 groups untuk KIK 2014. Tak volunteer tapi, 'Saya yang menurut perintah'. Hadapi dengan senyuman jerrr... 

Group Diamond Wave untuk SKM, Cawangan Wilayah Hilir Perak & Silver Wave pulak SKM, Cawangan Negeri Perak. Nasib baik serebrum, sereblum & medula oblongata masih berfungsi dengan baik. Kalau tak, kompom konpius & blurrr masa meeting. Adeh3...

Silver Wave buat photoshoot kat opis negeri & Dewan Bandaraya Ipoh. Makan masa 1 hari sebab ada rehearsal jugak.

~ Candid2... mesra2... santai2...

~ Retis catwalk. He3...

~ This is the official picture for Silver Wave.

Tadah je la muka dekat sinaran matahari yang panas membahang tu... Hu3...


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::



Friday, August 15, 2014

OTAK SEDIKIT TEPU

Silver Wave punya Kumpulan Inovatif & Kreatif (KIK) pulak. Diamond Wave... Silver Wave... Diamond Wave... Silver Wave... Haaa... nampak tak betapa tamak halobanya ah kak di situ..? Hmmm... nampak je tau! Tapi, hakikatnya tidak. Sebab bukan volunteer. Tapi, masih mengekalkan konsep... paksarela. 

Uwaawaawaaa... Nangis berguling2 pun tiada berguna... :(

Silver Wave ni lebih mencabar. Maksudnya, dari segi nak attend meetinglah. Sebab berpusat di Ipoh. So, meeting pun kebanyakannya kat SKM Perak. Ada la sekali tu diorang twist, buat meeting kat SKM Tepeng. Aku terpaksa skip sebab ada appointment dengan doktor. Mintak mahap banyak2 sangatlah. ;P

Latest meeting pun diorang twist jugak. Tapi, yang tu takpe sebab buat kat opis aku. Woo hooo..!!! Rasa gumbira tak terhingga, noks..! Melompat bintang sekejap. Ha3...

~ Dah di pertengahan meeting. Otak dah berasa sedikit tepu. Hu3... Jadik, marilah kita berselfie dengan harapan semoga otak boleh mencair sedikit. Heh3...

~ Berdiskusi untuk dapatkan output yang terpaling baik. Mudah2-an...

~ Encik Selvam sedang fokus. ;P

Bila dah terjebak dengan Diamond Wave & Silver Wave, pernah jugak datang rasa konpius. Konpius sekejap dengan tajuk projek. Mujurlah aku bukan ahli penting sangat. Maksudnya, taklah sehebat mana. Sekadar boleh berdiskusi & kongsi pendapat. Pendek kata, cuba je lah buat apa2 yang patut & yang termampu.

Try untuk enjoyce, chill & yang penting, takmo stress2! Hadapi dengan senyuman... Eceh! Ayat motivasi sangat tau..! ;)


:: Like3, ek! ::



i SeRvE nUfFnAnG aDs

GO SEARCH BY GOOGLE SEARCH ENGINE

Google