SiNgGaH Lg, Ek! ;)

Showing posts with label REFARM. Show all posts
Showing posts with label REFARM. Show all posts

Wednesday, December 23, 2015

6 PIT STOP

#Throwback

Puas dah berendam. Jari-jemari pun dah kecut. Moh la pulang...

Sempatlah berselfie & berwefie kat beberapa pit stop sebelum sampai ke kereta.

~ Pit stop #1: Fish pond. Banyak betul ikan! Berenang2 dengan riang...

~ 'Rombongan Cik Kiah' ke kolam ikan. Ha3...

~ Illegal fish feeding! Sila jangan tiru aksi belah kiri tuh. Kalau nak tiru yang belah kanan, memang boleh. Silakan... ;P

~ Pit stop #2: Taman 'kambing batu'.

~ Kambing yang sungguh jinak. He3...

~ Ok, amik2... Memasing dapat sorang sekor. Jangan khuatir. Ha3...

~ Kambing yang sungguh jinak... part 2.

~ Kiri: Aku & Mak sibuk buat research pasal kambing. Kanan: Rania yang sado... Hiks...

~ Kambing peliharaan Rifqi. Kecik, cinonet... macam beliau jugak.

~ Aku tak tau nak tulis caption apa?! Speechless! Hu3...

~ Pit stop #3: Lorong rambu-ramba

~ Sesuai untuk selfie waktu siang.

~ Kalau selfie di waktu malam, fuh... neves kot..! Hu3...

~ Pit stop #4: Aquarium

~ Pit stop #5: Black horse

~ Kuda yang sexy... Awwsss..! Ha3...

~ Black horse knight

~ Black horse knight... part 2

~ Pit stop #6: Rusa Refarm

Refarm jugak ada menyediakan kemudahan penginapan. Macam2 jenis bilik ada. Bilik gua, konkrit, besar... bla3... Sediakan duit je, lepas tu, sukahatilah nak duduk bilik jenis yang mana.

Waktu operasi:-

1. Leisure Farm: Dibuka pada setiap hari Isnin hingga Ahad kecuali Selasa (9 pagi hingga 6 petang).
2. Restaurant: Dibuka pada setiap hari Isnin hingga Ahad kecuali Selasa (11 pagi hingga 3 petang & 6 petang hingga 10 malam)

Maklumat lanjut, boleh check it out kat sini.

Refarm,
Lot 6059, Jalan Temoh Kampar,
35350 Temoh, Perak.

No. Telefon: 012-5026115

Kami tak menginap. Cukuplah sekadar mandi-manda... ;)

Untuk Refarm, aku kasik 3/5 mintang. 


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::



Tuesday, December 22, 2015

REFARM... SEJENIS TAMAN REKREASI

#Throwback

Aku tak pernah dengar pasal Refarm. Tak pernah jugak tau pasal kewujudannya. Sampailah Abang roger2, ajak ke Refarm untuk celebrate birthday Kak Aneem.

Aku ingatkan Refarm ni sejenis taman bunga / kebun sayur / dusun buah2-an. Hmmm... macam betul tapi, kurang tepat sikit. Sebab Refarm ni sebenarnya adalah sejenis taman rekreasi yang berlatarbelakangkan gunung, menjual sayur2-an + buah2-an yang ditanam secara organik & ada kolam air gunung untuk pengunjung mandi-manda.

Ok... rasanya explanation tersebut dah boleh buat you ols bayangkan sikit2 macam mana rupa Refarm. Nak imaginasi yang lagik cantek & jelas, moh tengok gambar2 yang sempat dirakamkan, ek! ;)

~ Main entrance untuk ke kolam air gunung adalah kat belakang Mak tu.

Caj tiket dikenakan. Harga tiket seperti berikut:-

Dewasa (12 tahun & ke atas): RM 20
Kanak2 (11 tahun & ke bawah) : RM 10

Tapi, kami dapat promotional rate, RM 10 untuk dewasa & RM 5 untuk kanak2. Tak taulah macam mana boleh dapat promotional rate. Rezeki... ;)

~ Takde had masa. Asalkan ko stop berendam bila waktu operasi habis. Jangan sampai kena halau. He3...

~ Air dia sejuk, hokay..! Pure air gunung.

~ Bergurau-senda... Eceh! Ha3...

~ Nampak tak air pancut tu? Haaa... kat belakang air pancut tu la sumber air gunung ni datang.

~ Naik sekejap untuk makan & panaskan badan. Sojuk wooo..!

~ Mak rendam2 kaki je. Sojuk katanya... He3...

~ Rifqi yang gigih, tak nak stop berendam walaupun dah menggigil tahap ketaq dagu. Ha3... Hadoi la...

~ 'Ottomen Mebius' & sedara-maranya... Ha3...



Kami tak konvoi ke Refarm. Maksudnya, Abang + family awal2 dah gerak bawak Mak sekali. Aku & Oppa menyusul kemudian sebab Oppa ada kerja sikit pagi tu. 

Abang plan nak surprisekan Kak Aneem. So, dia mintak tolong aku bawakkan kek. Tapi, den tak dapek nak nolong sebab Oppa den ado kojo kan pagi tu. Makanya, Abang mintak tolong kawan dialah. Aku & Oppa terlepas acara potong kek & kejutan tersebut. Hu3...

Takpelah... takde rezeki. Yang penting, rezeki makan kek ada. Abang tinggalkan sebahagian kek untuk kami. Paling best, rezeki makan daging masak kicap & lauk2 lain yang Mak masak pun ada. Perrgghhh... marvellous, noks..!

Happy birthday, Kak Aneem..! ;D


*Bersambung...


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::



i SeRvE nUfFnAnG aDs

GO SEARCH BY GOOGLE SEARCH ENGINE

Google