SiNgGaH Lg, Ek! ;)

Showing posts with label PUTRAJAYA INTERNATIONAL CONVENTION CENTRE. Show all posts
Showing posts with label PUTRAJAYA INTERNATIONAL CONVENTION CENTRE. Show all posts

Saturday, December 1, 2012

CONVO BULAT DI PICC

Aku, my 'sayang' & family mertua masuk ke ruang legar PICC beramai2. Dress code my MIL & Abah lepas untuk masuk hall. Tapi, my MIL pulak tak berani nak naik escalator yang katanya sangat curam tuh. Last2, semua decide tengok skrin besor je. 

~ Munge convo untuk Bulat. Aku yang rasmikan dulu. Heh3...

~ Ecewah! Buat macam harta sendirik pulak. Hiks...

Bunga tu sponsored by Awa. 50 hengget kot sejambak besor tuh.

Convo biasa la kan... kalau sidang belah pagi tu, musti la habis dalam pukul 1 petang macam tu kan... Belum sempat habis, perut memasing dah berkeroncong. Lapor! 

Bulat dah amik scroll dia. Kitorang pun dah tengok la kat skrin besor tuh. So, roger2 Bulat kata kitorang nak jalan2 isi perut dulu. Lepas makan, baru kami datang amik Bulat balik.

Berpusing2 jugak carik kedai makan. Last2, makan kat Selera Putra je. 

~ Aku makan Char Kueteow Penang. Harga nampak macam up sikit la... Tapi, bila tengok dia punya portion, memang berbaloi2lah! Santak perut nak habiskan! Nasib baik sodap, tak mengecewakan.

~ Char Kueteow Penang + sirap cincau = santapan ah kak. Mereka2 yang lain pekena nasik kandar.

Selera Putra ni kat area Masjid Putra tuh. Turun bawah sikit then, akan jumpalah Selera Putra. Konsep dia macam food court. Banyak jugak la pilihan. Tempat bersih & cantik. Siap ada view tasik lagik! Kalau pergi berdua je, confirm kitorang melepak lebih lama kat tepi tasik tuh. 

Romantika kata ko! Ha3...

Alamat ada kat bawah nih:-

Selera Putra
Precint 1, Sisiran Putrajaya
Dataran Putra, Putrajaya

Perut pun dah kenyang. Jomlah patah balik amik Bulat. Kang menangis pulak pokcik tu kat PICC. He3...

~ Amik gambar dengan orang yang convo adalah wajib! Heh3...

~ Congrats, lil bro! ;)



~ Mr. Convo. ;P



~ We're family..! Hoyyeahh..!!!

~ Awa feeling2 convo. He3...

~ Yang kat sebelah pakai tudung maroon tu adalah ehem2 En. Bulat. Semoga sampai seru... Ecewah! ;P

Congrats again untuk Bulat...

Katanya, nak further degree pulak kat Universiti Kuala Lumpur (UniKL). I support you most from behind, lil bro in-law! Good luck..!!!


:: Like3, ek! ::



Thursday, November 29, 2012

NASIK GORENG RACUN???

Hari graduasi Bulat...

Bulat study kat Kolej Poly-Tech Mara Kuantan. Amik Diploma in Information Technology kot. Convonya kat Putrajaya International Convention Centre (PICC).

Memang peluang terbaekkk... la kan... Sebab ah kak belum pernah jejak kaki ke PICC lagik. Sila percaya. Tengok dari luar je sebelum ni kan... Kali ni, dah ada peluang, boleh la explore 1 PICC tu! ;)

~ Hokay! Dah sampai. Amik gambar dengan giant banner dulu.

~ My 'sayang' pun...
Actually, kitorang ngan family mertua berkampung kat rumah Awa. So, dah tak jauh sangat la nak ke PICC tuh. Lepas semayang Subuh, aku ngan my 'sayang' ditugaskan hantar Bulat dulu ke PICC. Abah & my MIL akan menyusul kemudian once Qistina dah bangun tido.

Sementara Bulat setelkan apa2 yang patut, aku ngan my 'sayang' pulak sibuk menyetelkan perut yang dah lapor. Carik lokasi nak berbreakfast.

~ Jumpa Putrajaya Seafood nih. Tapi, kuchiwa sebab tutup. Dah namanya pun ada mention 'seafood' kan... so maybe, dia bukak belah2 petang.

~ Kuchiwa2 pun, dia still kasik thumbs up. Haish! Tak paham... Tak paham...

~ Last2, jumpa restoran ni kat Cyberjaya nun. Tertarik dengan menu2 goreng dia yang namanya dasat betul! Ada  nasik goreng jahanam la... nasik goreng racun la... Perrgghhh!!!

Teringin nak try. Tapi, diorang tak prepare untuk breakfast kot. Sebab selalunya, yang goreng2 ni kan belah2 petang membawak ke malam.

Hmmm... takpe la kan... Maybe, next time. Memujuk hati sendirik nih. ;P

~ End up, aku makan maggi goreng + bihun goreng + telur rebus + sambal tumis + rendang daging. Eh, macam carca-marba la pulak kan... He3...

So-so je kot dari segi rasa. Tapi, kalau dari segi kebersihan & ke-condusive-an, macam terbaekkk... kot.

Lepas makan, terus laju2 patah balik ke PICC sebab konon2 nak masuk hall tengok Bulat amik scroll secara live la kan... Tapi, sadis sebab tak dapat masuk.

Alasan si penjaga hal ehwal tetamu adalah baju kami tak ikut dress code. Owh... rasanya ok je kot outfit kitorang. Memang la tak berapa nak menepati dress code tapi, takde la sexy tertonjol2 ke apa ke kan...

Sentapahkaktau! Tsk3...

Hmmm... nak buat macam mana kan... Redha je lah. Macam Lisa Surihani cakap, 'Redha itu ikhlas... Pasrah tu menyerah...' Eh, ke situ pulak perginya, ye! He3...

Sementara tunggu family mertua sampai, kitorang pun cariklah tempat nak melepak. Terjumpa la dengan Taman Cabaran...

Korang pernah pergi Taman Cabaran tak? Kalau tak pernah, meh ah kak nak tunjuk apa yang ada kat Taman Cabaran tuh. Tapi, dalam next entry la, ek! Heh! 


:: Like3, ek! ::



i SeRvE nUfFnAnG aDs

GO SEARCH BY GOOGLE SEARCH ENGINE

Google