SiNgGaH Lg, Ek! ;)

Showing posts with label PINK. Show all posts
Showing posts with label PINK. Show all posts

Tuesday, February 12, 2013

OBSES PINK

Pak Anjang terima menantu. Dah bertambah sorang lagik ahli keluarga Pak Anjang. Alhamdulillah...

Tiqa, anak sulung Pak Anjang yang kahwin. Bertemu jodoh dengan orang Pahang. Tiqa selamat jadik isteri dengan 2 kali lafaz. ;)

Aku syak Tiqa ni obses dengan kaler pinklah. Sebab dari tema nikah membawak ke hantaran membawak ke hari bersanding, semuanya kaler pink. Goodie bag ngan door gift pun pink jugak, hokay..!

Obses!

Kami datang jenguk dari majlis akad nikah sampai la ke hari bersanding. Plus, rumah Pak Anjang bukan jauh sangat pun. Kat taman perumahan sebelah sinun je... Adalah tak patut kalau tak datang menjenguk kan...

~ Antara tetamu jemputan yang datang masa hari bersanding. Crowded wooo... Nak makan kena tunggu turn & aci chop2 kerusi dulu. Hu3...

~ Kami datang tepat pada waktuhya... sebab sedang2 elok je pengantin tengah bersanding. 

~ Cik Am merangkap caterer of the day...

~ Santapan diraja katanya...

~ Hah, nampak tak keobsesan Tiqa pada kaler pink? Sampai naik pink mata hitamku, hokay..!

Aku ngan Mak meratah lauk je sebab sebelum tu dah terjah 1 kenduri kahwin kat Parit 1B. Time lapor kata ko! Harus la makan banyak! Sudahnya, perut santak. Kat kenduri rumah Pak Anjang kutip lauk je la... He3...

Selamat pengantin baru untuk Tiqa & Zairul. Happily ever after... & semoga dapat zuriat yang soleh & solehah. Aminnn... 

Nanti Kak Leez kasik baby pressie kaler pink, ek! He3...


:: Like3, ek! ::



Monday, May 9, 2011

JAMBUNYA BAKAL ANAK VICTORIA BECKHAM

VICTORIA BECKHAM sangat teruja untuk menyambut kelahiran bayi keempatnya yang sudah diketahui sebagai bayi perempuan. Ini kerana dia telah memiliki tiga cahaya mata lelaki iaitu Brooklyn, Romeo dan Cruz. Lantaran bakal menimang cahaya mata perempuan buat pertama kali, mantan personal Spice Girls ini telah berbelanja besar. Isteri kepada David Beckham itu dilaporkan telah membelanjakan sekitar RM44,500 untuk membeli kelengkapan bayi tersebut.

Wanita yang kini lebih dikenali sebagai pereka busana itu juga dilaporkan telah membeli semua peralatan berwarna merah jambu untuk menghiasi kamar bayinya di kediaman mereka di London.
Tidak hanya itu, pasangan ini juga telah mempersiapkan sebuah kamar bayi yang mewah di vila mereka di Perancis.

Malah menurut M&C, pasangan selebriti itu merancang untuk membina sebuah kediaman untuk mereka seisi keluarga apabila bayi tersebut selamat dilahirkan kelak. Ia akan menjadi rumah idaman buat mereka sekeluarga.

Khabarnya, untuk membina rumah impian tersebut, Victoria dan Beckham mengeluarkan ratusan juta ringgit untuk merealisasikan impian mereka itu.

*Sumber: kosmo

Ribu3 & juta3 tuuu..!!! Dasat betul! Terbeliak bijik mata ah kak, noks..! Adeh3...


Tuesday, July 13, 2010

PINK BAG

Woo hooo..!!! Lame aku tak update wooo... Musti you ols mewindui coretan2 aku kan? Silap haribulan, ade plak yang meroyan sebab aku tak update. Kan3...??? (Owhhh... sudah2 la tu Areleez. Tak abis2 nak masuk bakul, lu angkat la sendirik! Ha3...) Ye la... ye la... Ah kak tau, ah kak nie perasan lebih... Tapi, ah kak perasan mende2 yang betul kan? Ahaks3... Larikkkssss...! ;P

Straight to the point, please..! ;) Actually, aku mau citer pasal pink bag. Dah tajuk entry pun Pink Bag kan... of cos la citer pun pasal pink bag! Takkan 'oranje' plak kot! Wah, tetiba... masuk bab WC lak! Ha3...


~ Cun kan pink bag nie? Encik Bos yang 'tapaukan' mase beliau ngan Ros gi Majlis Perasmian 1 Komuniti 1 Koperasi (1K1K). Diorang jadik urusetia.

Maka, bertambahlah koleksi bag2 yang ado... Means, yang sewaktu dengannye la... Dalam banyak2 tu, ade 1 jer kaler purple. Koperasi kasik. Tu pun jenuh aku berebut2, main cop2 dolu. Aku bukan buleh nampak stuff2 yang purple kaler nih! Mula la rase cam, 'Grab it, bebeh! Grab..!' Ha, ko! Parah tak parah tahap kegilaan tuh?! ;P


::. TrULy, MaDLy, DeEpLy .::

i SeRvE nUfFnAnG aDs

GO SEARCH BY GOOGLE SEARCH ENGINE

Google