SiNgGaH Lg, Ek! ;)

Showing posts with label KUALA PERLIS. Show all posts
Showing posts with label KUALA PERLIS. Show all posts

Sunday, July 5, 2015

DVIEW 1 HOTEL YANG BERBALOI2

#Throwback

Kami tak pernah menginap kat DView 1 Hotel. Inilah kali pertama. Amik keputusan untuk reserve selepas menggoogle. Baca feedback orang2 yang pernah menginap kat situ pun nampaknya macam diorang berpuas hati. Lokasi pun strategik.

~ Bilik Standard Queen

~ Meja solek. Errr... mahapkan je lah 'model tak berbayar' ni, ye! ;P

~ Bilik air & toilet

Harga bilik adalah RM 80/night. Bilik dalam keadaan yang super comfy, bertingkap, ada tv with Astro, air conditioned, rak kasut, tempat gantung baju & bilik air + toilet yang bersih walaupun harga bajet. Service pun bagus dengan staff yang agak mesra alam. Thumbs up!

4.5/5 mintang! Highly recommended. ;)

DView 1 Hotel & Guest Houses
19 & 21, Jalan Senangin 7
Taman Kuala Perlis
02000 Perlis

No. Telefon: 04-9852022
GPS Koordinat: 6.391078 100.134202 / N 6 23.465 E 100 08.052

Cumanya, penggunaan iron kena charge. 5 hengget per penggunaan. So, kalau nak jimat, better bawak iron sendirik / bawak je outfit yang jenis tak perlu di iron.

~ Nak parking pun senang.

DView 1 Hotel ni terletak dalam kawasan taman perumahan. Tenang sikitlah dari suasana havoc Kuala Perlis. Semacam rumah banglo yang direnovate jadik hotel. Sesuai untuk sesiapa yang nak transit di Kuala Perlis sebelum naik feri ke Langkawi.

~ Landmark / signboard

DView 1 Hotel... daebak! ;)


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::



Tuesday, June 30, 2015

NYAMAN BAQ HANG..!

#Throwback

Al kesah LIMA 2015 yang menggamit2...

Oppa nak sangat pergi tengok secara live. Aku on jerrr... ;)

Memang tak pernah experience pun. 1st time lah kiranya.

JKKKK Utama nya of course lah ah kak. Tukang carik maklumat... google2... buat reservation bagai... lepas tu, usulkan kat Oppa. Angguk tanda setuju. Selamatlah. Kalau tak setuju, Oppa akan komen2 & bagi opinion / suggestion.

Singgah jumpa Mak dulu. Nak kiss goodbye. He3...


Traffic agak lancar. Kami pun tak nak rushing2. Nak relax2, chill2 sambil menikmati pemandangan highway je. 

~ Late lunch di R&r Gurun.

Kami transit 1 malam di Kuala Perlis. Penginapan dah reserve awal2.

~  Ini dia... DView 1 Hotel. Next entry ah kak kasik cerita pasal dia, hokay!

Sorga, noks bila dah check-in. Nyaman... Dapatlah merehatkan diri sekejap sebelum keluar balik untuk dinner.

~ Bilik kami kat ground floor je. 

~ Tak payah susah2 nak carik makan sebab nun di seberang jalan, naik atas sikit je... ada banyak stall yang menyajikan macam2 makanan. 

Semuanya menghadap laut. Pilih je lah port mana yang berkenan. Angin sikit punya kuat daaa... Sejuk original.

Oppa makan nasik goreng kampung & aku pulak makan maggi goreng. Add-on sosej, fish ball & jejari ketam yang dibakar / digoreng. Perrgghhh..! Kenyang tahap gaban! He3...

Aku ajak Oppa ke UiTM Arau. Nak mengimbau kenangan lalu kata ko..! Oppa ok jerrr... Sayang Oppa laju2lah..! Ahaks...

Lalu Kolej Siding... Pulai... teringat aktiviti bersengkang mata di musim final exam. Aku spesis study belah malam, lepas Isya', dalam pukul 9 malam membawak ke pukul 2 pagi. Lajak je sikit waima pukul 2.01 pagi sekali pun, otak aku dah tak boleh absorb apa2 bahan ilmiah. Dia dah mula merepek2.

Contoh: Aku study subjek Structure Mechanics pasal load calculation tapi, otak aku pikir pasal Winter Sonata. Atau pun, aku study subjek Design pasal slab mahupun beam tapi, otak aku pikir pasal Kabhi Kushi Kabhi Ghum. Haaa... cenggitu... Makanya, lebih baiklah stop & tido.

Lalu dining hall... teringat kat lauk daging rebus cicah air asam. Thorrbahekkk... baq hang..! Takkan ku hirau tangan bau belacan seminggu! Ha3...

Lalu Mushrooms... teringat cafe jual moi sup, mokcik jual maggi pelbagai perisa, CC yang tak pernah sunyi dengan student yang nak print assignment... bla3... 

Pendek kata, semuanya kenangan... kenangan... & kenangan... Balik hotel, tido dengan senyuman sebab mimpikan kenangan2 tu semua. Yang sweet jadik makin sweet... yang pahit / kelat2 sikit pun jadik sweet... ;)


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::



Saturday, June 26, 2010

IKAN BAKAQ KUALA PERLIS

Asik berjalan & berposing jerk, perut pun dah lapor balik. Terjah kedai makan la jawabnye. Bapak la berderet2 kedai makan kat situ. Buleh dikatakan sume pun menghidangkan ikan bakar & seafood as main menu. Pilih jerlah nak makan katne?! Kitorang pilih kedai yang ade kipas besor godang sebab badan dah berlengas, panas!


~ The ikans...


~ The udangs & segala mak nenek siput pun ado..! Pilih jer mane ko nak.


~ Deretan makanan yang kitorang order... Belum sepenuhnye nih. Ade lagik yang belum sampai.


~ Cubaan menjadik artistik. Heh3...


~ Ketam masak rempah... Yang nie memang marvellous! It's finger lickin' good, bebeh! ;D


~ Ketam masak lomak cili api... A_bern kata sodap.


~ Kailan ikan masin... Not bad la...


~ Tom yam... Buleh tahan gak la rase dia. Tapi, cam ade rase manis sket la... Potong markah sket di situ...


~ Ikan jenahak bakaq. Aku tak buleh kasik rate berapa bintang sebab aku tak rase langsung. Aku kan tak sker ikan bakar... Tapi, family members lain sume kata sodap, kira sodaplah tuh! ;P


~ ABC yang memang aku tak buleh abiskan. Tapi, bukan untuk aku pun... A_bern yang order. Aku tumpang sescoop 2 jer... He3...

Bbrrppp..!!! Perut dah santak giler! Memasing dah kekenyangan. So, balik hotel dolu lah. Nak mandi2, semayang & nak tido awal sebab sok nak gi wedding Solehah. Tapi, aku tak tido awal pun... Gigih berblogging! Pukul 2++ a.m baru tido. Kata blogger tegar... Heh3...


::. TrULy, MaDLy, DeEpLy .::

Friday, June 25, 2010

DATARAN KUALA PERLIS

Ramai gak orang kat Dataran Kuala Perlis petang tu. Eh! Betulkah name kawasan tu Dataran Kuala Perlis? Aku aci belasah jer bagi name tuh. Asal nampak cam dataran jer... He3... If ade anak jati Perlis yang baca entry nie & aku salah, silalah betulkan, ek! Jasamu dikenang... ;)


~ Bese la kan... bile dah sampai tempat2 camnie, memang memasing sawan camera la! Ha3...


~ If nak amik gambar kat sini, memang kene tahan napas sebab kat depan tu adalah longkang besor. Walaupun bertutup, bau dia tetap tak semenggah, hokay! Tapi, nak posing punye pasal, gua rela berkorban, babe..! Uhuks3...


~ Tak paham aku, apsal la aku ajak A_bern pose camtu? Ntahhape2ntah! Ha3...


~ Mase nak snap gambar nie, mak aku dah bising2, owhhh... Sebab mak aku risau, takutz we ols kene renjatan elektrik, gigih nak cium lampu lip-lap lip-lap tuh. Sib baik selamat... ;D


~ Menghayati pemandangan indah, ciptaan Yang Esa...


~ We ols sebenornye plan nak makan kat restoran terapung kat belakang tu. Tapi, tutup la plak. Siap berkunci2, berpad lock bagailah pintu yang menuju ke restoran tuh. Takde rejeki kan... nak buat camno?! Hu3...


~ L.O.V.E Statue versi AsLeez. Amacam? Cute tak? Hiks...


~ Nie versi kakak aku & hubby dia. Pengkar, owhhh... tangan diorang nih... Jenuh aku alter2 + adjust2. Fuh!


~ Errr... attention, please..! Ade sesape kehilangan ahli keluarga/sanak-sedara/sahabat-handai tak? Aku jumpe 'encik' nie, tengah dok bertenggek kat atas palang tuh. Cam nak tejun jer lagaknye... Kah3... Larikkkkkksssssss......!!!


~ Aku rase, aku tak penah amik gambar sunset yang sebeautiful ini. Kira sukses la nih! Owhhh... yeahhh...

Dah penat dah berposing tak hengat kat dataran tuh. So, we ols teruskan perjalanan...


~ Tetibe jumpe Encik Kuda nie. Kuda ke keldai ntah! Errr... kuda kot...


~ Aku pun cam gediks2 la nak amik gambar ngan Encik Kuda. Baru nak datang rapat, Encik Kuda tu cam berdehem. Terus aku nervous nak mampos! Geli2 jer tapak kaki aku sebab aku dok imagine yang Encik Kuda tu nak sepak pembuluh darah aku jer... Terus rase cam nak lariks! Hu3...

Kami teruskan jalan lagik... Terjumpe lak dengan 1 tempat cam menara tinjau. Hape lagik..?! Jadik port posing barulah! Heh3...


~ Kat belakang we ols tu adalah masjid. Tapi, tak siap lagik. Nampak cantik & besor.


~ Mak pun nak posing gak... in her new Muslimah's blouse. Pressie from abang & Kak Aneem sempena Mother's Day hari tu.


~ K.A.M.I... Apsal kakak aku tu cam nak menari zapin jerk... He3...

Dah penat posing, we ols decided nak pekena ikan bakar & seafood lak.


::. TrULy, MaDLy, DeEpLy .::

MAKAN SOSEJ & KEPAK AYAM YANG BEST KAT KUALA PERLIS

Setelah beberapa jam perjalanan, akhirnye we ols sampai gak ke Changlun, Kedah. Umah Solehah adalah di Changlun.


~ Kitorang stay kat T Hotel. Tapi, gambar kat atas nie bukanlah T Hotel yang kat Changlun. Nie amik dari website T Hotel jer sebab aku takde amik gambar T Hotel nih. Murah tu memang la murah, bilik standard 80 hengget jer tapi, cam kambing sangat la... Bilik kecik nak mampos, owhhh... Nak semayang pun jenuh 'berkemas2'! Aku rase aku book bilik yang ade 1 katil besor for each rooms. Tapi, bile check-in, dapat 2 katil. Sib baik katil tu if pakai 1 jer pun dah kira besor la... Means, no need to sambungkan to another katil. Blanket aku lak ade pijat. Abis gatal2 badan. Sib baik blanket my 'sayang' ok. Banyaklah lagik problemo kat situ. If nak citer, memang sampai sok pun tak abis. Bukan aku nak demand. Tapi, aku penah jer dok kat Resthouse Grik, 68 hengget jerk but, so far so good la... Bilik pun besor. Tak gatal2 pun.

Lepas check-in, rest jap, pastu petangnye kitorang bersiap2 sebab nak ke Kuala Perlis. Saje jer, jalan2 carik pasal. On the way tu, ujan lebat giler sampai tak nampak jalan wooo... Elok2 jer nak masuk Perlis, ujan reda.


~ Nie kat kawasan tepi pantai sebelum sampai Terminal Feri.


~ Lepaking jap, sambil layanz makan sosej ngan kepak ayam bbq yang sodap. Bukan setakat sosej jer, daging burger ngan segala jenis bebola pun ado. Ko pilih jer mane ko nak, pastu suh mak cik tu bakarkan. Pastu, bayarlah! Jangan tak bayar lak! Kang tak pasal2 mak cik ketuk kepala ngan tempat pembakar tuh! ;P


~ Menikmati santapan sambil posing tak hengat! Jalan2... makan2... posing2... itulah family aku...


~ Kepak ayam pun buleh jadik props. Heh3...

Abis makan, we ols sume meneruskan perjalanan menuju Dataran Kuala Perlis...


::. TrULy, MaDLy, DeEpLy .::

i SeRvE nUfFnAnG aDs

GO SEARCH BY GOOGLE SEARCH ENGINE

Google