SiNgGaH Lg, Ek! ;)

Showing posts with label IKEA. Show all posts
Showing posts with label IKEA. Show all posts

Wednesday, February 3, 2016

DARI DENGKIL KE CHERAS...

#Throwback

A_bern pindah campus untuk final semester. Pengurusan nak kumpulkan students diploma & degree je kat Puncak Alam. Student asasi kena pindah ke Dengkil.

Dari UiTM Puncak Alam yang kolej kediamannya dok atas bukit, dengan angin sepoi2 bahasa, pagi2 berkabus, port thorrbahekk untuk mentelaah & mentido bertukar ke UiTM Dengkil yang semuanya serba baru sebab kampus baru tapi, dah takde bukit2 mahupun kabus2. Angin sepoi2 bahasa ada la sikit kot... He3...

~ Ragam anak sedara. He3...

~ Kami semua pakat2 hantar A_bern. As usual...


~ Hostel A_bern. Dia orang pertama check-in. Housemate tak sampai lagik.

Lepas tolong buat kepoh kat hostel A_bern, kami turun lunch. Lapor giler, noks..! Makan tak toleh kiri kanan. Aci redah je.

~ Lepas tu, kami ke IKEA Cheras. 

~ Rania pun nak testing sofa jugak... He3...

~ Sembang anak-beranak.

~ Abang long kawasan. Ha3...

~ Tumpang duduk atas Ektorp.

~ Suka nau2 Mak kat gelas tu. He3...

~ Baby sitter cilik. Good job, Kak Yong!


~ Jemput datang rumah, ek! Hiks...

~ Jemput makan pulak. He3...

~ Lepas tu, lapor... Makan meatball, ayam & side dishes lain. 

~ Semua bertukar jadik tekak omputih sekejap. 

~ Best!

~ Rania pun suka selfie..! 'Penyakit' keturunan... He3...


~ #SongJiHyo & #KangGary

~ Bila anak2, menantu2 & cucundas berkumpul chill2 cenggini, Mak lah yang paling happy. Makan pun berselera.

Kami separate dengan Kakak & family di parking lot IKEA. Kakak nak kena hantar A_bern balik Dengkil dulu. Lepas tu, baru balik Kajang. 

Semoga kita dapat chill2 lagi... In shaa Allah... ;)


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::



Friday, May 22, 2015

2 HARI 1 MALAM

#Throwback

Pencarian tempat bermalam berakhir di Kuala Lumpur International Hotel (KLIH).

Aku pernah stay sekali masa out station di zaman bujang. Oppa a.k.a My 'Jebat' tanyalah direction, kot2 masih ingat lagik kan... Hmmm... #JiHyo akan cuba, ye Oppa..?! Cenggini...

"... KLIH ni macam kat tengah2 jugak la... Boleh nampak bangunan A, B & bla3... & bangunan lama yang weird sikit dari tingkap bilik. Bilik Leez dengan Kak Nor (opismate lama) dulu kat tingkat 10. Bla3... "

Apa ko rasa... membantu sangat tak direction yang aku bagi tu..??? Ha3... Siap mention 'tingkat 10' lagik tuh! Tak boleh blah, noks..! Hadoi la...

Lebih baiklah Oppa guna khidmat Encik Waze je. Kompom tak menyakitkan hati! Ha3...

Check-in pukul 11 malam. ;)

~ Bilik A1408

~ Bilik Superior Double yang sederhana luas. Kalau bawak anak2, boleh la diorang main lari2 sebab ada space.

~ Bilik air. Ada tab, sinki, toilet, mirror2 on the wall yang besar godang, air sejuk, heater & super basic toiletteris.

~ Closet pun agak besor godang + 4  hanger, tahap kalau aku nak menyorok kat dalam tu pun boleh. Box berkunci untuk simpan barang2 berharga pun disediakan. Sesuailah kalau nak tinggalkan lappy / yang sewaktu dengannya. 

Accomodations lain adalah seperti berikut:-

Air cond
TV
Coffee / tea maker
Telephone
Electronic bedside control panel

~ Breakfast di coffee house, tingkat 4.

~ Ini maksudnya... breakfast untuk 2 orang 'Kungfu Panda'. Ho3...

Rate bilik Superior Double: RM 189.60 include breakfast for 2

Ada government rate untuk government servant. Tunjuklah korang punya authority card / payslip terkini sebagai bukti. So, kami just bayar RM 159.60 include breakfast for 2.

~ Lobby

Rating: 4/5 mintang

Sesuailah untuk lepak, jadik orang KL sekejap. Address seperti berikut:-

Kuala Lumpur International Hotel
Lorong Haji Hussein, Off Jalan Raja Muda Abd Aziz
50300 KL

No. Telefon: 03-26978833

Pukul 12 tengahari kami check out. Menuju ke Sogo. Kemudian, menuju ke IKEA pulak, semata2 kerana meatball. Oppa yang mengidam tau! Bukan #JiHyo. ;P

~ Perut kenyang, tak larat bergerak. Ha3... 

~ Masih di situ... Hadoi la... Oppa ni kan...

~ #JiHyo pun sama, actually. Ha3... 


~ Perut kenyang, mata mulalah mengantuk tahap gaban! Rasa nak tumpang landing je kat atas katil empuk tu! Isk3...

~ Termenung. Dok pikir cara nak bawak badan & perut turun ke tingkat bawah. Hiks...

~ Kiri: Dari IKEA. Kanan: Kemeja untuk Abah dari Sogo.

Bolehlah tu... Jall si laundry bag with stand tu memang plan nak beli. Sebab kami rasa ia bagus. Dah pernah pakai. Tahan lama, owh... Bertahun kami pakai, barulah stand dia patah. So, kali ni, mohlah kita beli extra, buat spare. ;)

2 hari 1 malam punya short getaway. Enjoyce..!


p/s: Semenjak 2 menjak ni, "My 'Jebat'" asik nak jadik "Oppa". Aku pulak, gigih nak jadik #JiHyo. Harap maklum. Ha3...


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::



Saturday, April 25, 2015

CUCI MATA & CUCI PERUT

#Throwback

Shopping dengan opismate gigirl. Sebagai salah 1 cara meraikan lepasnya hazab presentation KIK. Ha3...

Destinasi pertama adalah Sogo. Ada sale yang agak giler2! Makanya, bersepah2lah manusia. Perrgghhh..!! Sempot jugaklah nak lalu mencelah. Hu3...

~ Rembat baju Doraemon untuk Rania.

Destinasi ke-2 adalah Jalan TAR. 

~ Shopping baju yang nampak sama tapi, tak serupa. He3...

Singgah Jakel, beli kain ela & karpet. Jenuh la dok usung karpet dari Jalan TAR tu ke basement parking Sogo. Kak Ja park kereta kat situ. Lenguh segala sendi lesung & engsel. Hadoiiyaiiinyapon..!! Lepas tu, terus terasa lapor yang terhamat sangat! Oleh yang demikian, destinasi ke-3 adalah IKEA.

~ Nak makan meatball ni. Aummm2..!! He3...

~ Gambar selepas kenyang. Harap maklum. Ha3...

~ Sempot. Jadik, berenti rehat kejap. ;P

~ Acara wajib kat IKEA. Ha3...

~ Acara wajib tu dah terberjangkit kat Cik Nad...

~ ... & Kak Ja. Hiks...

~ Gigih selfie. Shoppingnya tak pun. Betul2 selfie & makan meatball je. Ha3... Hadoi la...

Balik hotel, semua mengalami symptom kaki cramp yang melampau. Amekaw! 


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::



Monday, February 7, 2011

IKEA

Sambung kesah family hang out ke Kajang...

Hari tu, hari Khamis. Means, hari last la aku stay kat umah kakak aku kat Kajang nun. Tetiba jadik sedih lak sebab dah nak berpisahan kan... Sob3... Tapi, nak buat camne... Musti la kena balik jugak. Life must go on, bebeh! Ecewah! ;P

We ols balik tak lama lepas A_bern gi sekolah. Dalam pukul 11 ++ a.m camtu la... Tapi, we ols tak terus balik. Nak singgah ke IKEA sebab dah lama sangat mengidam nak rasa meatball IKEA. Selalu sangat blogger2 tayang rupa meatball IKEA ni kat blog diorang. Sampai kecur2 air liur aku tau! Tak baik tau korang... Hu3...


~ Sampai2, we ols terus naik 1st level.


~ Terkagum2 gak la we ols menengok sample2 dekorasi bilik tidur, dapur, ruang pejabat bagai... Santek, owh...


~ Pandai plak mak aku posing. Siap tongkat2 dagu lagik tuh! He3...


~ Nenek pun sama jugak..! Ecewah! ;P


~ My 'sayang' paling over! Siap landing2 kat atas katil. Amboi3..!!!


~ Ah kak yang paling cun kan? Betul tak? Betul tak? Ahaks3...


~ Kalau aku biar jer ni, mau tertido2 my 'sayang' kat situ! He3...


~ Dah penat pusing2. So, we ols rest kejap. Lutut macam dah nak tercabut dah, weh..! Hadoi la...


~ Santai abis mak aku!

Punye la khusyuk mentawaf IKEA tu, sampai tak sedar dah dekat pukul 4 p.m. Haish! Patut la perut dah berkeroncong berdangdut riang! Makanya, kami pun terus jalan2 carik makan kat IKEA jugak. Kata mengidam nak makan meatball IKEA kan... ;P


~ Order yang 10 ketul. Memang sodap! I like..! La3...


~ Instead of, we ols order jugak Whole Spring Chicken. Makan share2. Tu pun dah santak perut tau!

Bbrrppp..!!! Alhamdulillah...

Execuse me..! Execuse me..! ;P

i SeRvE nUfFnAnG aDs

GO SEARCH BY GOOGLE SEARCH ENGINE

Google