SiNgGaH Lg, Ek! ;)

Showing posts with label IKAN PUYU. Show all posts
Showing posts with label IKAN PUYU. Show all posts

Tuesday, October 8, 2013

MUSIM BUAH & IKAN

Sekarang ni musim buah kot kan? Sebab masa aku balik kampung (rumah Mak) hari tu, mana yang tanam pokok rambutan ngan pelam, semuanya lebat berbuah. Menggamit betul! Ecewah! Perkataan skema dah keluar dah. Ha3...

Rumah mertua pun sama. Pokok pelam ngan rambutan berbuah dengan hebaknyalah! ;P

~ Musim ikan jugak kot, actually. Tengok je la Mak ni, posing dengan mende alah yang digunakan untuk tangkap ikan. Bahasa kampung aku adalah tempirai. Bahasa korang, tak tau pulak aku kan...

Definisi musim ikan kat kampung aku ni bukanlah macam kat kampung nelayan nun. Tapi maknanya, musim orang boleh carik ikan bendang macam ikan puyu, sepat, haruan bagai tu haaa..! Well... kampung I ols kan kampung jelapang padi kekdahnya...

~ My 'sayang' bukan carik ikan tau! Tapi, dok kutip buah pelam yang dia kait. Tertonggeng2 dia kat situ. He3...

~ Hasil tangkapan Mak & Nenek untuk petang tu. 

Sedeh! Sebab ikan bendang sekarang dah tak macam dulu2. Beza sangat dari segi saiz. Zaman aku kecik2 dulu, ikan dia punya la gedabak2! Nak memancing pun syiok. Tak macam sekarang, kecik2 cinonet je... Tapi, hanyir lebih. Kena basuh dengan limau, asam, tawas bagai... baru ok.

Aku syak, ikan2 ni dah terencat sikit tumbesarannya + hanyir sebab faktor persekitaranlah. Ye la kan... sekarang macam2 racun diorang dok sembur kat bendang. Dah tak natural. Chemical je semua. Hu3...

~ Eh, tukang carik pelam dah balik dengan senyuman! Ha3...

Errr... kampung korang macam mana pulak? Musim buah jugak ke?


:: Like3, ek! ::



Thursday, April 29, 2010

IKAN PUYU GORENG

Korang penah dengor pasal ikan puyu tak? Tau tak rupe dia camne? Penah makan tak? Wah3..! Banyaknye soklan aku..! Ngalahkan soklan Who Wants To Be A Millionaire (WWTBAM) plak. He3... Eh! WWTBAM nie dah lame nan ado kan? Dah takde sponsor kot..! Ooppsss! Larik tajuk lak! Heh3...

Ikan puyu memang sungguh sinonim dengan kampung aku & my 'sayang' sebab kampung kitorang nie dikelilingi sawah padi, parit kecik, parit besor, sume ado... where kat sinilah ikan puyu, sepat, keli, haruan bagai bermastautin. Ikan puyu nie memang favourite my 'sayang'. If my MIL/mak aku buat masak pedas, terus ngelejat jer my 'sayang' carik nasik. Ha3... But, lain plak ngan aku sebab aku tak makan & tak sker ikan puyu. Bukan puyu jer but, segala tok nek sepat, haruan sume aku tak makan. Keli jer aku buleh blah sket2. Dolu2, mase kecik2 aku makan gak sume ikan2 nih. Start sekolah rendah, aku dah tak sker. Hmmm... hormon ngengada terlebih kot..! Ntah la...

Last Wednesday, my 'sayang' balik umah family dia, nak jenguk2 bendang katanye... Mase amik aku during lunch hour, aku tengok my 'sayang' gigih nak memasak something. Rupe2nye, my 'sayang' tapau ikan puyu yang my MIL pancing. Dah siap siang, cuci & bergaram-kunyit. Tinggal nak campak dalam kuali jerk. My MIL memang dah arif sangat pasal menantu antu dia yang sorang nih, sebab tu dia siap2 siang, cuci & buh garam-kunyit. Muka aku nak siang ikan??? Memang taklah..! He3...


~ Nasik goreng makan ngan ikan puyu goreng. Pinggan my 'sayang' nih, bukan pinggan aku, hokay..!

Nasik goreng nie adalah nasik goreng lebih breakfast pagi tu. Kitorang dah takde idea nak tapau kedai for lunch. Dah jemu kot. Asik2 lauk kedai jer... Hu3... Nak masak cam tak cukup mase la plak! Terus bagi alasan 'masa', ko..! Cakap jer la mim alip lam alip sin kan? Hiks...


Hmmm... korang sker ikan puyukah?


::. TrULy, MaDLy, DeEpLy .::

Saturday, February 27, 2010

MEMANCING IKAN PUYU

Balik dari kenduri, we ols terjah kedai alat2 pancing lak coz abah suh my 'sayang' belikan pancing, mata kail, tali tangsi & umpan... Nak memancing ikan puyu katanye...

Pas anta mak & A_bern balik umah, we ols terus ke umah my MIL. But, my MIL & adik2 ipar sume tak balik lagik. Still ade kat umah mak ngah.


~ Sampai2 jer, my 'sayang' terus gigih pasang mata kail bagai... Bersemangat betul encik nih!

Tak lame pastu, my MIL & adik2 ipar sampai. Terus my MIL 'rampas' pancing tuh coz beliau memang minat betul la memancing. Tak kira panas, tak kira terik... bile nampak ikan banyak jer, memancing la jawabnye... He3...

Abis keliling umah my MIL tawaf, carik parit2 yang ade ikan puyu. Dapat la 4 ekor. Kalo lame lagik sket, sure dapat banyak. But, dah nak dekat Maghrib kan... Takkan nak redah gi memancing gak kan... Sok2 la sambung.

Pas semayang Maghrib, aku lepaking ngan abah, my MIL & adik2 ipar sume. Sambil tengok tv, sambil sembang2, sambil gelakkan gelagat Qistina... Pukul 9 p.m baru we ols balik. Sampai2 jer kat umah, my 'sayang' terus flat. Terbongkang tido kat atas sofa. Aku gak yang gigih berblogging. Blogger tegar la katakan... Hiks3...


::. TrULy, MaDLy, DeEpLy .::

i SeRvE nUfFnAnG aDs

GO SEARCH BY GOOGLE SEARCH ENGINE

Google