SiNgGaH Lg, Ek! ;)

Showing posts with label E & E TEPPANYAKI & SIZZLING. Show all posts
Showing posts with label E & E TEPPANYAKI & SIZZLING. Show all posts

Wednesday, September 30, 2015

THE TRANSPORTER REFUELED

Pertama kali buat Girls Movie Day Out dengan opismate gigirl. Perancangan dari tahun lepas kot..! Nak picnic kat Teluk Batik la... lepak kat Bukit Larut la... nak keluar makan2... bla3... Macam2! Gigirl kan memang nombor 1 kalau bab2 planning2 ni. Jadik ke... tak jadik ke... belakang kira. Yang penting, gebangnya biar berdentam-dentum, non-stop. He3...

Memasing ada tugas khas. Kak Ja handle transport. Cik Nad handle ticket wayang. Aku handle F&B. Team work itu penting. Ecewah..!

Kak Ja kata pukul 9.30 pagi dia bakal terpacak kat depan rumah aku. Tapi, Kak Ja propa je tu... Pukul 10.30 pagi baru nampak batang hidung. Bantai tido lettew..! 

Amik aku, amik Cik Nad... kemudian terus breakfast. Eh, tak... bukan breakfast tapi, minum pagi. Chapati untuk aku, roti canai untuk Kak Ja & nasik lemak untuk Cik Nad. Venue: Reena's Kitchen, Padang Speedy.

Pukul 12.00 tengah hari, tengok wayang. 

~ Wefie, 'bukti kejadian'. Heh3...

~ The Transporter Refueled

Cerita dia biasa2 je... Kisah seorang transporter yang segak bergaya, mutu & keunggulan, dengan kereta Audi dia yang gah nau2 tuh... tambah scene aksi2 sikit, dari perut kapal terbang boleh melompat masuk dalam kereta, memang timing cantiklah! Cenggitu...

Walaupun 'Frank' yang ini lebih handsome daripada 'Frank' yang dulu tapi, aku tetap pilih 'Frank' & story line yang dulu. Sebab yang dulu misi & visi 'Frank' lebih jelas. Sense of humour dalam memek muka yang super serius! 

Ah kak kasik... 3/5 mintang..! ;)

Habis tengok wayang, kompomlah perut lapor kan... Makanya, marilah kita ke E and E Teppanyaki & Sizzling. 

~ Wefie, 'bukti kejadian' (part 2). Ha3...

~ Chicken Teppanyaki, Beef Teppanyaki & Mix Seafood. Ok, kenyang.

Rasa teringin nak shopping. Kak Ja & Cik Nad on jerrr... Dapat la aku rembat t-shirt 2 helai... Total shopping tak sampai 50 hengget. Haaa... nampak tak... 'Pengguna Bijak Faedahnya Banyak.' ;D

Next movie day out, mungkin dalam perancangan. Wait & see je lah.


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::



Wednesday, September 23, 2015

HAIT! ARIGATO GOZAIMASHITA

Suatu hari di bulan Ogos...

Aku diarahkan berkursus. Perasaan..?? Hmmm... of course la lemau sikit. Eh, lemau banyak..! Sebab dah lama nau2 tak pergi berkursus jauh2, luar Perak. Tup2... dapat kat Aloq Setaq nun..! Amekaw!

Jadik, aku pun menghebahkannya kepada Oppa... Oppa pujuk... Oppa kata...

"... Toksah stress2! Esok, kita hang out, kemudian kita makan2..."

& wajah #SongJiHyo bertukar menjadik ke-pink2-an... terserlah ke-kiut-an. ;)

Hah, nampak tak betapa faktor hang out & makanan tu memainkan peranan penting untuk mengubah mood seorang isteri mithali seperti ah kak nih?! Well... see the perut lah, you ols..! Ha3...

~ Mix Seafood & Chicken Teppanyaki. Owh... kenyang, bebeh!

Kami try port makan baru. E & E Teppanyaki & Sizzling nama dia. Baru je bukak. Oppa yang suggest makan kat sini. 

Mix Seafood tu disertakan dengan nasik putih. Sedap! Ala2 asam pedas yang difusionkan. Aku suka, Oppa pun suka. 

Chicken Teppanyaki pun ok. Portion secukup rasa, tak 'overdose' & tak kedekut. Sesuailah dengan kapasiti 'tank' kami. 

Service pun ok. Mesraaa...... ;)

Rating: 3.5/5 mintang

Siapa nak try, boleh datang jugak. Jangan malu2, jangan segan2.

E & E Teppanyaki & Sizzling,
No. 108, Jalan Intan 5,
Bandar Baru,
Teluk Intan, Perak

017-5252994

Kalau nak usha lebih2, boleh terjah Facebook E & E Teppanyaki & Sizzling ni.

Hait! Arigato gozaimashita.

Oppsss, mahaplah! Terlebih makan teppanyaki. Tergeliat pulak lidah ni. Pinjam lidah Jepun kejap. Hiks...


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::



i SeRvE nUfFnAnG aDs

GO SEARCH BY GOOGLE SEARCH ENGINE

Google