SiNgGaH Lg, Ek! ;)

Showing posts with label BOWLING. Show all posts
Showing posts with label BOWLING. Show all posts

Monday, November 3, 2014

KEJOHANAN BOWLING FAMILY PAK USOP

Hari bersosial bersama family mertua. Bermula dengan 'meeting' di meja makan kat dapur rumah mertua sambil mengunyap apa2 yang patut. Yana jadik Puan Pengerusi, Bulat sebagai Setiausaha merangkap Pencatat Minit. Huda jadik pembentang usul merangkap Bendahari. Yang lain2, jadik tukang cadang, tukang sokong & tukang gelak terbahak2. Ha3...

Abah dengan My MIL tak campur. Setakat senyum2, angguk2 & geleng2 kepala je. Konpius barangkali... He3...

Dari 'meeting' yang tak berapa nak serius, akhirnya... terlaksana jugak. Owh... tak sangka betul! Tapi, selalunya memang cenggitu kan? Yang kita plan2 beriye... yang kita rancang bagai nak rak... selalunya akan ke laut. Tapi, yang plan cincai2, gelak2 & tak serius... itulah yang menjadik. Betul tak, you ols?

~ Stoking yang aku pakai masa hari kejohanan bowling tu & jugak yang menjadik 'kontroversi' pada hari tersebut. Ha3...

Cik Ani dengan Aisy jadik 'mangsa keadaan'. Aku saja je tala kat diorang sambil gerak2kan jari-jemari kaki tu. Cik Ani geli! Aisy pulak terus lari! Ha3...

~ Arrisya pun gigih nak main bowling jugak. He3...

~ Peserta paling over! Ha3...

Nak kata bijak sangat tu, memang tak la... Sekadar main pakai teori 'aci baling ikut sukahati' je. For fun! Yang penting, gaya ala2 atlit especially before nak baling tu musti kena ada. Ha3...

~ Nampak tak siapa yang chop podium gemilang yang paling tengah tuh? Walaupun tak berapa nak score tapi, we ols tetap rasa seperti juara. Ha3...

Venue adalah kat Ocean Bowl, Seri Manjung. 

Keputusannyaaa... semua pun pemenang, tiada pengalah. Ha3...

Next activity adalah dinner ikan bakar. Tapi, macam awal sangat pulak kalau nak ke restoran berkenaan. So, kami ke Marina Wing dululah. Nak lepak2...

~ Warship. Dibenarkan membuat lawatan. Of course pakai tiket.

~ Kitorang tak melawat Warship pun... Lepak2 amik angin petang sambil bergossip kat Marina Wing tu je...



~ Masalah apa ntah My 'Jebat' tu?! Konpius sangat bila tengok dia buat muka cenggitu. Hadoih!

Puas dah lepak sambil bergossip kat Marina Wing. Perut pun dah berdondang sayang. Dengan kuasa veto yang ada, Abah kerahkan semua anak2 + menantu2 + cucu2 ke restoran ikan bakar. Heh3...

Restoran yang dimaksudkan adalah seperti berikut:-

Kerangkaian Ikan Bakar Seri Manjung
Lot 5132, Jalan Lumut
32040 Seri Manjung, Perak

4/5 bintang. Agak tinggi mintang2 tu sebab rasa berbaloi. Servis agak cepat, keadaan restoran pun ok, makanan pun sodap & harga berpatutan.

 Perut kenyang, tido pun lena. Ha3...


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.DY ::



Wednesday, June 26, 2013

LONGKANG ITU KEJAM!

Kesah 6 Jun 2013...

Ada Perhimpunan Bulanan kat SKM Perak. Nama naik. Nak tak nak, kena la pergi kan... 'Saya yang menurut perintah' katanya...

~ Posing dulu sebelum V.V.I.P sampai. Heh3...

Terima kasih Hafiz sebab jadik Mr. Driver hari tu. We ols pergi bertiga. Hafiz, aku & Kak Nana. Tapi, Hafiz attend Perhimpunan Bulanan je. Bowling dia tak terlibat.

Owh... lupa nak bagitau. Belah petang, ada pemilihan pemain bowling untuk Karnival Sukan SKM. Aku ngan Kak Nana terlibat. Makanya, terpaksa la mintak hubby memasing amik time balik...

Kalau ikut jadual asal, bowling start pukul 4 petang. Tapi, we ols mintak awalkan sikit sebab Perhimpunan Bulanan habis pukul 12 tengahari. Pitam pulak nak menunggu sampai pukul 4 petang kan... Nak menebeng kat mana pun tak tau.

Last2, diawalkan ke pukul 3 petang. Hmmm... bolehlah tuh!

Sementara nak ke pukul 3 petang tu, aku, Kak Nana & Murni training dulu. Ececehhh..!!! Bunyik macam bowlers terhebak je kan... Nak training bagai... Ha3...

~ Ah kak dah bertukar..!!! ;)

~ Gaya pompuan Melayu mutakhir membaling bola... Lemah-lembut & tatasusila itu perlu, ye bapak2 ibuk2... Ha3...

~ Bowlers yang sweet2 belaka. Ahaks3...

~ Sweet jugak...

Training pun banyak yang ke longkang. Neves pulak nak ke peringkat saringan. Ngeeee...

Pukul 3++ petang semua pun turun. We ols main kat Ampang Superbowl, Ipoh Parade. Pengarah pun join sekali, hokay..! Bertambah neves ah kak! ;P

Belasah je lah! Baling je! Yang penting vogue da vass! Ha3... Motip sangat kan...

Habis main pukul 6++ petang. Ah kak dapat rasakan yang ah kak tak terpilih. Tengok result la kan... Plus, asik ke longkang je. Kejam tau longkang tuh! Mencikkk!!!

Dah berhempas-pulas main bowling, harus la rasa lapor kan... We ols makan kat Dataran Majlis Bandaraya Ipoh (MBI).

~ Jumpa abang2 askar ni. Masa my 'sayang' nak snap gambar diorang, diorang siap panggil, 'Bang, amik gambar kitorang, bang. P.E.A.C.E!' Comel lah! He3...

~ Kakak2 askar pun ada tau! Tapi, tersorok di kalangan abang2 askar. ;P

Memula, rasa pelik jugak, apsal abang2 askar & abang2 polis banyak sangat kat situ kan? Rupa2nya ada solat hajat memohon keamanan & keselamatan para perajurit katanya...

Ingatkan nak pekena char kueteow. Tapi, diorang baru nak bukak gerai la... Means, kalau nak order char kueteow tu macam amik masa sikit la kot. Dah la abang2 & kakak2 askar pun melepak kat gerai2 yang ada kat situ jugak. Sure lambat kan... So, kitorang order apa yang dah available, kat gerai yang kurang customer je.

~ Bakso 2, char kueteow 1.

Char kueteow tu order last minute sebab nampak abang tu dah start nak masak char kueteow. Kesimpulannya, bakso tu so-so & char kueteow tu pun so-so je. Tapi, habis jugak! Dasar kan... He3...

Lepas makan, tak singgah mana2 dah. Tak kose! Menikmati pemandangan on the way balik tu je.

Sampai rumah pukul 9 malam. Sekian...


:: Like3, ek! ::



i SeRvE nUfFnAnG aDs

GO SEARCH BY GOOGLE SEARCH ENGINE

Google