SiNgGaH Lg, Ek! ;)

Showing posts with label AISY. Show all posts
Showing posts with label AISY. Show all posts

Monday, December 9, 2013

OWH... AISY!

Baru2 ni, jumpa Aisy. Lama jugak kot Cik Ani lepak kat kampung. Tanpa suami tersayang la kan... sebab A-im off to India for 6 months.

6 bulan, hokay! Diulang suara... 6 bulan! Lama kot! Kagum pulak aku dengan Cik Ani. Tabik spring toink3 lah! ;)

~ Asik nak memanjat2 je kerja dia. Gigih nak berjalan sangat dah. Kalau ibu dia pimpin berjalan, excited habis! Gelak mengekek2!

Sekarang, Aisy dah balik Johor. Windu nak buat Aisy nangis. He3... Bila la agaknya dapat jumpa lagik... Sob3... 

Eh, tertouching pulak! ;P


:: Like3, ek! ::



Friday, February 22, 2013

ANGRY BIRDS DI HATIKU...

Bukak facebook, tengok2 kena tag dengan Cik Ani. Tengok2 lagik, Cik Ani upload gambar Aisy pakai baju yang aku & my 'sayang' hadiahkan rupanya. Siap ada aksesori hairband lagik kot..! 

Holloh3... ;)

~ Muka dah boolat. Tapi, body belum memboolat sangat lagik. Sebab ada bahagian2 outfit tu yang loose. 

Hmmm... Aisy nak liposuct lemak2 comel Mak Anjang tak? Ha3...

~ Mak Anjang & Pak Anjang rindu kat Aisy. Mmuahhsss!!! Hugs & kisses...

Takpe... Mak Anjang doakan Aisy akan memboolat dengan jayanya..! & mencomel macam Mak Anjang. Chaiyok2!!! Ha3... 

Tang comel memang terus tuju kat Mak Anjang sebab Mak Anjang kan giler glamour... ;P

Salam peluk cium untuk semua anak2 sedara Mak Anjang & Pak Anjang (belah my 'sayang) yang comel2... 

Muhammad Faiz Izzudin (Faiz)
Nurul Athirah Qistina (Qistina)
Aimy Rizqah (Aisy)...

Tak lupa, salam peluk cium jugak untuk semua anak2 sedara Acu & Acu Pendi (belah aku) yang comel2 jugak... 

Fatin Noralyani Nadhirah (A_bern)
Nur Irwayuni Rifqah (Kak Yong)
Intan Nur Irmanisa Raudhah (Kak Ngah)
Muhammad Rifqi (Rifqi)

Semuanya 'Angry Birds' di hatiku... Wah, amekaw perumpamaan..! Errr... macam ucapan raya pun ada jugak kan? Ha3...

'3 vs 4'. Owh... belah aku menang tipis la, ek? He3...


:: Like3, ek! ::



Sunday, January 6, 2013

AIMY RIZQAH ABDUL RAHIM

Anak sedara belah my 'sayang' dah bertambah lagik sorang. Baby Aim & Cik Ani. Gigirl jugak... Means, ada geng la Cik Qistina nanti. Geng bergossip... geng bermake-up... Eh, over pulak Mak Anjang dia nih! He3...

Cik Ani berpantang kat rumah mertua. My MIL la yang tolong jaga. Sebelum habis pantang hari tu & sebelum diorang balik Johor, mertua ada buat kenduri marhaban + cukur jambul. 

~ Welcome to the world, Aimy Rizqah Abdul Rahim..! ;)

~ Macam tak percaya je Aim dah jadik Papa. Time flies kata omputih kan... 

~ KF jadik assistant, tolong bawakkan dulang.

~ Pokcik2 & mokcik2... ;P

~ Owh... lupa nak bagitau nama manja. Well... nama manjanya adalah Aisy. Kenapa Aisy? Bukan Aimy atau Rizqah? Owh... yang tu... biarlah rahsia... He3...

~ Happy Newly Ibu & Papa. Congrats! ;)

~ Qistina dah ada geng gigirl..! Instead of Abang Faiz..! ;)

~ Gigirl kecik & gigirls besorrrrrrrrrrrrr......... R harus banyak, untuk menggambarkan tahap kebesoran. Ha3...



~ Kamilah gigirls yang happy..! ;P Gigirls la sangat kan... Ha3...

Kenduri marhaban berjalan lancar. Alhamdulillah...

Sebelum kenduri, hati ni rasa macam antara kental ngan tidak je la kan... Sebab paham2 la... masalah orang yang belum ada baby ni. Confirm ada soklan cepu emas! Memang TAK like langsung!!!

Tapi, cuba untuk think positive. Alhamdulillah... dengan support daripada my 'sayang' & family mertua jugak, aku dapat tepis soklan2 tuh! Balik rumah pun senyum je... Tido malam lena! Terus nak feeling2 adiwirawati! Ha3... Over!!!

Mendoakan sesuatu yang terbaekkk... lebih mulia dari bertanyakan sesuatu yang tak pasti kan? Setuju tak? Siapa setuju, cer angkat tangan macam awok ni... (Sila bayangkan Usop Wilcha.) ;P


:: Like3, ek! ::



i SeRvE nUfFnAnG aDs

GO SEARCH BY GOOGLE SEARCH ENGINE

Google