SiNgGaH Lg, Ek! ;)

Showing posts with label 16-TH ASEAN GAMES. Show all posts
Showing posts with label 16-TH ASEAN GAMES. Show all posts

Monday, November 22, 2010

ARRGGHHH..!!! HAPE KES NIE DATUK LCW??? MENGAPA LIN DAN??? MENGAPA??? HUH!

Giler panjang tajuk entry! Hah! Amik! Dari tajuk jer dah buleh interprate kesebuan hati aku kat final badminton Sukan Asia. Bukan setakat sebu jer! Senak... sedih... pitam... rase cam frust tertonggeng2 pun ado gak! Kuchiwa ah kak tau! Kuchiwa!!! Tsk3...

Semalam, kuchiwa tengok Khoo K K-Tan B H beraksi, lawan ngan Indon. Nampak cam dah gah jer memula. Tapi pastu, cam... arrgghhh... lu cakaplah sendirik! Malam tadi lak, kuchiwa kat Datuk LCW. Yupp! Memang aku akui la si Lin Dan tu quite digeruni. & memang dah expect pun yang Datuk LCW kene berhempas-pulas jugak la kan... Kalau tak jatuh tergolek, terduduk, terbang2 buat stunt memang tak sah la kan... Aku buleh terima kekalahan diorang2 kalau diorang2 main bersemangat cam team2 negara lain tuh! Tapi, nie main cam semangat dah terbang ke mane ntah! Serang la, weh..! Asik2 nak harap shuttle out jerk. Cuba contohi pemain Chinese Taipei yang ntah hape ke namenye ntah, lupa sudah... tapi, lawan ngan Lin Dan tuh. Walaupun dia mungkin dah tau yang susah untuk beat Lin Dan tapi, still giler bersemangat jugak nak dapatkan point. Hah! Kalau main camtu & ditakdirkan kalah, at least kalah bermaruah namanye! Huh!

Sampai serak2 basah suara ah kak tau, jadik cheer leader tak bertauliah kat depan tv! Kejap2 duduk... kejap2 baring... duduk balik... Haish!

Dah ade chance untuk grab gold medal tapi, sia2kan. Bukannye tak bersyukur/menidakkan pingat perak tuh... Tapi, just show us, Malaysian supporters nie 1 kesungguhan la... Kuchiwa betullah!

Korang tengok tak? Cer komen sket...

Monday, November 15, 2010

PENGADIL KONTROVERSI..??!

MALAYSIA tewas 0-3 kepada China pada perlawanan penuh kontroversi dalam saingan Kumpulan A temasya Sukan Asia 2010 di Stadium Tianhe, Guangzhou malam tadi.

Ini kerana pengadil dari Australia, Ben Williams telah melayangkan tiga kad merah kepada Mahali Jasuli, Safiq Rahim dan S. Kunanlan.

Selain itu, lima pemain lain iaitu Fadhli Shas, Norshahrul Idlan Talaha, Amar Rohidan, Asraruddin Putra Omar dan Muslim Ahmad turut dilayangkan kad kuning berbanding pemain China yang langsung tidak diberi sebarang kad.

Jurulatih kebangsaan, K. Rajagobal jelas begitu berang dengan keputusan 'berat sebelah' pengadil yang sama sekali telah meranapkan hasrat Malaysia sekurang-kurangnya mencatat keputusan seri dengan China.

"Ini pertama kali dalam sejarah saya melihat pengadil seteruk ini. Ini juga pertama kali saya bertindak untuk memberi komen terhadap pengadil.

"Saya cukup kecewa. Jika satu kad merah tidak mengapa. Ini kami terpaksa main sembilan pemain sepanjang 55 minit dan lapan pemain pada 10 minit terakhir," kata Rajagobal pada sidang media selepas perlawanan semalam.

Pada minit ke-24, Mahali dilayangkan kad merah setelah didakwa sengaja menyepak bola ke luar padang manakala Safiq turut menerima nasib sama kerana dikatakan cuba membantah keputusan pengadil.

Kunanlan pula menerima kad kuning pertama pada minit ke-79 dan kad kuning kedua seterusnya kad merah seminit kemudian kerana memberikan sepakan penalti.

"Semua pemain telah berkerja keras biarpun terpaksa lawan 11 pemain. Cuma sukar untuk terus bertahan pada baki 45 minit dengan kekurangan pemain," jelasnya.

Gol pertama China dijaringkan Li Jianbin menerusi tandukan selepas sepakan percuma pada minit ke-61 diikuti gol kedua hasil sepakan percuma Zhao Honglue pada minit ke-64 sebelum Zhang Linpeng menyudahkan sepakan penalti pada minit ke-82.

Sementara itu, Safiq yang merupakan ketua pasukan negara memberitahu: "Saya hanya tanya pengadil kenapa Mahali dilayangkan kad merah. Kemudian saya diberi kad kuning.

"Apabila saya tanya pula kenapa saya kena kad kuning, pengadil terus keluarkan pula kad merah," katanya.

Malaysia bagaimanapun tetap berjaya layak ke pusingan kedua selaku empat pasukan tempat ketiga terbaik dan akan bertemu juara Kumpulan B, Iran petang esok.

*Sumber: kosmo

~ Yang pakai baju oren tu la si William, pengadil kontroversi tuh. Kalau betullah seperti hape yang dikhabarkan, memang hampeh la ko William! Pengadil yang tak dapat cop 'SIRIM' kot nih! Isk3...


Sunday, November 14, 2010

ASEAN GAMES

Baru lepas sapu2 sampah & kemas umah nie. Aku tak kemas the whole house sebab cam penat la... Just kemas2 hall, master bedroom ngan dapur jer. Bilik semayang ngan bilik laundry tu macam ok lagik. Petang2 kang/sok la baru aku kemas2 kat situ. Wah! Aci kemas sket2 ikut bahagian la plak kan... ;P


~ Lepas mengemas, terus dok depan tv. Asean Games dah start. Tahun nie buat kat Guangzhou, China lak. Aku memang sker layan sukan2 yang camnie. Tapi, tak la sume acara aku layan. Acara fav aku cam gymnastic, swimming & olahraga. By the time aku taip entry nie pun tengah dok layan Asean Games acara gymnastic artistic. Tak sabor nak tunggu team Malaysia. Nak jerit2 dari umah sambil tepuk2 tangan. Chaiyok2!!! Heh3...

Weh, korang! Jom la same2 layan Asean Games. Kite jadik cheer leaders untuk team Malaysia nak tak? Ho3!!!

'M to the A to the L-A-Y to the S to the I to the A... MALAYSIA!' Ecewah! ;P


*Credit to: gelorabungkarno

i SeRvE nUfFnAnG aDs

GO SEARCH BY GOOGLE SEARCH ENGINE

Google