SiNgGaH Lg, Ek! ;)

Showing posts with label 11 RAMADAN 2015. Show all posts
Showing posts with label 11 RAMADAN 2015. Show all posts

Monday, July 6, 2015

IFTAR 11 RAMADAN 2015

Berbuka di rumah Uteh. Kat Batu Gajah nun..! 

Aku, Oppa, Mak & Nenek. Pukul 6.00 petang gerak, pukul 7 malam sampai. 

Nasik putih
Ayam paprik
Ikan tilapia bakar
Telur masin
Sambal belacan
Bubur keledek
Murtabak
Kuih-muih
Tembikai & dokong
Air bandung & tebu

Semua menu2 utama dimasak oleh Uteh. Menu2 sampingan macam kuih-muih, we ols tapau kat PARAM Batu Gajah.

Alhamdulillah... Terima kasih, Uteh & family... ;)


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::



Friday, July 3, 2015

SAHUR 11 RAMADAN 2015

Masih di rumah mertua...

Tolong tugas2 yang sama... cedok nasik & tuang air. Tettt...!!! ;P

Aku tengok lauk2 bersahur macam lebih kurang dengan lauk kenduri time berbuka semalam. So, aku syak ia adalah leftover yang direheat. Ok, takpe. Seriously, aku takde masalah. Asalkan kenyang. Terima kasih, wahai ibu mertua... 

Eh, tetiba kan..! Hiks...

Nasik putih
Ayam masak merah
Kari ikan bawal
Kacang panjang dengan petai tumis bersantan bersama suhun
Air masak & teh o panas 

Pinggan kenduri tak setel lagik. Maknanya, masih berlonggok, belum berbasuh. JKKKK Basuh Pinggan iaitu Memem kata nak basuh lepas sahur. Tapi, bila dah lepas sahur, JKKKK Basuh Pinggan rombak keputusan, basuh pinggan bila hari dah cerah sikit. Nak tido dulu katanya...

'Staff2' semua menurut perintah. He3...

Tapi, staff yang gigirls terlajakkkkkk...... tido..! Bangun2 je, tengok staff boboys sedang beroperasi dengan gigih. Adeh3... Mahapkan kami, tuan JKKKK Basuh Pinggan. Kami sedia berkhidmat dan2 tu jugak! Ha3...

Tugas ah kak adalah susun pinggan-mangkuk, periuk belanga, sudu garfu yang dah siap dibasuh kat atas surat khabar lama untuk tujuan pengeringan / tos. Semacam bentuk exercise jugak tuh. 


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::



i SeRvE nUfFnAnG aDs

GO SEARCH BY GOOGLE SEARCH ENGINE

Google