SiNgGaH Lg, Ek! ;)

Showing posts with label 10 RAMADAN 2015. Show all posts
Showing posts with label 10 RAMADAN 2015. Show all posts

Friday, July 3, 2015

IFTAR 10 RAMADAN 2015

Mertua buat kenduri tahlil & iftar sekaligus. Tahun lepas guna khidmat caterer. Tapi, ia tidak berlaku untuk tahun ni. My MIL insists nak masak sendirik. Assistant2 adalah terdiri daripada anak2 & menantu2.

Belah pagi dah start buat kuih-muih & desert. Kuih koci tepung, sagu, jelly kelapa & lepat labu... siap! Untong la, Oppa... sebab ada adik-beradik yang ramai. Dapatlah 'menghasilkan' menantu yang ramai untuk mertua. Yang agak berguna di kala ada kenduri-kendara cenggini. He3... Rewang2, sekejap je dah setel! 

Anak2 & menantu2 mintak reward. My MIL kata, kalau berjaya setelkan bahan2 untuk dimasak petang tu sebelum jam 1 petang, semua anak2 & menantu2 dapat reward berupa tido berkualiti tanpa gangguan di bilik / port pilihan memasing. Ko ada..??! Ha3...

Apa lagik..?! Berdesup semua capai pisau, sayur, bawang, halia, cili bagai... Haaa... nampak tak betapa aktiviti tido tu amat2 menjadik keutamaan aku, ipar2 & biras2. Ha3...

Aktiviti memasak bermula dalam pukul 4 petang. Maka menu berbuka pada hari tersebut adalah seperti berikut:-

Nasik putih
Ayam masak merah
Kari ikan bawal
Kacang panjang & petai tumis bersantan bersama suhun
Kerabu (sumbangan Cik Am)
Lala masak lemak (sumbangan Cik Am)
Kuih-muih seperti yang tersebut di atas & kurma
Tembikai (sumbangan Cik Am)
Air oren
Kuih pau, cakoi & popia goreng (sumbangan Aril-Erna)
Puding caramel

Terima kasih kepada yang memberi sumbangan. Semoga murah rezeki kalian. Aminnn...


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::





Thursday, July 2, 2015

SAHUR 10 RAMADAN 2015

Aku terjaga pukul 4.45 pagi. Terkulat2 bangun & cuci muka. 

Masa tu, My MIL sedang gigih siapkan juadah sahur. Dibantu oleh Jijah. Aku pun tumpang join sekalilah. Tolong cedok2 nasik & tuang2 air. Kira ok lettew..! He3...

Nasik putih
Ikan goreng
Pajeri terung
Sambal udang petai (leftover berbuka)
Air masak & teh o panas 

Sekian, melaporkan... ;P


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::



i SeRvE nUfFnAnG aDs

GO SEARCH BY GOOGLE SEARCH ENGINE

Google