Saturday, February 13, 2021

BERLARI2 ANAK

Perisytiharan 'new toys'... Eceh! ;P

Baru je berjinak2. Didorong oleh faktor kesedaran & kegemukan. Hu3...

Kakak & Abang pulak selalu ' kasik panas' dengan aktiviti kesihatan diorang. Kakak gigih dengan jogging, briskwalking & treadmill. Abang gigih dengan cycling. 1 family ada basikal memasing including Raisha.

Sis rasa tercabar! Kemudian, terdorong. Dan macam2 'ter' lagiklah. 

Dan akhirnya...... 


~ Taraaaaaa......

~ Pencapaian newbie.


~ Pencapaian newbie diperkasakan. Eceh! ;D


Dari briskwalking membawak ke berlari2 anak. Semput jugaklah, baq hang! Tapi, coach (read: Kakak) kata, "Don't give up! Yang penting konsisten. Nanti lama2 stamina tu dapat dipertingkatkan secara automatic je."

Berbekalkan tips & tiupan semangat tu, #SisCuba. 

Anak2 sedara siap hangkotkan penimbang, gigih suh Acu diorang timbang sebab nak kira BMI. Tak tau la nak rasa terharu ke... atau terkesima... atau terkilan?! Ha3...

So, kesimpulannya... dapatlah turun 3 kg. Ada 7 kg lagik perlu dinyahkan untuk capai ideal weight. Ini pun, kalau dapat capai, duduklah di 'atas pagar'. Takpe... kita target 7 kg tu je dulu. Tak payah nak dream big sangat. Ingat coach kata, yang penting konsisten, bukan angan2 Mat Jenin. 

3 kg yang berjaya dibuang tu, bukanlah semata2 depends on treadmill je, chu ols. Tapi, paling banyak contribute adalah pemakanan. Kalau nak kurus yang sihat, 80 % jaga pemakanan & 20 % senaman. Ini bukan Sis kata tapi, Google yang kata. #SisCuba follow.

Sis tukar kaedah memasak. Dari tumis-menumis & goreng-menggoreng ke rebus-merebus / panggang-memanggang. Tapi, kalau teringin sangat nak makanan yang ditumis2 / digoreng2, Sis gunakan Olive oil. Pastikan pilih Olive Oil yang sesuai iaitu Extra Light / Pure. Extra Virgin tak sesuai digunakan untuk tujuan memasak sebab bila dah kena heat, akan wujud reaction yang tukarkan khasiat kepada sesuatu yang lebih worst. Ini pun bukan Sis yang kata tapi, Google yang kata. ;D

Dan jangan lupa, suku2 separuh.

Doakan semoga Sis istiqomah, ye... ;D


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::




No comments:

Post a Comment

KAMSAHAMNIDA...