SiNgGaH Lg, Ek! ;)

Thursday, April 9, 2020

3.00 PAGI

#Throwback

**Penafian / Disclaimer: Tarikh kejadian dalam entry ini adalah pada sebelum 18 Mac 2020 iaitu sebelum #MovementControlOrder dikuatkuasakan. Penulis terus menyokong usaha kerajaan dan bekerjasama dalam usaha memutuskan rantaian jangkitan Covid 19 dengan cara akur serta patuh terhadap arahan iaitu #StayatHome, #SocialDistancing dan #KitaJagaKita. Semoga misi #FlattenTheCurve dan #BreakingTheChainofInfection dapat dicapai. Sekian, untuk makluman. 

Lega bila Mother, My MIL & A-im dah selamat boarding. Tak putus berdoa semoga perjalanan umrah mereka dipermudahkan... 

Pukul 3.00 pagi kami check-in hotel. Kau hado..?! Ha3...

Aci walk-in pulak tu. Mata dah rabak. Tak mampu nak survey2 di Booking.com. 

Asal jumpa.
Asal tak terpencil.
Asal muat untuk kami berdua.
Onz!

~ City View Hotel, Kota Warisan, Sepang, Selangor. Ini dah nak check-out. Perlu explain. Kang ada plak yang kecam, 'Kata check-in jam 3.00 pagi tapi, nampak cerah. Kau kat negara mana,actually?!' Hu3...

Kami lapor. Level bawah sikit dari tahap gaban. Gigih mencarik Nasi Kak Wok yang paling berhampiran. Jumpa 1. Kat mana ntah. Tapi, tahap kebersihan tak menepati piawaian. Heh3... So, cancel. 

~ Finally, jumpa yang ni. Area Bangi. Sedap jugak. Kanda heart sangat. Tapi, aku tetap setia dengan Kedai Nasi JJ Kak Wok, Shah Alam.

Hajat nak lepak kat Tasik Titiwangsa, sebelum balik. Terpaksa cancel. Sebab kesihatan Sis tak mengizinkan. 

Dalam kereta pun pindah kat seat belakang. Kanda suruh baring & tido. Dinda menurut perintah. Tapi, baring je la... Tokleh tido. Dok pikirkan Mother. Dah touch down ke... Dah check-in hotel ke... Bla3... Macam2lah. Selagik tak dapat berita terkini daripada Mother, selagi tulah serba tak kena.

Finally, sebelum kami sampai Teluk Intan, Mother sent WhatsApp + gambar, dah selamat touch down di Jeddah Airport. Alhamdulillah...

~ Sis pulak, akhirnya down with fever. 

Mother pulak bebel2 dalam WhatsApp group, pesan makan ubat. Tak cukup kat situ, Mother PM tepi pulak. Anak bongsu kekdahnya... He3...


*Bersambung...


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::



No comments:

i SeRvE nUfFnAnG aDs

GO SEARCH BY GOOGLE SEARCH ENGINE

Google