Jumaat lepas.
Abang mintak tolong. Tolong amikkan Rania & Rifqi balik sekolah. Abang ada AGM PIBG SABK Maahad Ehyak Diniah Islamiah, Kampung Gajah, Perak, sekolah Kak Yong.
Sis free. Kanda pun free. So, onz lah.
Kanda amik Rania dulu kat Tadika Islam Perak, Teluk Intan. Lepas tu, amik Sis kat opis. Finally, amik Rifqi kat SRA Al-Munir, Teluk Intan.
Kak Ngah stay back. Ada practice nasyid group Soutul Munirah katanya... Takpelah... Carry on. Kira aci lettew. Acah2 retis K-pop muslimah. He3...
~ Maka, 'bas sekolah Pak Mat' pun beroperasi... Ho3... |
~ Bawak diorang makan kat gerai area Masjid At-Taqwa, Padang Tembak, Teluk Intan. Kasik kenyang. Jangan harap Acu korang masak. Sebab memang tak. Ha3... |
Sampai rumah, suruh diorang rest sekejap. Pasangkan channel Astro Ceria HD, 631. Hah, duduklah situ diam2 tengok Upin & Ipin. Jangan kaco Acu! Acu nak cuci muka sebersih-bersihnya. Eceh! ;P
Lepas 10 minit, siapkan Rifqi. Suruh mandi & wangi2. Wajib ikut Acu Pendi pergi solat Jumaat. Amanat Papa dia menerusi WhatsApp. Plus, melentur buluh biar dari rebungnya kan... Mudah2-an istiqomah. Aamiin...
So Rifqi setel. Selamat menapak ke Masjid Nurul Hijrah dengan Acu Pendinya. Alhamdulillah...
Turn Rania pulak. Mandikan & wangi2kan. Kasik Choki2 + Upin & Ipin marathon di Astro Ceria HD, 631. 15 minit kemudian, dia mintak izin nak tengok 5 Minit Kraf kat Youtube. Hokay, fine. Acu onz. Asalkan pakai wi-fi. Kalau tak, nehi3! Habis data Acu. Ha3...
5 minit selepas Acu Pendi & Rifqi pulang, Rania dah selamat... zzzzzzzzz.........
Terdetik di hati Sis, 'Owh... macam ni rupanya perasaan & rutin menguruskan 2 orang anak'. ;D
:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::
No comments:
Post a Comment
KAMSAHAMNIDA...