Thursday, February 13, 2020

KEINSAPAN BERCAMBAH

Dah janji dengan Kakak sebelum dia balik kampung lagik. Nak jogging berjemaah. So, kena la tunaikan walaupun berat bontot. Nak elak dikecam 7 hari 7 malam. Ha3...

Kakak & Abang Mie seorang yang workoutholic. Dari dulu, sebenarnya. Berbanding adik dia yang foodhunterholic. Ha3... 

Semenjak 2 menjak nih, ke-workoutholic-an Kakak semakin terserlah. 

Bila tengok ada rakan sebaya or even yang lebih muda pergi menghadap Ilahi...
Bila tengok ipar-duai pon ramai yang dah kembali kepada Pencipta...

Keinsapan makin bercambah katanya... 

Mati itu pasti. Tapi, asbab kegagalan penjagaan kesihatan yang optimum tu yang dia cuba elakkan. Sebab mostly, rakan2 sebaya / yang lebih muda & ipar-duai tu 'kembali' atas faktor kesihatan. Stroke, kidney failure, jantung & macam2 lagik yang kita geruni.

Makanya, marilah menjaga kesihatan... ;)

~ Selesai jogging 2 round di Padang Speedy. 

Anak2 sedara harus diangkut sekali. Buat peneman + escort sebab Acu & Ibu comel sangat. Ha3...

Walaupun realitinya, diorang tu pantang Acu & Ibu onz enjin kereta. Laju je mintak izin Papa & Mama diorang. Dapat izin, terus capai tudung. Pantas & tuntas! Ha3...

Round yang pertama, Acu tak kena kecam. Tapi, round yang kedua, tak buleh elak kena kecam sebab Acu & Acu Pendi potong jalan shortcut:-

Acu: Yes, Acu & Acu Pendi menang! Kak Yong, Kak Ngah & Ibu kalah! Ha3...

Kak Yong: Memang la menang sebab main tipu! Amik jalan shortcut.

Acu: Tu bukan tipu. Tapi, thoat (read: taat). Acu Pendi yang ajak. Acu Pendi kan suami Acu. So, Acu kena la thoat, tokleh melawan, berdosa. 

Kak Yong: Kalau suami menipu pun kena ikut ke? 

Ha3... Semua ketawa berdekah2 dengor statement kecaman Kak Yong. Ha3... Hadoi la... Tak habis nak gelak lagik nih. Ha3...


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::



No comments:

Post a Comment

KAMSAHAMNIDA...