SiNgGaH Lg, Ek! ;)

Saturday, January 11, 2020

MENCARIK MAKAN, MENANTI SHUTTLE

#Throwback

Sempat jugaklah berpusing2 di sekitar Sky Avenue tu. Sekejap. Cuci2 mata sesambil menambahkan lenguh2 kaki. Hu3...

~ Bersama pasangan dating Sis. Ahaks...

Starving tahap tokleh bawak bincang. Medan Selera Resorts World Genting terus dituju. Nasib baik jumpa. Fuh, lega perut kami! Tak kemurungan. Ha3...

~ Nasi Briyani + Lamb Curry untuk Kanda & nasik goreng kampung untuk Sis. 

Excited giler jumpa nasik! Tak hirau apa dah. Tapi, maintain makan dengan sopan la... Ahaks...

Bab pricey toksah ceritalah. Standard lettew..! Genting kata ko! Layan je... Balik kang, barulah gigih menangis sedu-sedan di bucu katil secara berjemaah. Ha3... 

~ Kembali energetic. ;P

~ Lobby Resorts World.

Ada 2 cara nak ke Grand Ion Delemen Hotel:-

1. Kau drive lah apa2 jenis transport (bersesuaian) yang kau ada, naik sampai parking lot Grand Ion Delemen Hotel.

2. Kau malas drive / takde transport. Jadik, kau naiklah cable car dari Awana Skyway Station sampai ke Sky Avenue. Turun ke lobby Resorts World. Tunggu shuttle khas Grand Ion Delemen Hotel yang ada gambar burung. F.O.C. Tips: Kalau kau pergi time weekend / peak season, sila booking seat untuk shuttle tersebut directly dengan Grand Ion Delemen Hotel. Call buleh, via website (online) pun buleh. Kalau tak, nescaya merepotlah kau menunggu seat kosong.

~ Ini rupa shuttle tu. Sila beratur. Jangan gigih nak berebut2. Setiap orang dah ada seat mengikut masa yang ditetapkan. Sekolah tak habis, takpe. Asalkan kau behave secara intelek. Kalau sekolah sampai menara gading lapanploh tingkat sekali pun tapi, gigih jugak berebut2, tu namanya sengaja merendahkan martabat mental. Baik bakar je sijil2 menara gading yang kau dapat tu. 

Ooppsss!!! Mahap. Terbebel pulak. He3...

~ Takde nombor seat yang ditetapkan. Suka hatilah kau nak duduk celah mana. Asalkan jangan seat untuk berdua tapi, kau gigih duduk sorang2 sebab gigih letak bag kau yang sebabun tu, sudahlah. Once again, manner & behaviour are very2 applicable here. Guna otak. Jangan guna kepala lutut.

Hah, terbebel lagik Sis! Hu3...

Don't worry. Shuttle dia ok. Driver penuh manner & berhemah. Tak laju. Sedang2 je. Sesiapa yang gayat tu pun, buleh onz je naik shuttle ni. 

View toksah ceritalah. Cantik sangat. Dari terang membawak ke hujan renyai2 membawak ke kabus. Sejuk. Ketaq lutuit, weh! 

Hokaylah, sampai sini dulu. Sis nak bersiap. Nak pergi wedding. Makan kenduri, oiii..!!! Nanti free Sis sambung 'membebel' lagik naaa... ;P


*Bersambung...


:: A.R.E.L.E.EZ.A.F.F.E.N.D.Y ::



No comments:

i SeRvE nUfFnAnG aDs

GO SEARCH BY GOOGLE SEARCH ENGINE

Google