Thursday, January 23, 2020

BERSYUKUR & 'JAGALAH' ALLAH

Kami nak melawat Kak Yong. Sejurus selepas kenduri doa selamat Mother selesai, kami gerak ke Kampung Gajah.

Panas terik betul semenjak 2 menjak ni. Sila minum air putih secukupnya, ye you ols..! 

Owh... lupa nak cerita. Kak Yong dah jadik budak asrama. Kak Yong dapat daftar masuk ke SABK Maahad Ehyak Diniah Islamiah, Kampung Gajah, Perak. Alhamdulillah... syukur... 

Apa yang terbaik untuk Kak Yong, Acu always support. Asalkan Kak Yong buat sesuatu yang baik tu dengan penuh minat, in shaa Allah... Kak Yong dapat capai apa yang Kak Yong idam2kan. ;)

~ Tapau lauk kenduri untuk Kak Yong. 

~ Nenek sanggup tak makan kat rumah semata2 nak makan sama2 dengan Kak Yong. Wow, ajaib betul penangan cucu ni kan?! He3...

~ Nak balik dah...

~ Take care, Kak Yong... 

Ramai jugak parents yang datang melawat. Teringat masa zaman Sis kat SM Sains Selangor dulu. Asal weekend je, tertunggu2 'kakak biru' (read: prefect) announce nama Sis. Kadang2 ada, memang happy. Tapi, selalunya rare la... Kuchiwa jugak sikit. Tapi, Sis paham akan kekangan family Sis. 

Transport yang ada cuma bas Transnasional & Intrakota. Kadang2, kesian jugak kat Mother, terpaksa jalan jauh nak sampai ke SM Sains Selangor sebab bas Intrakota tak masuk area Tasik Permaisuri tu. Korang google lah sendirik bab location, ek! Sis nak cerita detail, kompom ke laut pergi dia! Hu3...

Kewangan pun biasa2 je masa tu. Dipendekkan cerita, memang tak dapeklah Mother nak jenguk Sis every weekend. Jeles jugak la tengok mereka2 yang ada visitors every weekend. Tapi, taklah sampai tekanan atau kemurungan. Sis chill #WatLekWatPeace je. Sebab Sis dah di train untuk paham keadaan family. 

Apa2 pun, Sis tetap panjat kesyukuran. Sebab ada lagik mereka2 yang asal jauh & family sangat2 jarang dapat lawat atas pelbagai faktor yang lebih dasat dari Sis. 

Jadik, konsepnya kat sini, bersyukur tu sangat penting, ye guys. There's always rainbow after the rain... Yakin, percaya, redha & 'jagalah' Allah. Allah will grant u back. In shaa Allah...


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::


No comments:

Post a Comment

KAMSAHAMNIDA...