Thursday, January 30, 2020

SIS JOIN

Pagi semalam ada lawatan bersepadu ke Koperasi Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Manik Teluk Intan Berhad. Sepatutnya Encik Boss dengan Eika je yang melawat sebab koperasi ni under Eika. Disebabkan Sis tak buat apa & takde kerja urgent, Sis joinlah. Ada gak pekdahnya dari melangut, merenung siling opis. Hiks...

Dari 9.00 sampai 10.40 pagi. Termasuk jamuan ringan. Heh3...

~ Jumpa di kedai koperasi.

Dapatlah tolong2 curahkan ilmu mana yang patut. Mudah2-an melekat di hati Puan Setiausaha & Bendahari Koperasi. 

Koperasi jadik hebat. 
Kami dapat kepuasan dalam kerjaya & saham akhirat. 

In shaa Allah... ;)


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::



Wednesday, January 29, 2020

FAKTOR USIAKAH?

#Throwback

Sempat bersenang-lenang sebelum check-out. Nap pun sempat. 

Yang penting, book seat untuk complimentary shuttle dulu sebelum bersenang-lenang. Lambat kang takut full. Merepot & bermenonglah kau di lobby. Aaaa gitchew...

Tak payah susah2 turun ke lobby untuk book. Call dari bilik pun aci je. 

~ Sayangnya nak tinggalkan suite ni. Hu3...

~ Highest altitude, so far.

~ Menanti shuttle.

Kalau naik shuttle, janganlah berlagak diva, tunggu kat bilik, kengkonon concierge akan call kau once shuttle dah ready. Rentikanlah kedivaan tersebut, ye. 

Siap packing, turunlah ke lobby untuk check-out & tunggu shuttle sampai. Jangan bimbang. Lobby tu lebih dari selesa untuk menunggu. Silap hari bulan, kau buleh tak sedar shuttle dah sampai sebab syiok sangat lepak kat lobby. Sejuk nyaman je... He3...

Staff Grand Ion Delemen Hotel takkan biarkan kau terkapai2 tanpa bantuan. Diorang yang arrange shuttle & diorang jugaklah yang akan pastikan kau dapat seat ikut masa yang kau book. Maksudnya, kalau book untuk pukul 1.00 tengah hari, akan dapat shuttle yang pukul 1.00 tengah hari jugak. Aaa gitchew...

~ View balik.



Shuttle akan hantar kau ke lobby Resorts World. Sama macam masa pergi, balik pun cenggitulah jugak... Naik cable car dari Sky Avenue. 

~ Outdoor theme park yang masih ditutup masa tu due to renovation. 

~ Nak turun dah.

~ Naik tak gayat. Turun gayat baq hang! Nak angkat jari buat 'peace' tu pun ketaq, oiii..! Faktor usiakah?! Ha3...


~ Saujana mata memandang...

Alhamdulillah... selamat 'mendarat' di Awana Skyway Station. ;)


*Bersambung...


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::



WORDLESS WEDNESDAY #129: SUATU MASA BERONOK2

~ Makmum
~ IT: Chapter 2

~ Boboiboy Movie 2

Kesah pada suatu masa yang beronok2...


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::



Tuesday, January 28, 2020

KAU TUNGGU, EK! KAU TUNGGU...

#Throwback

Lepas breakfast, terus rasa macam dah gemok! Macam magic! Eh, ke... memang dah sedia gemok?! Ha3...

Gasaklah. 

Yang penting, nak acah2 mengkurus balik. Makanya, jomlah berenang berirama. Ahaks...

~ Amik mood dulu.

~ Sedut fresh air roof top garden.


~ Hah, partner renang berirama dah terjun! 


~ Mana mungkin Sis tengokkan aje. Kau tunggu, ek! Kau tunggu... Ha3...


~ Team renang berirama, from Teluk Intan with love. Eceh! Ha3...

~ Lepak cenggini je pun dah best teruk, weh!

Jangan bimbang dengan kesejukan. Sebab air pool tu 'dicipta' untuk temperature Genting Highlands. Suam2 suku sesedap rasa aaa gitchew..! 

~ Team renang berirama dah 'insop'. Nak balik bilik, refresh sekejap sebelom check out.

Antara pengalaman mandi pool yang best. Sambil swimming, layan view, gunung-ganang bak dekat di hati. Ditambah dengan sinaran mentari menerobos sikit2. Owh... Sis suka! Sis suka! ;D

Yang bawak anak2, jangan gusar. Sebab kids pool pun hado. Sis tak tunjuk je sebab tak kose pulak nak tompang selpie kat kids pool tu. ;P


*Bersambung...


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::



WAZE KAN AJE

Saja je nak share port makan...

Eryna Sup Darat.

Kawan Kanda yang recommend. Uniknya, specialty kat sini adalah menu berasaskan sup. Macam2 sup ada. 

~ Sup Daging Bakar x Sup Urat Keting

~ Menu tambahan: Taugeh Goreng

Makan dengan nasik putih, panas2. Cuaca mendung / hujan adalah bonus untuk anda. Sedar2 dah licin pinggan & mangkuk. Heh3...

~ Cendol Pulut Durian. Review: Kalau durian & santan tu yang kaw2 fresh, pasti lebih memikat hati. Aaaa gitchew..!

~ Apa2 pun, Sis & Kanda masih berpuas hati dengan sup2 tersebut. Mampu menggumbirakan perut2 kami. Ha3...

Restoran Eryna Sup Darat,
35000 Tapah, Perak.

Simple bukan alamatnya?! Tak familiar dengan kawasan Tapah?! Eh, takpe..! Bukan masalah besar. Waze kan aje. Pasti jumpa. ;)


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::



BREAKFAST @ KEMBALI KITCHEN

#Throwback

Selamat Hari Selasa. Sis kembali dengan entry #Throwback. Ntah bila nak habisnya ntah. Layankan je la... Hu3...

Sis update blog pun, tujuannya adalah untuk kenangan, reference & kepuasan sendirik. Side income tu 1 bonus. Jadik, kalau suka, terimalah dengan redha... Tak suka, takpe. Sis tak terkesan. Sis ok je. 

Back on track, kesah Genting Highlands.

Bangun pagi dengan hari yang maha indah. Bersyukur tak terhingga atas peluang & nikmat ini. 

~ Honeymoon bertemankan Kanda...

~ Menikmati sunrise...

~ View yang maha indah...

~ Breakfast pulak di Kembali Kitchen.

~ Pelbagai pilihan menu. Agak2 tekak Melayu, amiklah menu pure Melayu. Agak2 nak acah2 omputih, amiklah American breakfast. Terpulang... Tepuk dada, tanya selera. 

~ Breakfast dah include dalam package. So, datang bawak perut je.



Nikmat mana lagik yang kau nak dustakan?! ;D


*Bersambung...


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::




Friday, January 24, 2020

SEPEMAKANAN & SEPEGEMOKAN

Pyorr Nasi Dulang...

Asik ke sini je kan?! Eh, tak la 'asik'..! Ikut mood jugak. Keinginan tiba bila dah bosan makan nasik campur. Tukar selera... Aaa gitchew..!

~ Set Talapia Bakar x Set Ayam Goreng Lalap

Lunch dengan Kanda. Teman sepemakanan & sepegemokan. Ha3...


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::



KEMBALI KITCHEN

#Throwback

Kembali Kitchen adalah salah 1 port untuk menjamu selera di Grand Ion Delemen Hotel. Overall ada 6. Meh Sis list down semuanya:-

Dinetopia
Hugo's In The Sky
Kembali Kitchen
Warung Pak Munir
Fairy Tales
Lepak Corner

Tepuk dada, tanya selera, lepas tu, tanyalah 'banker' sekali. He3...

~ Konsep Kembali Kitchen: Family friendly, casual dining & HALAL.

Lokasi di tingkat 7. Dibuka dari jam berikut:-

Breakfast: 7.00 - 11.00 pagi (setiap hari)
Lunch & Dinner:-

11.00 pagi - 10.30 malam (setiap hari kecuali Jumaat & Sabtu)
11.00 pagi - 11.00 malam (Jumaat & Sabtu)

~ Orange Fresh Juice x Teh Tarik worth RM 11.32 & RM 7.55, respectively. Wow, bukan?! Ha3...

~ Kembali Nasi Goreng x Cumin Grilled Chicken, both for RM 35.85. Wow kali ke-2, bukan?! Ha3... 

Jangan khuatir... Sebab 'wow' tu disertai dengan mind blowing ambience, coziness & spaciousness. Berbaloi untuk 'poket yang bocor'. Ha3...

~ Model Grand Ion Delemen yang sentiasa memukau hati Sis. Ntahlah. Mungkin sebab Sis memang interested dengan modelling stuff cenggini. Kagum dengan perekaciptanya.

~ Kembali Kitchen dah ditinggalkan. Makanya, kami 'kembali' ke sini untuk selpie. He3...

~ Tompang bergambar. Heh3...



Seharian kaki tak berhenti melangkah. Dah malam, baru rasa cramp. Wajar berehat dengan tenang... Eceh!

Good night.
Sleep tight.
Zzzzzzzzz.........


*Bersambung...


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::


Thursday, January 23, 2020

BERSYUKUR & 'JAGALAH' ALLAH

Kami nak melawat Kak Yong. Sejurus selepas kenduri doa selamat Mother selesai, kami gerak ke Kampung Gajah.

Panas terik betul semenjak 2 menjak ni. Sila minum air putih secukupnya, ye you ols..! 

Owh... lupa nak cerita. Kak Yong dah jadik budak asrama. Kak Yong dapat daftar masuk ke SABK Maahad Ehyak Diniah Islamiah, Kampung Gajah, Perak. Alhamdulillah... syukur... 

Apa yang terbaik untuk Kak Yong, Acu always support. Asalkan Kak Yong buat sesuatu yang baik tu dengan penuh minat, in shaa Allah... Kak Yong dapat capai apa yang Kak Yong idam2kan. ;)

~ Tapau lauk kenduri untuk Kak Yong. 

~ Nenek sanggup tak makan kat rumah semata2 nak makan sama2 dengan Kak Yong. Wow, ajaib betul penangan cucu ni kan?! He3...

~ Nak balik dah...

~ Take care, Kak Yong... 

Ramai jugak parents yang datang melawat. Teringat masa zaman Sis kat SM Sains Selangor dulu. Asal weekend je, tertunggu2 'kakak biru' (read: prefect) announce nama Sis. Kadang2 ada, memang happy. Tapi, selalunya rare la... Kuchiwa jugak sikit. Tapi, Sis paham akan kekangan family Sis. 

Transport yang ada cuma bas Transnasional & Intrakota. Kadang2, kesian jugak kat Mother, terpaksa jalan jauh nak sampai ke SM Sains Selangor sebab bas Intrakota tak masuk area Tasik Permaisuri tu. Korang google lah sendirik bab location, ek! Sis nak cerita detail, kompom ke laut pergi dia! Hu3...

Kewangan pun biasa2 je masa tu. Dipendekkan cerita, memang tak dapeklah Mother nak jenguk Sis every weekend. Jeles jugak la tengok mereka2 yang ada visitors every weekend. Tapi, taklah sampai tekanan atau kemurungan. Sis chill #WatLekWatPeace je. Sebab Sis dah di train untuk paham keadaan family. 

Apa2 pun, Sis tetap panjat kesyukuran. Sebab ada lagik mereka2 yang asal jauh & family sangat2 jarang dapat lawat atas pelbagai faktor yang lebih dasat dari Sis. 

Jadik, konsepnya kat sini, bersyukur tu sangat penting, ye guys. There's always rainbow after the rain... Yakin, percaya, redha & 'jagalah' Allah. Allah will grant u back. In shaa Allah...


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::


TETAMU & TUAN RUMAH YANG HAPPY

Hari Ahad, Mother buat kenduri doa selamat. Sempena perjalanan umrah yang lancar. Alhamdulillah...

Pukul 11.00 pagi event bermula. 

~ Bon appetit.


~ Mother with Ustazah Saadiah.

Menu simple je. Menu makan tengah hari yang santai2. Aaa gitchew...

Nasik putih
Ayam sirsau
Sup sayur
Pecal
Siakap goreng
Sambal belacan
Tembikai
Air sirap

~ Selpie sebelum pulang.

~ Terima kasih, sudi datang... acik2 yang vogue semuanya. He3..

~ Terimalah selpie Sis yang acah2 di tepian sawah. He3...

Syukur sebab semuanya dipermudahkan... Tetamu happy, tuan rumah apatah lagi. Berganda2 happy nya. He3...


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::