Thursday, May 9, 2019

MAKAN-TIDO-SEMBANG

#Throwback

Getaway bersama Kanda. Destinasi: KL

Semua persinggahan adalah walk in. Takde perancangan awal mahupun perincian rapi. Redah. Hadap. Asalkan berdua. Bersatu kita teguh! Eceh! Optimis sangat..! Ha3...

Check in di Sun Inns Hotel, PJ, pukul 1.00 pagi. Kerja giler! Tapi, kami buat jugak. Ha3...

~ Bilik ni je yang available. Redha. Yang penting, bilik & toilet agak luas (read: Dapat lebih dari apa yang kau bayar). Fungsi air cond cengginiii... (read: Thumbs up). ;D Gambar ni masa nak check out.

~ Senyuman check out. ;) 

Lunch kat Kedai Nasi JJ Kak Wok Seksyen 24, Shah Alam. Dalam perjalanan pun dah terbayang2. Maklumlah... perut dah berdondang sayang. Hu3...

~ Tak pikir banyak. Sebab kompom sodap.

Lepas tu ke Bukit Jalil. Ada urusan sikit. 

~ Singgah lepak kejap kat Hentian Rehat Awan Besar. Dapat air kelapa ni, perrgghhh... heaven betul perasaan!

Sesambil tu, jari-jemari laju menggoogle hotel. Booking online untuk Six Seasons Hotel, Bedford Business Park, KL. Kanda nak rest, tido. 

Walaupun bukan aku yang drive & kerja aku makan-tido-sembang, makan-tido-sembang je di sepanjang perjalanan tapi, aku pun letih gak la. Perlukan katil & bantal yang empuk. Sebab makan-tido-sembang pun sejenis aktiviti fizikal bagi aku. Ha3...  

Disclaimer: Ini bukan kejadian live. Maksudnya, bukan di bulan Romadhon yang mulia penuh barokah ni. Kau giler nak lunch siang2 buta lagik terang2-an di Kedai Nasi JJ Kak Wok di bulan Romadhon??! Dah habis pikir ke hape... nak naik kereta jenazah?! Owh... nom3... Iman kami masih kukuh di landasan, ye you ols..! Makanya diisytiharkan, kejadian ini berlaku sebelum bulan Romadhon. ;)


*Bersambung... 


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::



No comments:

Post a Comment

KAMSAHAMNIDA...