Tuesday, May 21, 2019

TINGGIIIIII......

#Throwback

Inilah yang aku maksudkan dengan 'berpoya2 menggeli2kan' tapak kaki di tempat tinggi... Yeahhh..!


~ KL Tower

Menapak dari parking lot ke KL Tower membuatkan kami sempot sekejap. Hnnsss2..!!! Rasa macam buat larian amal pulak. Haish, tak fit betul Kanda & Dinda ni tau! Tapi, tu pun tak insap2! Masih jugak gigih ber-food hunting. Hu3...

Kami amik pakej Observation Deck (Sky Deck + Kuala Lumpur Skyline View) + Blue Coral Aquarium. Harga tiket RM 70++/pax. Yang '++' tu tak ingat berapa exact rate nya. Sangat berbaloi.

Kau takkan sesat-barat. Kalau kau sejenis yang buta jalan tahap tokleh bawak bincang macam aku pun still in shaa Allah... tak sesat. Sebab staff akan guide dari lobby, masuk lift, sampailah kau cecah 300 meters above ground level (Sky Deck) & 276 meters above ground level (Kuala Lumpur Skyline View). 

Kami naik ke Sky Deck dulu. 

Sebab:- 

1. Nak elak queue panjang amik turn nak masuk dalam KL Tower Sky Box.
2. Nak elak dahi berkerut + sunburn sebab matahari of course mencanak kat langit kalau lambat naik.

~ Acah2 maintain je tu..! 

~ Dalam hati, dia punya debor, hanya Allah yang tau..! Ngeeeeeeeee.........

~ Tapi, kepuasannya maksima!

~ Walaupun tapak kaki masih geli2 bila tengok balik gambar2 ni. Ha3...

Ada 2 Sky Box. Rupa paras box tu sama je. Feel geli2 tapak kaki tu pun lebih kurang je. Yang membezakan adalah view kot...

~ Sementara queue tu, bolehlah selfie & wefie kat ledge yang dibenarkan. 

~ Aku syak, kalau malam lagik cun! Musti nampak lampu2 melimpah-ruah di sini sana.

~ Agak2 tapak kaki tak hilang geli lagik, boleh la try lepak kat Sky Cafe. 

~ Tengok view sambil layan Sky Cafe Blueberry Cheese Cake sambil berchinta. Eceh! Tapi, jangan lupa untuk layankan jugak 'harga2 yang ditawarkan'. Pastinya 'wow & terkesima'!!! Ha3...

~ Cantik

Kemudian, kami turun bawah sikit ke Kuala Lumpur Skyline View. Kat sini sejuk sebab air conditioned, berbumbung & berdinding kaca. 

Penat berjalan, boleh duduk kat bench yang disediakan sambil layan view & kerenah manusia. 

Tak pun, boleh shopping. Sebab banyak kiosk2 yang jual macam2 souvenir. Yang besar, yang kecik, yang cute, yang mahal, yang affordable... macam2 hado..!

~ Tak pun, kau boleh tiru aksi & aktiviti Kanda. Dia gigih meneropong kota metropolitan. Ha3...

~ Replika & info World Tallest Towers. Bacalah sampai lebam. Nak hafal pun aci je. Silakan... ;P

~ Pemandangan memukau dari Kuala Lumpur Skyline View.

~ Dinda tak nak kalah. Ha3...



Masa kau kat Sky Box, akan ada official photographer yang gigih snap gambar kau. Masa tu, kompom kau perasan yang kau artis fofular ngalahkan Justin Bieber. Tak pun, #KandaRemyIshak. Ha3... Nak jugak petik nama dia kan... ;D

Mohon control lah sikit keperasanan tu, ye. Sebab photographer tu nak jual gambar kau je kekdahnya... Dia edit kasik cun, jerawat batu & blackhead semua hilang sekelip mata. 

RM 100++, kau akan dapat gambar saiz 8R (kalau tak silap aku) sebanyak 2 keping (kau boleh pilih gambar mana yang nak dicetak), book frame yang ada lambang KL Tower & kad untuk akses semua gambar2 kau. 

Kad akses tu ada validity period. So, sebelum expired, kau download lah semua gambar2 kau tu & save untuk kenangan. Sebab lepas validity period expired, diorang akan delete gambar2 tu. Masa tu, kalau kau menangis melutut terjelepok pun diorang tak kose nak layan dah.

Kami terjebak. Sebab rasa macam berbaloi dengan RM 100++ yang kau 'invest'. Poket rabak tapi, macam aku cakap tadi, 'kepuasannya maksima'. Eceh! #SedapkanHati Ha3...

~ Misi berpoya2 menggeli2kan tapak kaki berjaya. Yeahhh...

Misi seterusnya adalah mendekati hidupan laut. ;D


*Bersambung...


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::



WORDLESS WEDNESDAY #123: HERO SARDIN

~ Heaven untuk sahur. Heronya adalah sardin.



:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::



MISI KATIL & TILAM EMPUK

#Throwback

Sambungan perjalanan mencarik katil & bantal empuk... Hiks...

~ Hotel Six Seasons. Extra 2 seasons dari kebiasaan. He3...

~ Bilik nice, sedang2 helok je. Takde apa yang nak dipertikai. Yang penting, misi katil & tilam empuk accomplished. ;D

~ Macam pakai cucuk sanggul. He3...

Alhamdulillah... 

Dapatlah berehat sekejap. Tak boleh lama2 berehat. Sebab ada 'mision' lain.

Jenggg3...... ;P

~ Mission mengexplore KL Sentral, naik MRT & layan busking.

~ Dua2 tersengih bangga sebab tak pernah jejak KL Sentral, weh..! Apatah lagik guna blue token tu. Bila berjaya harung & adapt, tetibe je rasa bangga yakmat! Ha3...

~ Orang lain dalam train renung handphone, duduk diam2, layan social media. Kitorang wefie..! Yaariibaaa2..! Ha3...

Syiok tau layan busking. Macam2 lagu diperdendangkan. Sessambil tengok gelagat manusia yang hidup di kota metropolitan. Perrgghhh! Dah macam ayat reporter travelog pulak ayat Sis. He3...

Tapi, tak larat lepak layan busking lama2. Sebab badan flat. 

So, kitorang kembali ke KL Sentral, amik kereta & JJCM di Kampung Baru. 

~ Dah siap2 google Rosdet Tomyam ni masa dalam kereta. Review memuaskan. Dan dengan pantas kami terpengaruh. ;D

~ Hokay la... Kategori memuaskan seperti yang di review.

Perut dah sendat. Mata dah mengantuk. Katil & tilam empuk melambai2 dari kejauhan... 

~ Breakfast esok paginya...

~ Konsep hotel ni, kau order, chef masak. Bukan buffet. Nak elak pembaziran kot...

~ Takpe... Kitorang onz je. Asalkan kenyang.

~ Lobby yang cantik yang mengundang #KakiSelfie seperti aku. Heh3...

Check-out.

Nak berpoya2 'menggeli2kan' kaki di tempat tinggi pulak. ;D

Kat manakah..??! 

Hmmm... tungguuuuuuuuu......... ;P


*Bersambung...


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.EN.D.Y ::



Wednesday, May 15, 2019

WORDLESS WEDNESDAY #122: SI TENGAH

~ Meriah.

~ Seperti biasa, yang tengah adalah yang paling comel. Ha3...



:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::



Thursday, May 9, 2019

MAKAN-TIDO-SEMBANG

#Throwback

Getaway bersama Kanda. Destinasi: KL

Semua persinggahan adalah walk in. Takde perancangan awal mahupun perincian rapi. Redah. Hadap. Asalkan berdua. Bersatu kita teguh! Eceh! Optimis sangat..! Ha3...

Check in di Sun Inns Hotel, PJ, pukul 1.00 pagi. Kerja giler! Tapi, kami buat jugak. Ha3...

~ Bilik ni je yang available. Redha. Yang penting, bilik & toilet agak luas (read: Dapat lebih dari apa yang kau bayar). Fungsi air cond cengginiii... (read: Thumbs up). ;D Gambar ni masa nak check out.

~ Senyuman check out. ;) 

Lunch kat Kedai Nasi JJ Kak Wok Seksyen 24, Shah Alam. Dalam perjalanan pun dah terbayang2. Maklumlah... perut dah berdondang sayang. Hu3...

~ Tak pikir banyak. Sebab kompom sodap.

Lepas tu ke Bukit Jalil. Ada urusan sikit. 

~ Singgah lepak kejap kat Hentian Rehat Awan Besar. Dapat air kelapa ni, perrgghhh... heaven betul perasaan!

Sesambil tu, jari-jemari laju menggoogle hotel. Booking online untuk Six Seasons Hotel, Bedford Business Park, KL. Kanda nak rest, tido. 

Walaupun bukan aku yang drive & kerja aku makan-tido-sembang, makan-tido-sembang je di sepanjang perjalanan tapi, aku pun letih gak la. Perlukan katil & bantal yang empuk. Sebab makan-tido-sembang pun sejenis aktiviti fizikal bagi aku. Ha3...  

Disclaimer: Ini bukan kejadian live. Maksudnya, bukan di bulan Romadhon yang mulia penuh barokah ni. Kau giler nak lunch siang2 buta lagik terang2-an di Kedai Nasi JJ Kak Wok di bulan Romadhon??! Dah habis pikir ke hape... nak naik kereta jenazah?! Owh... nom3... Iman kami masih kukuh di landasan, ye you ols..! Makanya diisytiharkan, kejadian ini berlaku sebelum bulan Romadhon. ;)


*Bersambung... 


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::



'ROH' YANG TAK KUNJUNG TIBA

3 Romadhon...

Masih lagik mengekalkan 'roh' yang tidak memasak untuk iftar. Belum kunjung tiba. Ha3...

~ 'Bingkisan' daripada Mother & Geng Suraunya... Diorang masak sama2. ;)

Yang ada gambar:-

Nasik putih
Ayam masak kicap
Gulai nanas ikan masin

Yang tiada dalam gambar merangkap yang ditapau dari PARAM:-

Cekodok bawang
Cucur udang

Yang tiada dalam gambar merangkap 'bingkisan' dari Cik Am:-

Ayam goreng tepung
Kari udang
Ikan tumpi
Kerabu pucuk paku
Onde2

Banyak kan? He3... Syukur...


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::



SEJENIS HIKMAH

#Throwback

Keluar masuk ladang, tengok kambing, lebah... bla3... bukanlah sesuatu yang Sis pernah bayangkan untuk terjebak pun sebelum ni. Even tak pernah terpikir. 

Tapi, manusia kan cuma merancang. Allah yang menentukan. Dia dah susun cantik2 perjalanan hidup setiap hamba-Nya. Bab jodoh, ajal, dugaan... semuanya... termasuklah bab kerjaya Sis...

~ Dulu bergelumang dengan dunia opis je. Sekarang kena turun padang, jenguk koperasi, kursus sana-sini, yadaaa3...

~ Seperjuangan...

~ Dari pendiam dah jadik pengcakap. Ha3... 

~ Tang meet & greet kambing di kandang kambing ni Muka Sis berkerut kaw2 memang dah tahap tokleh bawak bincang dah ni, haaa..! Sempot tahan napas. Hnnsss2!!! 

~ Kat sini helok sikit 'udaranya'. Sebab jauh dari kandang kambing. Ada cili fertigasi je.

~ Madu kelulut

~ Tompang Mitsubishi Triton Encik Razi. Merasa la tergolek2 dok kat belakang. 

~ Kalau tak pegang kuat2, kompom terbang melayang keciciran. Ha3...

Sejak 2 menjak jadik pengcakap ni, Mother pun stress! Dulu stress sebab aku pendiam. Seketol Mother tanya, seketol la Sis jawab. Hu3...

Sekarang stress sebab seketol Mother tanya, lapan belas ratus ketol Sis jawab. Siap dengan full explanation, teori, hipotesis, simpulan bahasa bagai... Methodology nya adalah memberi penerangan sambil tangan, kepala, mulut (read: muncung) kasik body language. ;P

Hikmah tukar unit kot... Ha3...


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::



Wednesday, May 8, 2019

SAMPAI TERKENANG

#Throwback

Kesah ni sebelum Romadhon tau! Bawak Mother dinner kat Mutiara Seafood.

~ Kanda memang suka nau dengan masakan stim limau Mutiara Seafood. Aku pun terjebak sekali. Tapi, yang kat Mutiara Seafood je yang buat aku terjebak. Kuah dia tu hebat betul! Buleh potong rasa fishy. Masam. Pedas. Manis sikit. Balance.

Nasik putih
Siakap stim limau
Ayam goreng kunyit
Kailan ikan masin
Telur dadar

Alhamdulillah untuk rezeki malam tu. Sedap sampai terkenang2! Especially di bulan Romadhon, waktu tengahari buta. Terkenang sangat! Ha3...


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::



PADU!

~ Menu sahur 3 Romadhon adalah leftover yang ditapau dari rumah Mother.

Bubuh dalam tray yang dah siap2 disapu butter, sumbat dalam oven sekejap. Sekadar untuk reheat. 

Nasik putih, ayam golek 3D & Tamar Milk by Origina yang tak pernah dilupakan. Eceh! 

Satgi sambungan #Imaan, you ols..! Rekod siap2 tau! Tak pun On Demand kan aje... Lepas tarawikh, buleh tatap #KandaRemyIshak sambil minum Tamar Milk by Origina. Perrgghhh! Padu! Heh3...


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::



AYAM GOLEK 3D

Masih belum berkesempatan nak memasak untuk iftar. 'Belum berkesempatan' tu adalah frasa paling afdhol. Ha3...

Kami iftar kat kampung, dengan Mother. 

~ Gabungan air tangan Mother, PARAM & pemberian Cik Liza.

Nasik putih
Ayam golek 3D
Ikan rebus goreng
Murtabak
Kek coklat
Kuih lapis
Laksa
Sawi goreng (tak sempat snap sebab Mother masak sawi ni dah dekat2 nak berbuka. Mother memang suka sayur yang dimasak sejurus sebelum makan. Tak suka yang masak awal2.)

Setel dah 2 Romadhon...


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::




THE STRUGGLE IS REAL

#Throwback

Sis dah mula berjinak2 dengan dunia accounting. Memula, rasa tepu. Stress. Bingung. Dan macam2 lagik yang berunsur kecelaruan minda & emosi. Hu3...

Maklumlah... bukan budak accounting. Dari zaman sekolah membawak ke universiti, memang tak terdedah dengan salasilah accounting. Budak engineering, kata ko!

Tapi, kini tidak lagi... Eceh! Riak betul di situ! Ha3...

~ Mr. Hafis tengah bagi ucapan mukadimah untuk Klinik Akaun koperasi.

Atas asbab bidang tugas & tanggungjawab, maka Sis pun pelan2 kayuh. Dari zero, slow & steady Sis merangkak, bertatih & berjalan. Sesambil 'berjalan' tu, ada jugak tersadung, terkesima & macam2 'ter' lagiklah. Tapi, #SisCuba. 

The struggle is real, kata omputih. 

Terima kasih tak terhingga kepada Encik Fadzil sebab sudi jadik sifu Sis. Tak cukup kat opis, weekend pun Sis ganggu kehidupan dia. Berlapang dada jawab soklan Sis yang kadang2 simple, kadang2 tricky, kadang2 nonsense. Maklumlah... sebab Sis sejenis yang nak ada penjelasan konkrit di sebalik setiap persoalan / teori. Hah, gitu..! 

~ Finally, sekarang Sis dah mampu jadik tutor untuk koperasi. Walaupun tak sehebat Encik Fadzil, Mr. Hafis & Encik Selvam tapi, Sis tetap rasa proud of what I've gain.

Sis masih keep on learning...

Nak 1000 daya, tak nak 1000 dalih. Peace.


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::



'ROH' MEMASAK

2 Romadhon...

Haaa... kali ni, roh memasak dah sampai. Menyerap masuk, helokkk... je. Ha3...

Masak subuh2 pulak tuh! Takde nak reheat2 derrr... Memang masak secara langsung. Kau mampu..??! Wah, berlagak betul statement ini! Ha3...

~ Tapi, yang super simple je la...

Nasik putih
Sambal udang
Ikan masin goreng
Tamar Milk by Origina (Terus terbayang #KandaRemyIshak, you ols..! Ahaks...)

Nak masak pun kena tunggu roh memasak bagai... Ko dah kenapa, 'Senah'?! ;P


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::