Monday, March 5, 2018

AYAM GORENG WINNER MOKCIK ZOHRABIBI

Weekend lepas...

Pukul 9.00 pagi, attend Mesyuarat Agung Tahunan (MAT) koperasi. Perancangannya, lepas tu nak berjimba2 dengan Mother. Antara perjimbaan yang dirancangkan adalah seperti berikut:-


  • Haircut di Exist Hair Concept.
  • Beli stok ikan di Mat Frozen.
  • Lepak di Intan Mas sampai Oppa pulang.
  • Hantar Mother balik Sungai Manik.
  • Uruskan peng-repair-an decorder Astro Mother. Ada masalah sikit. Terdapat beberapa channel yang siarannya SCNA. Owh... stress!

Tapi, 3 je yang berjaya direalisasi. 

Haircut untuk Mother sorang je. Kat tempat lain. Lupa plak nama salon tu. Exist Hair Concept tutup. Lama pulak tu! 1 April baru bukak balik. Choiii..! 

Aku suka buat haircut kat situ je. Sebab laju, pantas, tuntas, memahami, affordable & exactly macam yang kita nak / tunjuk (gambar) kat dia. 'Panjang' dah rambut pendek aku ni. Tak sabar tunggu 1 April. Nak suruh dia slope nipis2. Puas hati. ;D

Mat Frozen pun tergendala. Replace dengan Bintang. Jumpa sotong, ikan merah & gelama. Jadiklah.

Sebelum hantar Mother pulang, kami hi-tea dulu di Padang Speedy. Makan Ayam Goreng Winner Mokcik Zohrabibi & beberapa keping lempeng pisang. Sodap nau!

~ Reason nak amik gambar kat sini: Nak share aktiviti petang hari kat group WhatsApp geng surau. Eceh betul Mother I sekarang! Ha3...

Weekend ni nak bawak Mother shopping stok ikan, sayur & yang sewaktu dengannya kat Pasar Besar Teluk Intan. In shaa Allah...


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::



No comments:

Post a Comment

KAMSAHAMNIDA...