Monday, March 26, 2018

PENGHAPUS DOSA

Kesah demam pertama untuk tahun 2018...

Bermula dengan batuk manja2. Kemudian temperature macam dah start nak naik. Aku telan Panadol Actifast dengan harapan, mudah2-an cancel demam. 

Tapi, siapalah kita nak lawan kun faya kun kan... Panadol Actifast berjaya sekejap je. Lepas tu, terus demam betul2. Hu3...

Oppa bawak jumpa Dr. Farah Diyana, antara Dr. favourite ah kak. Disahkan demam. Tonsil tak bengkak tapi, merah. Sebab tu bila batuk, rasa pedih2 katanya...

~ Dapatlah kau MC 2 hari.

Bersangka baik...

Sakit itu penghapus dosa. Mungkin dosa2 aku dah sebabun. Berat bahu kiri ni. Ye, mungkin...

Allah bagi demam sebab nak bagi aku rehat. Mungkin ghalit sangat bekerja, memikirkan masalah koperator2 & gigih mengkaji Akta Koperasi 1993. Peraturan2 Koperasi 2010 lagik... Garis Panduan lagik... Bla3... Ecewah! Acah2 pekerja cemerlang, gemilang & terbilang pulak. ;P Ye, mungkin... Ha3...


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::


PAGI MALAS, PETANG RAJIN

Hari Sabtu...

Pagi2 malas. Rasa nak qada' tido je. Hobi. Ha3...

Tapi, petang2... macam rajin pulak. Masak untuk dinner. Masak awal la kiranya. Sebab lepas tu, nak relax2 chill2, tunggu Oppa balik sambil tengok tv & blogging. ;D

~ Hasil kerajinan pada petang tersebut.

Nasik putih
Ayam goreng Upin Ipin
Sambal terung
Sambal tumis ikan bilis
Lempeng bawang K-Pop
Teh O lemon panas

Air tangan, masak dari hati, daripada isterimu yang kiut. Semoga Oppa & perutnya sentiasa happy... Ecewah! 


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::



Monday, March 12, 2018

HOMESTAY HAJI

Lagi tugasan di hujung minggu...

Haaa... banyak kan? Hadap je la... S.Y.M.P.

Program Walkabout TPM & Menteri KPDNKK serta Jualan Sentuhan Rakyat. Pengarah, SKM, Perak akan turun & stay 1 malam di Teluk Intan sebab nak sambut Pengerusi Eksekutif, Timbalan Pengerusi Eksekutif & delegasinya.

Penginapan kami dah sediakan mengikut arahan Cik Boss & permintaan dari HQ. Homestay Haji. Rumah semi-D 2 tingkat dengan 4 bilik tidur (air conditioned). 

Pukul 2.30 petang, Geng Bas Sekolah dah terpacak depan Homestay Haji. Tunggu ketibaan Pengarah. 

~ Beramah mesra dengan owner Homestay Haji. The 1 with ketayap. ALK koperasi rupanya. Sesuai sangat. He3... Tapi, homestay ni bisnes sdn. bhd.

~ Sambil sembang, sambil selfie.

~ Pandai Hazrie bancuh Milo. Terlajakkkkk..... sedap! Ecewah! Ha3...

~ Tea & talk. Eh, silap! Milo & talk. ;P

Pukul 6.00 petang, kami bermohon diri. Encik Fadzil & Mr. Hafis sambung duty belah malam. Dinner bersama delegasi SKM & Pengarah. 

Aku pulak sambung buat preparation untuk program keesokan harinya. Iron bajulah. Apa lagik kan... Elakkan kelam-kabut.

Kemudian, tengok Running Man #Throwback. Larat tahan mata untuk 1 episod je. Tak taulah siapa yang off tv?! Kura2 dalam perahu betul persoalan tersebut. Ha3...


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::



TUGASAN HUJUNG MINGGU

Bekerja di hujung minggu...

Out station. Ke Batu Kurau, Taiping, Perak. Awal pagi tau on the road. Encik Fadzil amik pukul 7.00 pagi. Mata... toksah ceritalah. Kuyu! Hu3...

Pergi berempat, carpool. Mr. Hafis, aku, Encik Fadzil & Syahir (anak bujang Encik Fadzil merangkap Mr. Driver of the day). 15 minit pertama je aku 'concious'. Lepas tu, di alam mimpi. Harap maklum. Mungkin sekali dengan pakej dengkur2 manja. Ha3...

Kami sampai tepat pada waktunya. Alhamdulillah...

~ Jejak kaseh with mantan Encik Boss.

~ Teman seperkeretaan. He3...

~ Jejak kaseh jugak dengan Cik Nad. Eh, PUAN Nad lah! Hiks...

~ Wajah2 yang memeriahkan majlis.

~ VVIP of the day: YB, Dato' Seri Hamzah bin Zainudin, Menteri KPDNKK.

~ Perasmian Arena Pekan Selasa Koperasi Pasar & Perniagaan Batu Kurau Berhad & Program Lestari Modal Insan Koperasi serta Kenduri Rakyat.

Tugasan hujung minggu tamat. Boleh balik, rehat & tido. Tak lupa jugak... kembali ketemu dengan yang tersayang. Eceh! Ha3...


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::




Monday, March 5, 2018

AYAM GORENG WINNER MOKCIK ZOHRABIBI

Weekend lepas...

Pukul 9.00 pagi, attend Mesyuarat Agung Tahunan (MAT) koperasi. Perancangannya, lepas tu nak berjimba2 dengan Mother. Antara perjimbaan yang dirancangkan adalah seperti berikut:-


  • Haircut di Exist Hair Concept.
  • Beli stok ikan di Mat Frozen.
  • Lepak di Intan Mas sampai Oppa pulang.
  • Hantar Mother balik Sungai Manik.
  • Uruskan peng-repair-an decorder Astro Mother. Ada masalah sikit. Terdapat beberapa channel yang siarannya SCNA. Owh... stress!

Tapi, 3 je yang berjaya direalisasi. 

Haircut untuk Mother sorang je. Kat tempat lain. Lupa plak nama salon tu. Exist Hair Concept tutup. Lama pulak tu! 1 April baru bukak balik. Choiii..! 

Aku suka buat haircut kat situ je. Sebab laju, pantas, tuntas, memahami, affordable & exactly macam yang kita nak / tunjuk (gambar) kat dia. 'Panjang' dah rambut pendek aku ni. Tak sabar tunggu 1 April. Nak suruh dia slope nipis2. Puas hati. ;D

Mat Frozen pun tergendala. Replace dengan Bintang. Jumpa sotong, ikan merah & gelama. Jadiklah.

Sebelum hantar Mother pulang, kami hi-tea dulu di Padang Speedy. Makan Ayam Goreng Winner Mokcik Zohrabibi & beberapa keping lempeng pisang. Sodap nau!

~ Reason nak amik gambar kat sini: Nak share aktiviti petang hari kat group WhatsApp geng surau. Eceh betul Mother I sekarang! Ha3...

Weekend ni nak bawak Mother shopping stok ikan, sayur & yang sewaktu dengannya kat Pasar Besar Teluk Intan. In shaa Allah...


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::