SiNgGaH Lg, Ek! ;)

Tuesday, February 7, 2017

NANAS MADU

Bagan Datuk (dahulunya lebih dikenali sebagai Bagan Datoh) dah diwartakan sebagai 1 daerah baru di negeri Perak. Takde opis SKM kat situ. Maknanya, sebarang urusan penyeliaan koperasi, opis aku yang in charge.

Itu mukadimah ye, bapak2... ibuk2...

Cerita sebenarnya cenggini... ;P

SKM terlibat dengan Program Pemukiman YAB MB Perak di Bagan Datuk. Ada 4 program.

Program #1: 18 Januari 2017, Dewan JKKK, Hutan Melintang

~ Carpool. #TeamBiru nak pergi 'berjuang'. Eceh!

Seawal jam 8.00 pagi dah terpacak kat situ. MB tak sampai lagik. Makanya, kami pun pergilah 'melawat kawasan'. 

~ Program #1

Macam2 booth ada! Aku aim booth buah2-an. Sebab ada jual nanas madu. Boleh beli sebagai ole2 untuk Oppa, Mother, Abang & mertua.

Tugas hakiki adalah sebagai pemerhati, pemberi moral support kepada agensi & usher bidan terjun.

~ Chill sikit kekdahnya...

~ #KakakTiri & #Adik2Tiri nya... Ha3...

Laju2 berlarik2 anak ke booth buah2-an, nak beli nanas madu, sejurus selepas program selesai. Lambat2 kang, takut Encik Fadzil tinggal. Menung pulak dok pikir nak balik naik apa..?! Ha3...

Tapi, tak boleh balik terus pun... Tugas hakikit menanti kat Dewan Hajjah Tuminah. Preparation akhir untuk majlis esoknya.

Aku in charge F & B. Focus kat 'kawasan jajahan' ah kak je. Pening jugak sebab 1st timer. Big Boss pulak sejenis yang suka letak high expectation. Matik la nakkk..! Hu3...

~ Menggediks2 dulu sebelum Encik Boss & Big Boss datang. Banyak main2 dia ni... Biasa! Heh3...

Bila kita seorang 1st timer, dengan takde secebis pengalaman yang wajar dibanggakan, kemudian disogokkan pulak dengan macam2 fakta, teori mahupun auta mungkin... hasilnya adalah stress tahap 4! Kecelaruan minda pun berlaku. Arrgghhh..!!!

Tak boleh jadik! Aku kena carik solution. Kalau tak, kerja aku tak siap. Kang tak pasal2, orang lain semua dah balik, aku sorang menung meratapi nasib. Hu3...

Dah tiba masa aku kena independant. Mintak bantuan, pandangan, nasihat, opinion & segala2nyalah... daripada Big Boss. 

Pot pet... pot pet... Pung pang... pung pang... setel kojo den. Terima kasih, Big Boss & terima kasih jugak kepada Kak Roy yang bagi tips penyelesaian masalah. Eh, macam terms KIK pulak! Ha3...

Konsep Kak Roy: Tanya direct kat Big Boss. Kompom cepat & betul. Abaikan 'anasir2 lain'. Ha3...

Pukul 8.00 malam baru sampai rumah. Fuh, penat giler tak boleh blah! Miss 1 episod Biar Aku Jadi Penunggu. Tak dapat nak feeling2 #IffatHamani... Choiii..!


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::



4 comments:

Cik Lily Putih said...

sudahnye dpt tak beli nanas madu tuh? hehehehhe

Nour Adieb said...

nanas madu? yg sy tau nanas ja. sy pon kalau ada booth buah, mmg booth tu yg sy akan pegi dulu. sbb sy mmg suka mkn buah 😄

A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y said...

CikLily Putih,
dpt. 3 bijik 5 hengget. leez beli 6 bijik.

A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y said...

Nour Adieb,
nanas madu ni dia manis. kecik comel je.

i SeRvE nUfFnAnG aDs

GO SEARCH BY GOOGLE SEARCH ENGINE

Google