*Slot Ketuk2 Kuali Bersama Areleez (KKBA)
Meng-ketam pulak. 'Meng-ketam' takde dalam Kamus Dewan. Vocab ciptaan ah kak je tu. Maksudnya, memasak menggunakan ketam sebagai bahan utama. Sila tak konpius. He3...
Bahan2:-
5 ekor ketam (disiang & dicuci bersih)
1 inci halia (dihiris)
1 biji bawang besar (dihiris)
5 biji bawang putih (diketuk)
2 sudu sos tiram
2 sudu besar sos cili
1 mangkuk kecil broccoli
2 biji tomato (dibelah 4)
2 tangkai cili hijau (dibelah 2)
Air masak
Serbuk lada hitam
Minyak masak
Garam
Cara2 Penyediaan:-
1. Panaskan minyak.
2. Tumis halia, bawang besar & putih hingga naik bau.
3. Masukkan broccoli & cili hijau.
4. Masukkan sos tiram & cili.
5. Masukkan ketam. Sebatikan.
6. Perasakan dengan sedikit garam & serbuk lada hitam.
7. Tuang air masak secukupnya.
8. Masukkan tomato. Masak seketika. Angkat & hidangkan.
~ Ketam Blackpepper Hang Pi Mana. ;P Dihidangkan bersama nasik goreng kampung, sambal tumis ikan bilis & buah oren. |
:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::
dapatnya..biasa buat becili biasa..pecahkan telur..bubuh daun kari dan rempah kari...
ReplyDeleteAnita Osman,
ReplyDeleteyupp! normally masak cenggitu gak. but this time, saje2 tukar selera.