Monday, October 31, 2016

CANTIK, GORGEOUS, MELETOP KEBABOMMM..!!!

Lama nau2 tak shopping shawl Benang Hijau. Tak ingat bila last shopping. Uiks, lama la tu kot kekdahnya..! Sampai tak ingat! Hu3...

Oppa ada kasik peruntukan untuk beli shawl. Merangkap tunggakan birthday gift katanya... He3... Cantekkk... lah! Senyum lebar sampai telinga, noks! Ahaks...

Beli online je... Senang. Sebab kat Teluk Intan nan indah permai ni, mana la ada Butik Benang Hijau. 

~ Instant Shawl Glitter Lily in navy blue, coral & fuschia. Puas hati. ;D

Semuanya, aku dah try. Dah pakai pergi opis. Dah pakai pergi kenduri. Hokay... cantik, gorgeous, comel, meletop kebabommm..!!! #Chiaaa3 Ha3...

Terima kasih, Oppa... 
Terima kasih, Benang Hijau...


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::



Monday, October 24, 2016

TEKAK MANUSIA KAN...

Bukan berlagak. Jauh sekali tak bersyukur. Memang bukan & tidak sama sekali. Sebab aku selalu bersyukur dengan rezeki yang Allah bagi. Alhamdulillah... #SyukurSelalu

Tapi, tekak manusia kan... Kadang2 jemu jugak kalau hari2 makan kat kedai. Hari ni kedai A, esok kedai B, lusa kedai C. Lepas tu, repeat balik dari A... B... C. Lauk lebih kurang je. 

So, nak elak jemu, ah kak kerah jugaklah mental & fizikal untuk masak. Buat lunch bento. Bahan2 prepare hari sebelum nak masak. Pagi2, terus campak2 je dalam kuali. Senang. 

~ Hasilnya: Nasik putih + sotong paprik + telur dadar.

Ermmm... nikmat! Alhamdulillah...


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::



SERONOKNYA BERONOK2

Berlibur dengan family. Tak pergi jauhlah. Kat Padang Speedy je. 

Happening jugak. Not bad... Ada yang jogging... main basketball... exercise... main roller blade... scooter... Pendek kata, macam2 ada lah! 

Nak main roller blade? Tapi, tak cukup duit nak beli sepasang? Atau pun... roller blade dah beli, tapi... eh2, terlupa bawak / tertinggal kat rumah la pulak kan... Choiii... sangat..!

Jangan bimbang, jangan khuatir. Tak payah nak meng-choiii2 kan sangatlah! Sebab ada brother buat bisnes sewa roller blade. Kadar sewa murah. Tak perlu sampai nak buat loan. Heh3... 

Bukan roller blade je tau! Scooter pun boleh sewa jugak tau! #AngkatDagudanBuatMukaBerlagak Ha3...

~ Anak sedara gigih main scooter.

~ Mak sedara gigih selfie. Ahaks...

~ #TheJelitawans Ahaks3...

~ Kak Yong & Kak Ngah steady. Rifqi sejenis yang pengtakut sikit. Main kat tepi2 je. Last2, scooter tu jadik bahan pameran atas rumput.

Lepak sampai nak dekat Maghrib. Begitu tak sedar masa cepat berlalu. Eceh..! Skema sangat ayat dia tu. Biasa dia ni..! Ha3...

Next time, ada rezeki... ada kesempatan... ada umur... kita beronok2 lagik, ek! ;)


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::



POKOK KELAPA + LAUT + OMBAK + MAKANAN

Takde plan2. Spontan. Terpikir on the spot cenggitu je (sambil petik jari). Bayangkan tau! Ha3...

Idea tercetus masa kat rumah Mother. Mother takde. Bersosial dengan geng surau beliau. Aku usulkan kat Oppa. Selepas timbang-tara, Oppa setuju. Dengan syarat, bagi dia tido dulu. 

Hokay, takpe... Ah kak memahami. Silalah tido nyenyak2 dulu, ye... sayangku... Oppa... saranghae..! ;)

Ah kak tak nak buang masa sebab masa itu emas. Giler ke apa ke... nak buang emas kan... ;P So, aku ke dapur, masak nasik, buat sambal tumis ikan bilis, goreng kacang panjang & nugget. A_bern jadik 'P.A'. Dia tolong bancuh air, bubuh siap2 dalam bekas. 

~ Gulung tikar & bubuh semua makanan + minuman dalam bakul.Sumbat dalam #CikPuteh.

Siap! Jom picnicccccc......!!! Yariibaaa2..!!! Ha3...

Destinasi: Teluk Batik... pun bollehhh... Yang penting, enjoyce..!

Tak mandi-manda. Lepak2 bawah pokok kelapa sambil tengok laut, ombak, bebudak main pasir, orang naik banana boat, tido kejap, makan, bla3... 

~ Mother nak makan, kena paksa selfie dulu. Heh3...

~ Saujana...

~ Couple paling hot! Ha3...

~ Behave sebab ada Mother mertua. Ha3...


~ Perbincangan hal rumah tangga. Ha3...

~ Result perbincangan: Hokay... rumah tangga bahagia. Alhamdulillah... Ecewah..! Ha3...

~ Restoran Dayang. Cantik restoran ni. Konsep terapung.

Tapi, tak berkesempatan nak rasa makanan dia. Sebab tak bukak lagik. Takpelah. Next time, maybe...

~ Gazebo & jambatan buluh.

Lewat petang, kami ke AEON Seri Manjung pulak. Oppa mengidam Auntie Anne's pretzel. Dapat yang coklat je... faveret Oppa. Yang cheese, faveret aku, nan hado..! Choiii..!

Lepak2 sekejap, kemudian balik.

Sehingga ketemu lagik di picnic yang akan datang... Cewah..! ;P


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::



Wednesday, October 19, 2016

KETAM BLACK PEPPER HANG PI MANA

*Slot Ketuk2 Kuali Bersama Areleez (KKBA)

Meng-ketam pulak. 'Meng-ketam' takde dalam Kamus Dewan. Vocab ciptaan ah kak je tu. Maksudnya, memasak menggunakan ketam sebagai bahan utama. Sila tak konpius. He3...

Bahan2:-

5 ekor ketam (disiang & dicuci bersih)
1 inci halia (dihiris)
1 biji bawang besar (dihiris)
5 biji bawang putih (diketuk)
2 sudu sos tiram
2 sudu besar sos cili
1 mangkuk kecil broccoli
2 biji tomato (dibelah 4)
2 tangkai cili hijau (dibelah 2)
Air masak
Serbuk lada hitam
Minyak masak
Garam

Cara2 Penyediaan:-

1. Panaskan minyak.
2. Tumis halia, bawang besar & putih hingga naik bau.
3. Masukkan broccoli & cili hijau.
4. Masukkan sos tiram & cili.
5. Masukkan ketam. Sebatikan.
6. Perasakan dengan sedikit garam & serbuk lada hitam.
7. Tuang air masak secukupnya. 
8. Masukkan tomato. Masak seketika. Angkat & hidangkan.


~ Ketam Blackpepper Hang Pi Mana. ;P Dihidangkan bersama nasik goreng kampung, sambal tumis ikan bilis & buah oren.


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::



WORDLESS WEDNESDAY #112: SPAGHETTI BANJIR

~ Spaghetti bolognese banjir. Ha3...


:: A.R.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::



Tuesday, October 18, 2016

CEPAT SIAP, CEPAT MASAK, CEPATLAH MAKAN

Shell out party untuk Kak Yong & Rifqi sempena birthday yang ke-9 (Kak Yong) & 5 (Rifqi). Ini adalah yang pertama seumpamanya. Maksudnya, memang tak pernah langsung buat homemade shell out. 

Tugas aku: Menggoogle resepi shell out. 

Banyak version. Jenuh jugak nak filter. Last2, terjebak dengan resepi Madam Nani Rostam, bonda Hanis Zalikha. Sebab nampak simple, nampak kemelayuan sikit.

Tugas aku, Oppa & Mother: Sopping seafood & bahan2 mentah lain.

Berjaya dapatkan 'hero2 utama' seperti ketam, sotong, udang, ikan & kerang. Lala nan hado..! Kita replace lah dengan kerang. Tapi, tak bubuh sekali dalam seafood untuk shell out. Takut tak ngam. Kerang tu kitorang rebus bodoh2 gitu je. Ikan tu pun bukan untuk shell out. Tapi, untuk digoreng, cicah air asam, makan dengan nasik panas2. 

Muka je pan asian... tapi, tekak Melayu jati, bebeh! Ha3... Tak boleh blah tang pan asian tu! ;P

Kerahan tenaga bermula. Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing konsep dia. Cepat siap, cepat masak, cepatlah makan. ;)

~ Hang Rebus

~ Berganding bahu dengan Hang Api

~ Masak2 dah start.

~ Masterchef terulung. Ho3...



~ Tak sabar nak ngap!

~ Bergurau dengan ketam. He3...

~ Bau dia menusuk kalbu!

~ Cheesekut by A_bern untuk dessert. Ermmm... dappp...

~ Shell out party, bebeh!
~ Kek sodap. Tak tau kat mana Kak Aneem tempah.






~ Birthday girl & boy. Kak Ngah sebagai 'pelakon tambahan'. He3...

~ Semoga jadik anak2 yang baik, soleh, solehah, berjaya di dunia & akhirat. Pendek tapi, jitu ucapan Acu. Heh3...

~ Open for photoshoot only selama 5 minit.


~ Close up


Tahniah anak2 sedara yang berjaya setting meja Jepun Nenek diorang tu. Senang nak longgokkan shell out. 

Best jugak homemade shell out cenggini. Petang ke... malam ke... boleh repeat makan sampai lebam. Tu pun kalau ada saki-baki leftover la... Ha3...


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::



Monday, October 17, 2016

SEPAKAT MEMBAWA BERKAT

Atas persetujuan bersama dengan konsep sepakat membawa berkat, aku & Oppa setuju... sebulat suara untuk dinner dengan maggi je. 

Haaa... amekaw dia punya mukadimah..! Motip nak bagitau dinner makan maggi je pun. Tapi, intro dia punya pusing... sekali dengan pakej peribahasa bagai... Heh3...

Hokaylah. Kata nak masak maggi tadi kan... Kelentang kelentung... sap2 soi... lepas Maghrib dah boleh makan. 

~ Campak je lah apa yang available dalam fridge tu. Yang logic2 je la... Yang tak logic, tak payah lorrr...

Takmo makan macam biasa. Nak feeling2 Running Man makan ramen. Bubuh dalam mangkuk besar, cedok sikit2 dalam mangkuk kecik, kemudian... slurrppp2..! Perrgghhh..! Layannn... bebeh! 

Kamsahamnida... Annyeong..! 

Eh, tetiba..! Ahaks...


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::



KONSEP & TEMA

#Throwback

Seronok raya tahun ni. Sebab semua kaum kerabat #CtRosiahandMohdAdnanClan ada. Tak tertinggal 1 pun!

Eh, bukan tiap2 tahun pun cenggitu ke, bila turn beraya kat rumah Mother?! He3...

Memang kami pilih konsep beraya secara berjemaah tu. Maksudnya, bila turn rumah Mother, family Kakak, Abang & aku akan balik ke rumah Mother. Cukup kuorum. Kalau turn balik rumah mertua, of course takde sorang pun yang balik rumah Mother.

Kami tak kejam. Tapi, ini hasil kesepakatan bersama. Mother pun prefer konsep ni. Mother kata, anak2 Mother ada 3 orang je. Campur dengan menantu, ada 6 orang. So, Mother nak bila berkumpul, semua ada. So, kalau Mother masak lauk2 keturunan + tradisi, takde la Mother sedeh2, terkenangkan yang tak dapat join sekali tu. Bila turn rumah mertua, Mother boleh adapt. Sebab lepas tu, kami WhatsApp2, pakat2 bila nak beraya rumah Mother pulak.

~ Tradisi pagi raya adalah photoshoot tahap gila2!

Buat selepas mintak2 ampon mahap. Tapi, kadang2 ada jugak terbuat sebelum mintak ampon mahap. Excited, noks..! Ha3...

~ Blurr sikit. Tapi, semua spesis... blurr... don't care!!! Kes sawan camera. Ha3...

~ Pandang ke arah camera berbeza.

Banyak nau2 camera! Maklum la... bajet retis... Ahaks3... Puiii!

~ Out of control dah nih! ;D

~ 'Indahnya sungguh di hari raya... Ewahhh..! Ramainya orang bersuka-ria... Ewahhh..!' ;P

Memula, konsep family potret keseluruhan. Lepas tu, konsep family memasing bersama Mother. Caca merba dengan konsep bersama family memasing sahaja.

~ Diintrokan oleh family Kakak.

~ Kemudian, family adinda yang paling bongsu yang paling kiut #SongJiHyo sangat..!! Caption cenggini sangat diperlukan, hokay..! Ha3...

~ Tema gangster muka terkejut kaki terlunjur2. Alaaa... kita kan #JebatMas... Ahaks...

~ Kemudian, tema Running Man. Ha3...

~ Mintak ampon 5 saat. Bodek mintak duit raya lebih adalah 30 minit. Well... ah kak materialistik, dik non..! Ha3...

~ Tema #Jebat gangster + #SongJiHyo Running Man. Matching sangat..! Awwsss..!!!

~ Gelak ke... nangis sebab duit raya habis kat isteri? Ha3...

~ Ntah! Tak tau nak buat caption apa?!

~ Rifqi jeles! Asik Acu Adik & Acu Pendi je yang photoshoot. Finally, dia enterframe. Nasib baik comel. He3...

~ #TeamControl #Larikksssss Ha3...

~ Team meriah bersama anak2. Hiks...

~ Tema baju kakak keluar tajuk. Sepatutnya brown. Tapi, beliau pakai mustard. Choiii..!

~ Nasib baik masih comel. Ok, takpe. Tak jadik 'Choiii..!' sangat. Choiii sikit je. Ha3...

~ Shawl Kak Aneem pun keluar tajuk. Sepatutnya purple. Tapi, beliau pakai turquoise. Choiii... jugaklah!

Mother mengetuai rombongan beraya ke rumah Nenek. Jalan 2 - 3 tapak dah sampai. Make up pun maintain. Itu yang penting. Ha3...

~ Sedu-sedan, syahdu, sedeh... macam2 ada..!

~ Hokay, sweet... ;)

~ Holloh3..! Touching nau2 lettew..! He3...

~ Sweet lagi...

~ Duit raya untuk Nenek daripada tycoon One XOX, super jimat! Ooppsss, tumpang iklan sat naaa... ;P

~ Gumbira

~ Nasib baik comel walaupun shawl adalah turquoise. So, tak 'Choiii...!' sangat jugak. Choiii... sikit2 jugak. He3...

~ Andakanda bonding. Eceh!

~ Andakanda bonding lagi. Eceh lagi!

~ Cucunda menantu bersama Nenda.

~ Banyak take ni! Jenuh Wawa susun ayat. Dari karangan pendek terus jadik karangan panjang berjela siap gelak2 tapi keluar air mata sikit. Ha3...

~ Hamboih, loving nau2..!

~ Hokay, karangan dah setel. Ha3...


~ Ntah?! Kejadian apa ntah time ni?! Tak ingat.

~ Cucunda menantu bersama Nenda lagi.


~ Andakanda bonding lagi2. Eceh lagi2!

Kemudian, konsep outdoor photoshoot. Laman Mother jadik tempat kejadian. ;P

~ Tema skema + gila2 nampak anak bulan. Ha3...

~ Tema #WatLekWatPeace + janggut raya. Ha3...

~ Tema anak bulan dah nampak + aku tak paham kenapa nak buat muka takut tu?! Ha3...




~ Tema meriahnya raya bersama anak2.

~ Tema colour mustard... don't care..!

~ Tema gedik2 raya..!

~ Tema tatasusila di kampung halaman.

~ Tema S.Y.M.P.

~ Tema kau hado..?!

~ Tema check it out + chill2.

~ Tema ke laut dalam. Ha3...

~ Tema adik-beradik berpisah tiada... #Chiaaa3


~ Tema suami dia brown, isteri dia mustard.

~ Tema adik-beradik air dicincang takkan putus, yang penting bil air jangan tak bayar. Ha3...

~ Tema selipar & wedges kuning.




~ Tema sorang2lah kau!

~ Tema ibu & anak.

~ Tema ko jangan over daripada aku + aku ok jerrr...

~ Tema adik ipar garang!

~ Tema #KangGary & #SongJiHyo. #Chiaaa3... Ahaks...

~ Tema buah hati pengarang jantung.

~ Tema apa2 je lah.

~ Tema melayan kerenah suami & isteri.

~ Gambar sesat. Malas nak drag bawak ke atas. Takpe, selingan...

~ Tema adik ipar yang handsome tapi, kakak ipar yang jeles! Ha3... #Larikksssss

~ Tema tazkirah raya, sidang Jumaat yang berbahagia sekalian...

~ Tema acah2 shuffle.

~ Tema #SongJiHyo beraya. Ahaks...

~ Tema sekejap insap sekejap ting tong!

~ Gambar sesat malas nak drag + selingan lagik...

Habis dah. Fuh, jenuh pikirkan tema! ;P

Konsep seterusnya adalah konsep beraya sambil berphotoshoot di rumah orang. Semoga orang2 yang terpilih merasa sangat2 bertuah dengan kunjungan kami. Sila jangan muak. Ha3...

Rumah pertama: Rumah BFF Mother, Cik Siah.

~ Oppa enterframe dengan jayanya..! Bagus!



Rumah Ke-2: Rumah mertuaku...

~ Datin2 & anakanda2 datin setelah kekenyangan.

~ #TheBesan

Rumah Ke-3: Rumah Acik Timah, 1 of geng surau Mother

Takde gambar. Memasing kekenyangan. Nak snap gambar dah malas. Terima kasih Acik Timah untuk mee kari anda.

Rumah Ke-4: Rumah Wak MOCCIS

Walaupun takde gambar tapi, perut sangat gumbira sebab dapat makan nasik lauk ikan goreng, ikan masin goreng, kobis tumis cili padi & sambal belacan kaw2 meletop! Thorrbahekkk..! 

Memang tiap2 tahun aim lauk2 ni je kat rumah Wak MOCCIS. Sodap baq hang!

Rumah Ke-4: TESCO Kampar

Eh, ni bukan rumah! Tapi, hypermarket. Takde tujuan pun. Saje suka2 bawak Mother. 

~ Terserempak dengan Akhil Hayy.

Waheeda dah 'lepas' masuk dalam TESCO dulu. Dengan anak2 tiri dia kot... Aku syak, diorang memang plan untuk masuk secara berasingan. Maybe sebab tak nak terganggu privacy. Ye la... kalau masuk sekali, kompom2 la ada yang kenal & perasankan Akhil Hayy walaupun Waheeda berniqab.

Rumah Ke-5: Rumah Acik Faizah, 1 of geng surau Mother

~ Ada gambar Nania je. Yang lain, sibuk menternak lemak. ;P

5 buah rumah & destinasi untuk 1 Syawal. Cukuplah tu. 

Belah malam tak ke mana2. Lepak rumah Mother, sambung makan2, lepak2, borak2, layan tv sampai tido.


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::