Sunday, July 31, 2016

#SYUKURSELALU

Profesion aku biasa2 je...

Ramai lagik yang kerjayanya gah & hebat2 kat luar sana. Gaji tinggi! Ribu2... puluhan ribu... mahupun ratusan ribu. Takpe... itu rezeki dia. Bersyukurlah.

Aku pilih untuk jadik aku. Cara aku, keputusan aku, jalan hidup aku. Dengan gaji sederhana, aku jugak masih mampu ukir senyuman paling sweet... yang paling #SongJiHyo... eceh... ha3... sama macam mereka. Takpe... ini rezeki aku. #SyukurSelalu

Opis aku pun biasa2 je...

Banyak lagik yang opisnya yang tinggi melangit & seluas alam kekdahnya... Syarikat besar mahupun gergasi! Takpe... itu rezeki dia. Bersyukurlah.

Aku pilih untuk jadik penjawat awam. Masih mampu senyum, masih mampu survive. Hidup sebumbung dengan Oppa, dekat dengan Mother & parents in law... nikmat Allah yang mana lagik nak aku dustakan?Alhamdulillah... ini rezeki aku. #SyukurSelalu

Ada jugak seketol 2 yang mempertikaikan.

"Kau lahir di Teluk Intan. Kau membesar di Teluk Intan. Kau belajar jauh2 sampai ke KL & Perlis tapi, finally kerja kat Teluk Intan. Kahwin dengan jejaka terhebat Teluk Intan. #Chiaaa3 Apa kau nak end up pun kat Teluk Intan ke?"

Sejenis pertikaian + andaian + perspektif yang mungkin nampak chill tapi, sebenarnya tertebak jugak hati & perasaan ni. Bukanlah maksudnya malu / menyesal. Tapi, seolah2 macam bersalah sangat / jadik 1 jenayah pulak membina hidup di Teluk Intan. Hmmm... choiii..!!!

Cepat2 aku brainwash diri sendirik. Apalah sangat pertikaian 'si seketol 2' kalau nak dibandingkan dengan kebahagiaan yang aku dapat. Alhamdulillah sekali lagik... Ini rezeki aku. #SyukurSelalu Chill... ;)

~ Tempat carik rezeki. Annyeong..! ;)

Moral of the story: Aku sejenis seorang yang biasa2 je... Asal bahagia. #SyukurSelalu ;)


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::



No comments:

Post a Comment

KAMSAHAMNIDA...