Thursday, May 5, 2016

2 VENUES

Encik Amir bersara. Kak Ja pulak transfer ke KL. Kami pakat2 buat majlis farewell untuk diorang. Sebagai tanda perhargaan & persahabatan.

Venue ada 2. Memula kat opis untuk acara ucapan & bagi cenderahati. Props paling wajib ada adalah sekotak tisu. Khas untuk Kak Ja. Untuk lap ayaq mata & 'ayaq hidung'. Ha3...

~ Opening speech daripada Encik Boss.

~ Speech daripada otai ekonomi koperasi yang nak bersara. Happy betul, Encik Amir! Dah boleh relax2 kat rumah, chill2 dengan family. Kepala dah tak semak dengan urusan kerja.

~ Turn Kak Ja. Cer Waze kotak tisu. Cer Waze... Ha3...

~ Cenderahati daripada sekalian staff.


~ Say, 'Cheeseeeeeee...........' He3...

Kemudian, ke Restoran Sutera Bayu untuk acara yang amat dinanti2kan... acara makan2 menternak lemak. Wee hooo..! ;D

Aku & Hazrie buat reservation sehari sebelum majlis. Siap sekali dengan pakej menu. Senang cenggitu. Tak kelam-kabut, tak payah nak tunggu lama2, kang tak pasal2 meroyan kalau makanan lambat sampai. Lagik parah, kalau ada yang berubah jadik 'Hulk'. Fuh, neves!

~ Ni makan diaaa......!!! Boleh sangat kalau nak melompat bintang. Ha3...

~ Sementara menunggu yang lain2 sampai...

~ Kami reserve port makan tingkat atas restoran. Nak privacy sikit.

~ Tak boleh makan lagik sebab yang diraikan belum kunjung tiba.

~ Selepas kenyang...


~ 'Inilah... barisan kita... Yang ikhlas... berjuang... Jeng3...' Eh2, salah lagu! Ha3...

~ Semuanya sedang 'melenggang perut'. Kasik lemak2 turun sebab kekenyangan. ;D






~ Hai, Oppa..! ;)

~ Cobaan merebut lauk. He3...


~ #SongJiHyo ada di mana2... Ahaks...

Majlis farewell berjalan lancar. Alhamdulillah...

Selamat bersara untuk Encik Amir...
Selamat berkhidmat di opis baru untuk Kak Ja...

Jaga diri, hiasi peribadi... Ecewah! ;P


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::



No comments:

Post a Comment

KAMSAHAMNIDA...