Birthday Nenek bulan Disember. Tahun lepas, kami celebrate kat Kajang, rumah Kakak. Andak yang plan... Aku jadik assistant je...
Alkessahnya cenggini... Andak roger2, ajak pergi vacay. Andak suruh aku survey2 tempat yang best untuk bawak family. Ada 5 tempat yang aku shortlistedkan:-
1. Cameron Highlands
2. Melaka
3. Pulau Pangkor
4. Refarm, Kampar
5. Gold Coast Morib
Proses timbang-tara pun dilaksanakan...
Cameron Highlands & Melaka, awal2 dah out sebab Oppa tak sanggup redah jem tatkala cuti sekolah a.k.a peak season. Ok, paham...
Pulau Pangkor pun out sebab faktor cuaca. Mak seriau nak naik feri. Hu3...
Refarm, Kampar dah hampir2 nak terpilih. Tapi, ada bantahan di saat akhir. Kita nak check-in. Kampar dengan Teluk Intan taklah jauh nau. Lapanploh kali pejam-celik dah sampai. Heh3... Plus, tak banyak aktiviti sampingan yang boleh dibuat kat sana. So, out jugaklah.
Finally, Gold Coast Morib yang terpilih. Masa tu lah timbul idea Andak nak celebrate birthday Nenek kat Morib. Ok, tadi memula kata kat Kajang, rumah Kakak kan... Tetibe Morib pulak. Jap2... Check it out sampai habis, ok?! ;P
~ Kak Yong, Kak Ngah & Rania dah terlajakkkkkk...... excited..! ;D |
~ Rifqi pun sama... Eh, kiut pulak Mak wefie cenggitu! Hiks... |
Andak + family dari Segambut. Kami pulak dari Teluk Intan. Meeting point kat rumah Kakak sebab nak amik A_bern. Kakak tak dapat join, Abang Mie kerja. Hu3...
~ Tak jemu2 diorang ni berwefie. Isk3... |
~ Kakak dah siap masak. Ditambah dengan juadah yang Andak masak & bawak. Terus jadik best! |
Andak decide untuk celebrate birthday Nenek kat rumah Kakak je. Nak tunggu sampai ke Morib... check-in bagai... kompom semua ahli rombongan dah lemau, termasuklah yang diraikan. Hu3...
~ Cubaan mintak Nenek berucap. He3... |
~ Gembira... |
~ Selamat hari lahir, Nenek yang ke-75... |
~ Semoga Allah murahkan rezeki & berikan kesihatan yang baik kepada Nenek. Aminnn... |
~ Nenek sporting bila diajak berposing. Nenek jugak kuat melatah. Lawak je... He3... |
Selesai dah 1 agenda. Next..! ;P
:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::
No comments:
Post a Comment
KAMSAHAMNIDA...