Wednesday, January 27, 2016

'DOKTOR KAKAK'

#Throwback

Suatu hari... aku yang sedang2 elok gigih bekerja di opis, demi mencarik rezeki yang halal disuspenkan dengan gambar kakak yang Abang Mie send via WhatsApp. Kakak yang berwajah muram macam orang demam, duduk atas wheel chair. Terkejut & terkesima aku sekejap!

"Dah kenapa dengan Kakak aku ni?!"
"Admit ke?! Kat mana?!"
"Sakit apakah?!"

Antara soklan refleks yang aku pikirkan... Laju2 pulak aku tanya A_bern yang masa tu ada kat kampung sempena semester break. Walaupun A_bern kat kampung tapi, ibu dia kat Kajang, aku syak dia pasti lebih tau pasal keadaan kesihatan ibu dia.

A_bern kata, ibu dia demam. Sampai tahap sakit2 badan, dah berhari2, sampai tak larat nak jalan kaki. Sebab tu kena pakai wheel chair. 

Katanya demam biasa. Bukan denggi / kepialu / demam yang pelik2 tu. Tapi, hati aku tak sedap. Beliau sorang je biological Kakak yang aku ada kot..! So, aku 'adjust' Oppa, ajak ziarah Kakak. Oppa on! Hokay, terima kasih...

~ Bawak Mak & 3 orang anak saudara tersayang termasuk A_bern lah. 

Rifqi nak ikut. Tapi, dia spesis nak tido malam carik mama dia. Kami bermalam di Kajang. Abang pulak tak dapat join. Memang tak lah... aku nak bawak Rifqi! 'Drama' la jugak... Sekejap je. Lepas tu, ok kot...

~ Supper kat R N R Ulu Bernam.

~ 'Kembang setaman...' Hu3...

~ Latest trend pemakaian tudung A_bern: Konsep serlahkan keluasan dahi. Aku pertikaikan! Tapi, A_bern kata, lagik terserlah dahi tu, lagi cantik. Tengah in. Hmmm... ok, paham... Walaupun konpius di kemudian hari. Ha3...

Badan Kakak panas lagik walaupun dah telan ubat. Mak tak puas hati. Mak check seantero badan Kakak. Finally, memang tak syak lagi... instinct seorang ibu itu susah nak salah. Kakak bukan demam biasa. Tapi, sekali pakej dengan ruam2 naik merah2 seperti cacar. 

Abaikanlah sekejap doktor spital yang ntah check betul2 ntahkan tidak ruam2 yang naik kat badan Kakak aku tu. Tak kose nak pikirkan! Hmmm...

Mak pulak take over. Jadik 'doktor terhebat'! He3...

Mak arahkan Abang Mie ditemani oleh Oppa, pergi carik pucuk daun munge raya. Dan2 tu jugak Mak suruh carik. Mintaklah kat jiran2 ke... apa ke kan... Yang penting, Mak nak pucuk daun munge raya. Read my lips: PUCUK DAUN MUNGE RAYA! Kalau tunggu esok, Mak kata panas badan Kakak takkan susut. Sementara tu, Mak urut Kakak from head to toe.

Alhamdulillah... diorang dapat pucuk daun munge raya. Mak cuci bersih, bubuh dalam mangkuk berisi air, ramas2 sampai keluar lendir, kemudian lumur kat kepala & badan Kakak. 

Esoknya, Kakak boleh bangun walaupun still lemah, siap tolong prepare breakfast. Panas pun dah jauh kurang. Mak suruh continue makan ubat spital & minum air masak banyak2. Lunch tengahari tu, Mak masakkan asam pedas ikan termenung. Kakak berselera sikit nak makan. Air tangan Mak gitu..! Alhamdulillah...

~ Kami pun pulang... Bersimpang-siur Kak Yong & Kak Ngah baring. A_bern amik row belakang sekali. Hanyut dah. Hujan kata ko! Sejuk2 + air cond = zzzzzz......

Seorang ibu takkan pernah dengan sengaja biarkan anak2 yang sakit terus2-an jadik sakit. Seboleh mungkin, sehabis daya si ibu akan carik penawarnya. Doa tak pernah putus, nak anak tu kembali sihat macam biasa. 

Sebagai anak, bersyukurlah dengan kurniaan ibu sebegini. Hargai setiap titis pengorbanan & jerih-perih ibu. Reminder untuk aku jugak nih. In shaa Allah...

Tahniah, Mak..! Sebab berjaya jadik 'doktor Kakak' & ibu terbaik untuk kami. We love you, Mak! Saranghaeyo... ;)


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::



No comments:

Post a Comment

KAMSAHAMNIDA...