Saturday, January 30, 2016

SENGKUANG CALIT

Mencarik2 juadah minum petang kat Taman Ros. Tak tau nak makan apa. Oppa macam biasalah... pisang goreng jadik pilihan hati. Senang betul tekak dia. Tak remeh macam tekak aku. Hu3...

Nasib baiklah kat sebelah stall jual pisang goreng tu ada stall sengkuang calit. Macam best je kan... Plus, dah lama kot... tak pekena sengkuang calit. Lama sangat! Sampai tak ingat bilakah kali terakhir makan sengkuang calit?!

~ Rupa paras dia. Menggiurkan tak? He3...

1st bite, rasa ok. 2nd bite, pun macam ok. Masuk yang ke-3, terus rasa nak bersin. Tapi, gigih jugak makan sampai habis. Last2, tekak rasa perit. Adeh3...

Maybe sos dia tu ter-overdose 'something' kot... Tapi, aku tak sure pulak apakah 'something' tu. Oppa kata, ter-overdose belacan. Errr... sos sengkuang calit pakai belacan, ek? Mahaplah sebab bertanya. Ah kak tak arif bab nih. 


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::



#CIKPUTEH 'INJURED'

Antara kenangan pahit tahun 2015...

Masa tu weekend. Aku bersiap & Oppa pun bersiap2. Berebut cermin... nak tengok siapa lagik jelita / kacak / bergaya. Berebut sikat... style nya haruslah K-Pop. Kau ada..??! Ha3...

Hokay, fine! Tang berebut2 tu sweet. Belum 'pahit' lagik. Tungguuuuuu.......

Oppa keluar bekerja, mencarik nafaqoh. Bawak WirAsLeez. Aku nak amik Mak, bawak ke pasar. Bawak #CikPuteh. Kami 'drift' membawak ke Kampung Bahagia. Lepas tu, separate. Jalan jemm! Sebab ada kerja-kerja maintainance jambatan. Bosan! So, aku karoks dalam kereta, menyumbangkan suara yang dah sedia maklum sumbang mambang. Ha3...

Macam2 lagu yang aku karoks kan. Dari dangdut membawak ke rock... membawak ke balada... membawak pulak ke bla3... Semua pun... layannnnnn......

Hamboih..! Ceria nau2 nampak gayanya tu kan... Takpe2. Sweet lagik ni. Pahit tak sampai jugak lagik. Tungguuuuuu......... 

Aku masuk laman rumah Mak, aku u-turn dengan konpiden yakinnya. Tanpa rasa was2 kata ko! Tup2... skirting depan, belah kanan dah 'cium' batang pokok nangka yang dah di chain saw! Sumpah, neves! 

~ Ini memang betul2 pahit!!! Robek hatiku... Tsk3...

Call Oppa, buat aduan sambil nangis2. Mintak simpati. Oppa pun datang meninjau keadaan. Oppa kata, nanti dia try setelkan. Don't worry, katanya... Lepas tu, ada la... kena tarbiah manja2 sikit. Ah kak redha mendengarnya sebab ah kak tau ah kak bersalah dalam konteks ini. Sob3...

Esok harinya, aku ke Konvensyen Kumpulan Inovatif & Kreatif (KIK) kat HQ (KL). Hilang 1/2 semangat. Sampai dalam perjalanan tu pun Oppa call, kata don't worry... toksah pikir pasal #CikPuteh sebab dia akan setelkan sebaik mungkin. Oppa janji, once dah setel, Oppa akan update kat aku.

Jiwa kacau, noks..! Hu3...

~ Tengah lepak2 kat bilik hotel, Oppa send gambar ni. Tanjat gigirl..! He3...

#CikPuteh in progress lah! Yahooo......!!!

~ Finally... alhamdulillah...

Rasa nak melompat2 di atas katil hotel kekdahnya..! Oppa... daebak! Kamsahamnida, Oppa... He3...


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::



Wednesday, January 27, 2016

'DOKTOR KAKAK'

#Throwback

Suatu hari... aku yang sedang2 elok gigih bekerja di opis, demi mencarik rezeki yang halal disuspenkan dengan gambar kakak yang Abang Mie send via WhatsApp. Kakak yang berwajah muram macam orang demam, duduk atas wheel chair. Terkejut & terkesima aku sekejap!

"Dah kenapa dengan Kakak aku ni?!"
"Admit ke?! Kat mana?!"
"Sakit apakah?!"

Antara soklan refleks yang aku pikirkan... Laju2 pulak aku tanya A_bern yang masa tu ada kat kampung sempena semester break. Walaupun A_bern kat kampung tapi, ibu dia kat Kajang, aku syak dia pasti lebih tau pasal keadaan kesihatan ibu dia.

A_bern kata, ibu dia demam. Sampai tahap sakit2 badan, dah berhari2, sampai tak larat nak jalan kaki. Sebab tu kena pakai wheel chair. 

Katanya demam biasa. Bukan denggi / kepialu / demam yang pelik2 tu. Tapi, hati aku tak sedap. Beliau sorang je biological Kakak yang aku ada kot..! So, aku 'adjust' Oppa, ajak ziarah Kakak. Oppa on! Hokay, terima kasih...

~ Bawak Mak & 3 orang anak saudara tersayang termasuk A_bern lah. 

Rifqi nak ikut. Tapi, dia spesis nak tido malam carik mama dia. Kami bermalam di Kajang. Abang pulak tak dapat join. Memang tak lah... aku nak bawak Rifqi! 'Drama' la jugak... Sekejap je. Lepas tu, ok kot...

~ Supper kat R N R Ulu Bernam.

~ 'Kembang setaman...' Hu3...

~ Latest trend pemakaian tudung A_bern: Konsep serlahkan keluasan dahi. Aku pertikaikan! Tapi, A_bern kata, lagik terserlah dahi tu, lagi cantik. Tengah in. Hmmm... ok, paham... Walaupun konpius di kemudian hari. Ha3...

Badan Kakak panas lagik walaupun dah telan ubat. Mak tak puas hati. Mak check seantero badan Kakak. Finally, memang tak syak lagi... instinct seorang ibu itu susah nak salah. Kakak bukan demam biasa. Tapi, sekali pakej dengan ruam2 naik merah2 seperti cacar. 

Abaikanlah sekejap doktor spital yang ntah check betul2 ntahkan tidak ruam2 yang naik kat badan Kakak aku tu. Tak kose nak pikirkan! Hmmm...

Mak pulak take over. Jadik 'doktor terhebat'! He3...

Mak arahkan Abang Mie ditemani oleh Oppa, pergi carik pucuk daun munge raya. Dan2 tu jugak Mak suruh carik. Mintaklah kat jiran2 ke... apa ke kan... Yang penting, Mak nak pucuk daun munge raya. Read my lips: PUCUK DAUN MUNGE RAYA! Kalau tunggu esok, Mak kata panas badan Kakak takkan susut. Sementara tu, Mak urut Kakak from head to toe.

Alhamdulillah... diorang dapat pucuk daun munge raya. Mak cuci bersih, bubuh dalam mangkuk berisi air, ramas2 sampai keluar lendir, kemudian lumur kat kepala & badan Kakak. 

Esoknya, Kakak boleh bangun walaupun still lemah, siap tolong prepare breakfast. Panas pun dah jauh kurang. Mak suruh continue makan ubat spital & minum air masak banyak2. Lunch tengahari tu, Mak masakkan asam pedas ikan termenung. Kakak berselera sikit nak makan. Air tangan Mak gitu..! Alhamdulillah...

~ Kami pun pulang... Bersimpang-siur Kak Yong & Kak Ngah baring. A_bern amik row belakang sekali. Hanyut dah. Hujan kata ko! Sejuk2 + air cond = zzzzzz......

Seorang ibu takkan pernah dengan sengaja biarkan anak2 yang sakit terus2-an jadik sakit. Seboleh mungkin, sehabis daya si ibu akan carik penawarnya. Doa tak pernah putus, nak anak tu kembali sihat macam biasa. 

Sebagai anak, bersyukurlah dengan kurniaan ibu sebegini. Hargai setiap titis pengorbanan & jerih-perih ibu. Reminder untuk aku jugak nih. In shaa Allah...

Tahniah, Mak..! Sebab berjaya jadik 'doktor Kakak' & ibu terbaik untuk kami. We love you, Mak! Saranghaeyo... ;)


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::



Sunday, January 24, 2016

'INTAN CAHAYA TAMAN SYURGA'

#Throwback

Kisah convo Kak Ngah (6 tahun)...

Dari PERMATA (3 - 4 tahun) ke Taski ABIM (5 - 6 tahun). Tahniah... sebab Kak Ngah tak culture shock. Masa umur 5 tahun, Kak Ngah grab tempat ke-4. Takpelah... Jangan give up! 

Kak Ngah usaha untuk ikut jejak langkah Kak Yong. 

"Acu, ini apa?" Sambil tunjuk gambar dalam buku.

"Acu, betul tak Kak Ngah eja?" Buat muka konpius untuk ejaan perkataan yang pelik sikit.

Itulah antara soklan2 cepu emas Kak Ngah. Rajin bertanya & agak berseni jugak. Sebab dia suka melukis. Maybe ikut darah belah Kak Aneem kot... Pak Long (abang Kak Aneem) Kak Ngah kartunis, Boy PJ. 

Berkat usaha Kak Ngah & moral support + doa daripada family, Kak Ngah dapat grab 1st place & jadik best student untuk 6 tahun. Final year la kiranya tu kan... sebelum ke alam sekolah rendah.

~ Alhamdulillah... Tahniah, 'Intan Cahaya Taman Syurga' a.k.a Intan Nur Raudhah. ;)

~ Tumpang menyelit. He3...

~ Samadengan je nih... menyelit! ;P

Sekarang, Kak Ngah dah darjah 1. Acu doakan semoga Kak Ngah terus sukses & jadik anak yang solehah. In shaa Allah... aminnn...


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::



Tuesday, January 19, 2016

CERITA PENDEK

Kerja...

Tak pernah habis. Hari ni buat bersungguh, penuh khusyuk & tawaddhuk macam kengkonon esok tak payah dah buat apa2... datang opis boleh goyang2 kaki sambil tengok filem Dilwale. Eh! Ha3...

Ok... itu mukadimah. Cerita sebenar dia adalah... aku ke Ipoh lagik. Urusan kerja.

Ding dong... Ding dong... makanya, urusan kerja pun habis... 

Nampak sangat nak memendekkan cerita kan... He3...

~ Check-in kat DWJ Hotel lagik...

Hokaylah. Sekian, cerita pendek untuk kali ini... Motip..?!! ;P


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::



Monday, January 18, 2016

KENYATAAN IKHLAS

Aku dapat hadiah berharga. Kecik, comel... tapi, tinggi nilainya. Blogger yang kasik.

Suspen jugak bila blogger tersebut mention kat comment box yang beliau nak kasik hadiah. Rasa macam dihargai sangat. Terus dan2 tu jugak rasa fofular bajet retis. Ha3... #OverBahKalauKau 

Bagi aku, blog beliau sangat ilmiah & puitis jugak. Banyak reminder yang buat kita muhasabah diri secara automatik & santai. Deep tapi, tak terbeban. Banyak aura positif. Memang elok sangat kalau aku baca sebab aku ni kategori yang kadang2 'cas negatifnya' bertebaran jugak. Hu3...

Bukan membodek. Tapi, kenyataan ikhlas. ;)

~ Hadiah yang penuh makna... penuh nilai. Alhamdulillah...

Terima kasih, saudari iryantyahamad... Semoga blog you semakin meriah dengan followers & supporters. Teruskan blogging... ;)


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::



AGENDA FAVERET

Kakak & family balik kampung. Abang & family pun nak melepak kat rumah Mak. So, aku rasa, kalau buat bbq, pasti best tu kan?! Afdal! He3...

WhatsApp2 dalam group 'Anak Menantu Mak CT' yang vogue da vass tu... setelah diperkenankan, aku & Oppa terus shopping bahan2 mentah. Siang & marinate siap2. Lepas tu, service bertukar tangan. Geng boboy tukang bakar. Gigirls relax... sambil minum air sirap limau ais yang Kak Aneem ke... Kakak ke... yang bancuh, ntah?! Lupa...

~ Usaha tangga kejayaan..! K-monnn, Abang Mie..! He3...
 
~ Bergurau pulak diorang ni kan... Isk3...

~ Makan aiskrim Malaysia sambil mengbbq.

~ 'Mangsa keadaan...' Hiks...

~ Tukang tengok sambil makan sumi.

~ Samadengan je ni... Rantai mutiara tu... hamboih... tak hagak2..! Ha3...

Seperti biasa, MAKAN adalah agenda faveret family aku. Makan berulang2 pun, apa ada hal?! Especially Oppa tu... asik muka beliau je yang aku nampak kat meja makan. Jenuh tenyeh2 bijik mata, kot2 la mimpi ke kan... Tapi, sumpah betul! Realiti! Memang laki den. Ha3...


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::



Wednesday, January 13, 2016

WORDLESS WEDNESDAY #96: DENGAN SENANG HATI...

~ CEO baru... Datuk Lamien bin Sawiyo.

~ Kami alu2kan kedatangan beliau dengan senang hati... ;)


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::



Saturday, January 9, 2016

GOOD NEWS DARI 'URUSAN PENTING'

#Throwback

Penghujung tahun 2015, ada Karnival Sukan SKM. 3 hari kot... kat UiTM Seri Iskandar, Perak. Macam2 pengisian ada. Sukan, of course... kursus & bla3...

Tapi, aku tak terlibat secara langsung. Terlibat sipi2 je. Ha3... Boleh cenggitu kan... 

Nak dijadikkan cerita, Kak Ja mintak temankan jugak ke UiTM Seri Iskandar. Ada 'urusan penting'. Hati 50-50. Tapi, sebab kerja pun dah siap, Encik Boss pun terlibat dengan Karnival Sukan SKM, takde kat opis, so... oklah. 

~ Masa ni, urusan penting Kak Ja dah setel. Semoga dipermudahkan... Aminnn...

~ Launching. Gambar taken by Encik Fadzil merangkap Tuan Driver kami untuk hari tu.

~ Macam dah over pulak yang '50-50' tadi tu kan... He3...

Di saat entry ni dipublish, Kak Ja dah pun dapat good news dari 'urusan penting' dia tu. Congrats! Alhamdulillah... rezeki Kak Ja untuk tahun 2016...


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::



Friday, January 8, 2016

SIGNATURE DISH

Urusan kerja. Kat Ipoh.

Oppa hantar. Lepas tu, Oppa setelkan urusan beliau. Pukul 1 petang, Oppa amik & kami check-in kat Chariton Hotel, formerly known as Ecotel. 

Hotel bajet je, you ols... Tapi, berbaloi dengan Ringgit Malaysia yang dikeluarkan. Selesa, bersih, pendek kata... ok lah! Sesuai untuk check-in sekejap2 cenggini.

~ Takde almari solek yang grand2. Tapi, cukuplah dengan mirror2 on the wall yang panjang ni. Boleh sangat kalau nak #OOTD. He3...
~ Tingkap merangkap balkoni. Hmmm... tak sempat pun nak chill2 kat sini, dah check-out. Hu3...

~ Basic amenities. Ada Astro. ;P

~ Standard King Room, RM 98/nett.

'Terserempak' dengan Chariton Hotel kat Trivago. Tapi, kami walk-in. Tak book through Trivago. Tak koselah! Bukan peak season pun. Walk-in lebih praktikal.

Reservation staff sangat friendly, tak kekwat which is sangat2 bagus. Bilik yang worth it. Boleh tahan luas untuk kategori bajet. Bilik air pun ok. Bersih. Basic amenities yang disediakan pun dalam keadaan memuaskan. Parking luas & free. Teratur je...

So, #SongJiHyo kasik... 4.5/5 mintang. ;D

Chariton Hotel,
Blok B-G-28, Jalan Dr. Nazrin Shah 1,
Casuarina Corporate Park,
30250 Ipoh, Perak.

No. Telefon: 05-2497777

Pukul 2.30 petang, aku back to work. Sampailah pukul 5 petang... barulah habis koje. Hu3...

Rehat sekejap kat bilik. Badan rasa lemau. Tido je lah ubatnya.

Lepas tu, Oppa ajak dinner. Tido kemudian makan. Ok, paham... Thorrbahekkk..., noks..! He3...

~ Appetizer kami... Cheezy Wedges. Lemak2 masam. Sebab ada lemaon sauce. Suit sangat! Boleh 'potong' rasa lemak2 tu. So, tak muak. Ermmm... dappp...

~ Nasik Goreng Udang Banjir untuk Oppa. Signature dish. Selak2 udang, baru jumpa nasik. 

~ Chicken Chop untuk #SongJiHyo.

Semuanya ho liao!

Gerai Nasi Goreng Udang,
Ipoh Town 24, Medan Selera SST Corner,
Jalan Panglima Bukit Gantang,
Pusat Bandaraya, 
Ipoh, Perak.

~ & esoknya, kami pun check-out...

Senang sangat buat closing dia kan... Ha3...


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::



Wednesday, January 6, 2016

Tuesday, January 5, 2016

HALALAN THOYYIBA

#Throwback

Jadik urusetia & bertugas di booth lagik...

Program 3 hari. Hari pertama, belah pagi membawak ke tengah hari ada Seminar Halatuju & Matlamat Sektor Koperasi. Ah kak biasalah... urusetia tang pendaftaran, mintak sainnnnnn...... ;P

~ Registration port.

~ Pendaftaran dah selesai. So, kita beronok2 lah! He3...

Lepas seminar, ada booth visit by Dato' Mohd Azhar bin Jamaluddin, ADUN, Kawasan Changkat Jong. 

~ Kak Ja entertain. Good job, bebeh! Hiks...

~ Booth SKM.

Jaga booth dari pukul 10 pagi sampai 10 malam. Sebab ada Mini Karnival Jualan Produk Koperasi - Halalan Thoyyiba 2015. Bertugas ikut shift. 

~ Anti-social! ;P

~ Last2, ajak wefie. Kan berfaedah..! Hiks...

~ #SongJiHyo muslimah. Ahaks...

~ 'Abang & kakak kawasan.' Ha3...

~ Tak jemu2.

~ Kak Ja nak pose sorang2. Tapi, ada pulak yang gigih enterframe. Ha3... Syabas, Cik Nad!



~ Bergurau-senda mengindahkan kehidupan. Eceh!

Dalam manis2, ada jugak kelatnya. Adalah... beberapa insiden. Tapi, takpelah. Kita simpan jadikkan pengalaman & iktibar. Peace, yo!

Walaupun ada jugak yang termengelat termasuklah aku tapi, alah bisa tegal biasa. Ecewah! Berperibahasa pulak dia kan... Nak cover lettew..! Ha3... 

Alhamdulillah... selesai... 


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::



Friday, January 1, 2016

#SONGJIHYO KENYANG

Pada suatu hari yang indah, bahagia, aman damai, nyamannn...

~ Kiri: Ehem2! Paham2lah kek untuk siapa tu kan... Ahaks... Kanan: Untuk opismate makan2 kat opis.
Ada open table kat opis. Potluck. Tak nak susah2, takmo pikir panjang2 berjela... maka aku pon mengpotluckkan snow cheese cake sebijik. Yang #K-MONN... tu, haaa..! Yang #OPPA-JIHYO tu buat makan2 sendirik kat rumah.

Bake sendirik..??! Hmmm... memang tak la..! Belum sampai seru lagik aku nak buat mende baking2 nih. Order online jerrr... Kak Aneem yang suggest sebab dia pernah order & tapau ke rumah Mak. Sodap! Tak manis sangat. Aku tak boleh blah kalau kek yang over manis. Muak. Tapi, yang ni, sesedap rasa je. Tak kedekut cheese jugak. 

Nama kakak yang buat kek ni adalah Kak Eda Fazeda. Bukan setakat snow cheese cake je dia buat tapi, macam2 kek, dowh..! Kalau berminat, boleh check it out Facebook Kak Eda Fazeda. Don't worry sebab harga dia memang mampu milik.

Masa nak amik kek baru la tau yang sebenarnya rumah Kak Eda Fazeda tu adalah 1 taman dengan rumah aku. Tak jauh pulak tuh! Berjiran... Heh3...

~ Acara menggedik2 dengan kek #K-MONN...

Kenapa '#K-MONN...'..??! Hmmm... hanya Geng K-Monn je tau apa yang tersurat & tersirat. He3...

Macam2 makanan ada. Kenyang #SongJiHyo hari tu tau. Alhamdulillah...


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::