Wednesday, September 30, 2015

THE TRANSPORTER REFUELED

Pertama kali buat Girls Movie Day Out dengan opismate gigirl. Perancangan dari tahun lepas kot..! Nak picnic kat Teluk Batik la... lepak kat Bukit Larut la... nak keluar makan2... bla3... Macam2! Gigirl kan memang nombor 1 kalau bab2 planning2 ni. Jadik ke... tak jadik ke... belakang kira. Yang penting, gebangnya biar berdentam-dentum, non-stop. He3...

Memasing ada tugas khas. Kak Ja handle transport. Cik Nad handle ticket wayang. Aku handle F&B. Team work itu penting. Ecewah..!

Kak Ja kata pukul 9.30 pagi dia bakal terpacak kat depan rumah aku. Tapi, Kak Ja propa je tu... Pukul 10.30 pagi baru nampak batang hidung. Bantai tido lettew..! 

Amik aku, amik Cik Nad... kemudian terus breakfast. Eh, tak... bukan breakfast tapi, minum pagi. Chapati untuk aku, roti canai untuk Kak Ja & nasik lemak untuk Cik Nad. Venue: Reena's Kitchen, Padang Speedy.

Pukul 12.00 tengah hari, tengok wayang. 

~ Wefie, 'bukti kejadian'. Heh3...

~ The Transporter Refueled

Cerita dia biasa2 je... Kisah seorang transporter yang segak bergaya, mutu & keunggulan, dengan kereta Audi dia yang gah nau2 tuh... tambah scene aksi2 sikit, dari perut kapal terbang boleh melompat masuk dalam kereta, memang timing cantiklah! Cenggitu...

Walaupun 'Frank' yang ini lebih handsome daripada 'Frank' yang dulu tapi, aku tetap pilih 'Frank' & story line yang dulu. Sebab yang dulu misi & visi 'Frank' lebih jelas. Sense of humour dalam memek muka yang super serius! 

Ah kak kasik... 3/5 mintang..! ;)

Habis tengok wayang, kompomlah perut lapor kan... Makanya, marilah kita ke E and E Teppanyaki & Sizzling. 

~ Wefie, 'bukti kejadian' (part 2). Ha3...

~ Chicken Teppanyaki, Beef Teppanyaki & Mix Seafood. Ok, kenyang.

Rasa teringin nak shopping. Kak Ja & Cik Nad on jerrr... Dapat la aku rembat t-shirt 2 helai... Total shopping tak sampai 50 hengget. Haaa... nampak tak... 'Pengguna Bijak Faedahnya Banyak.' ;D

Next movie day out, mungkin dalam perancangan. Wait & see je lah.


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::



Tuesday, September 29, 2015

LELUCON & KECINDAN

Kursus...

Nak ke... tak nak ke... redha ke... tak berapa nak redha ke... kena pergi jugak. Kalau ada alasan munasabah untuk tolak, bolehlah kemukakan... Tapi, kalau alasan tu sekadar, "... memang tak nak pergi... malas... tak minat... bla3..." lebih baik rentikan la...

Buat 'mengundang' je kang! Hu3...

Nama Kursus: Kursus Penulisan Dokumen Rasmi: Surat & Memo
Tempoh: 2 hari 1 malam jerrr...
Tempat: The Regency Hotel, Alor Setar, Kedah

Ada geng, bukan lone ranger. Ok, bagus!

Dari Teluk Intan ke Ipoh, Oppa hantar. Rasa nak nangis tatkala berpisah. Haaa... nampak tak dramatik dia tuh?! Ho3...

Dari Ipoh ke Alor Setar, naik kenderaan jabatan. 

~ Check-in dalam pukul 2 petang kot... Sebilik dengan Kak Nana.

Bilik comfy, ada tv with Astro, bertingkap, mini fridge, cermin yang besar godang tahap boleh melawa sampai lebam, he3... iron dalam bilik siap dengan iron board, closet yang luas & bilik air pun bersih. Overall, aku ok jerrr... Tak payah nak demand2 sangatlah di zaman GST nih. Heh3...

Petang tu jugak dah masuk class. Malam pun ada class. Ada grouping... discussion... presentation... tapi, yang chill2 jerrr... 

Banyak jugaklah ilmu lama yang di refresh & ilmu baru yang memang baru. Tatabahasalah... penanda wacanalah... penanda rujukanlah... penanda penyertaanlah... bla3... 

Paling win bila tuan penceramah bagitau sinonim untuk komedi.

Pertama: Lawak
Kedua: Jenaka
Ketiga: LELUCON
Keempat: KECINDAN

Tang 'LELUCON & KECINDAN'... sumpah, rasa lawak sangat! Ha3...

Lepas tau tu, terus jadik bahan. Kejap2, "... LELUCON la, Kak Nana ni..." Kejap2 lagik kang, "... Leez ni KECINDAN lah..." Ha3... Merepek yang best!

~ Wefie kenang2-an on last day dengan tuan penceramah, Encik Khalid bin Saad, Munsyi Dewan Bahasa & Pustaka. A.k.a Encik Dilkhasyi. He3...

Semoga ketemu lagi...

Eceh! ;P


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::



Wednesday, September 23, 2015

HAIT! ARIGATO GOZAIMASHITA

Suatu hari di bulan Ogos...

Aku diarahkan berkursus. Perasaan..?? Hmmm... of course la lemau sikit. Eh, lemau banyak..! Sebab dah lama nau2 tak pergi berkursus jauh2, luar Perak. Tup2... dapat kat Aloq Setaq nun..! Amekaw!

Jadik, aku pun menghebahkannya kepada Oppa... Oppa pujuk... Oppa kata...

"... Toksah stress2! Esok, kita hang out, kemudian kita makan2..."

& wajah #SongJiHyo bertukar menjadik ke-pink2-an... terserlah ke-kiut-an. ;)

Hah, nampak tak betapa faktor hang out & makanan tu memainkan peranan penting untuk mengubah mood seorang isteri mithali seperti ah kak nih?! Well... see the perut lah, you ols..! Ha3...

~ Mix Seafood & Chicken Teppanyaki. Owh... kenyang, bebeh!

Kami try port makan baru. E & E Teppanyaki & Sizzling nama dia. Baru je bukak. Oppa yang suggest makan kat sini. 

Mix Seafood tu disertakan dengan nasik putih. Sedap! Ala2 asam pedas yang difusionkan. Aku suka, Oppa pun suka. 

Chicken Teppanyaki pun ok. Portion secukup rasa, tak 'overdose' & tak kedekut. Sesuailah dengan kapasiti 'tank' kami. 

Service pun ok. Mesraaa...... ;)

Rating: 3.5/5 mintang

Siapa nak try, boleh datang jugak. Jangan malu2, jangan segan2.

E & E Teppanyaki & Sizzling,
No. 108, Jalan Intan 5,
Bandar Baru,
Teluk Intan, Perak

017-5252994

Kalau nak usha lebih2, boleh terjah Facebook E & E Teppanyaki & Sizzling ni.

Hait! Arigato gozaimashita.

Oppsss, mahaplah! Terlebih makan teppanyaki. Tergeliat pulak lidah ni. Pinjam lidah Jepun kejap. Hiks...


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::



Tuesday, September 15, 2015

KERANA BLACK OUT

Petang semalam, aku balik on time. Nak sampai secepat mungkin kat rumah sebab nak prepare bahan2 untuk dimasak for dinner. Sementara enzim2 & hormon2 rajin ada ni la kena gigih pegang kuali dengan sudip. Heh3...

Prepare bahan2, mandi & solat... semua dah siap. Oppa balik pukul 7 malam. 'Operasi sudip & kuali' dijadualkan bermula selepas Maghrib. 

Sedang2 elok kami berborak & bergossip sikit2 pasal hal duniawi, 'tap'... lampu terpadam. #SoundEffectYangSangatJujur 

Seantero, hokay! Gelap-gelita, kelam, suram... blackout! Nasib baik ada torch light. Penyelamat untuk ke toilet, solat & yang sewaktu dengannya. 

30 minit berlalu... Masih takde tanda2 / sign yang bekalan elektrik akan pulih balik. Dah mula rasa panas, berpeluh. Oppa kata, cancelkan 'operasi sudip & kuali'. Moh 'melawat kawasan' sambil sejukkan badan dengan air cond #CikPuteh, kemudian carik makan.

~ Muka setuju sangat. Mana perginya ntah segala enzim2 & hormon2 rajin tadi tu?! Ha3...


~ Table for 2 di KFC. ;)

Well.. jangan salahkan ah kak kalau dapur tak berasap. Tapi, sila salahkan blackout, ek! Ingat pesanan ikhlas ah kak ni tau! Ahaks3...


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::



'YA' ATAU 'TIDAK'... PILIHLAH

#Throwback

Ini pengalaman pertama tengok LIMA 2015. Jadik kalau boleh, semua pun nak rasa, semua pun nak go through.

Sebelum ke Aerial Displays kat Mahsuri International Exhibition Centre (MIEC), kami lepak2 #WatLekWatPeace chill2 dulu kat area airport. Sebab kat sini pun boleh nampak jet2 tu buat show.

Ramai je yang buat cenggitu. Ada yang sekadar mendongak, tengok secara live... ada yang usung camera besor godang siap lens yang ala2 serombong kapal tu... & ada jugak yang lepak kat stall laksa, sambil tengok sambil makan. Pilihlah nak jadik yang kategori mana. The choice is yours... Eceh!


~ Port thorrbahekkk yang kami dapat. Geng dengan sorang pokcik, penduduk asal Langkawi kot... sebab dialek utagha dia pekat nau2..!

~ Antara yang mengagumkan aku. Daebak!

Almost 1 jam jugak lepak kat situ. Matahari makin mencanak, bahang panas makin menggigit2 kulit. Makanya, kami decide untuk ke MIEC. Walaupun sebenarnya sama je kot... Kat MIEC pun ko akan tengok secara open air, takde bumbung. Tapi, dah katanya nak rasa semua pengalaman kan... redah je la... Plus, ko berpeluang tengok jet2 yang ada dalam dunia ni dengan lebih dekat. Inilah bezanya...

~ Wefie dengan pilot2 / co-pilot2 / crew2 yang terlibat. #Halusssss
~ Airbus

~ Berpeluang naik helicopter yang tak terbang. Annyeong..! ;P
~ Teringin nak rasa naik yang belah kiri. Tapi, queue dia... masha Allah... panjang nau2! Kalau niat diteruskan jugak, mungkin akan terlepas beberapa aerial showcase. Ok, takmo. So, lupakan...
~ Kagum lapanploh juta kali!

~ Mengabadikan kekaguman...

~ Entrance

~ Heli ni comel! Especially tang 'hidung' dia tuh. Hiks...

Untuk pengetahuan, semua yang berkaitan dengan Aerial Displays mengambil tempat di MIEC termasuklah aerial showcase. Tak susah nak carik MIEC ni. Tapi, kalau ko suruh ah kak kasik direction dari arah Kuah mahupun Pantai Cenang / mana2 sekalipun, memang haub jugaklah. Silap hari bulan, you ols boleh sampai Teluk Intan kot..! Bukan MIEC. Harap maklum. Ha3...

Kalau untuk LIMA, you don't worry lah sebab banyak sangat bunting2 yang kasik direction. Plus, tempat ni akan happening. Dari kejauhan dah boleh nampak kat celah mana MIEC tersebut.

Public visitors perlu mendaftarkan diri di kaunter yang disediakan. Admission fee adalah RM 10 untuk yang berusia 16 tahun & ke atas. OKU & warga emas adalah percuma. 1 badge akan diberikan & sila sarungkan seperti gelang tangan sebelum melalui entrance sebab badge tu adalah samadengan pas masuk. Sila bawak IC untuk back up!

MIEC dibuka dari pukul 10.00 pagi hingga 5.30 petang. 

~ Badge pertama kami.

Panas... berlengas... exhausted... sunburn... bla3... 

Tapi, apa ada hal?! Nak 1000 daya, tak nak 1000 dalih. & again... the choice is yours. Pilihlah untuk 'ya' atau 'tidak'.

Aku & Oppa pilih 'ya'. Kami redah. Full of satisfaction & pengalaman yang berharga. Worth it!


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::



Monday, September 14, 2015

NEW CHAPTER...

Tajuk entry tu dah 'London sangat', noks..! But, don't worry, bebeh! Sebab isi kandungan kompom Melayu tulen. Kalau ada terselit2 ke-London-an sikit2 tu... biasa la kan... ;P

Kesahnya adalah kesah sorang lagik cousin aku join the club. Dah kahwin. Menantu pertama untuk Pak Tam.

Maka, projek mencarik & membalut hadiah pun bermula...

~ Projek hadiah kahwin Fatin-Izral yang dananya dikongsi bersama.

Konsep dia cenggini... 1 family 1 dana. Tak kesahlah nak sumbang berapa, JKKKK Hadiah Kahwin akan terima dengan hati terbuka. Asalkan ikhlas. Pembelian hadiah, aku yang handle sebab akulah JKKKK Hadiah Kahwin tersebut. ;P 

Pemilihan hadiah akan ikut bajet / dana yang disumbangkan oleh setiap penyumbang. Hadiah pulak mestilah berupa barang2 yang simple tapi, memang akan diguna pakai oleh pasangan yang baru kahwin. Semua hadiah akan disusun dalam 1 box besar. Melambangkan perpaduan. Ha3...

Hopefully, bila Fatin & Izral bukak hadiah & baca kad, akan terpancarlah sentimental valuenya. Eceh! 

Perlukan seorang lelaki sado untuk angkat hadiah besor godang tu. Terima kasih, Oppa sebab beliaulah lelaki sado tersebut. Heh3...

~ Wefie anak merdeka. Heh3...

~ 'Saranghaaeyo' tak sudah2. Kakak pun layankan je la adik dia yang K-pop sangat nih! Ha3...

~ Sebelum berangkat.

~ Sempat menyelit sebelum Fatin bersanding. He3...

~ Perkahwinan adalah 1 proses pembelajaran & pengalaman. Selamat menempuh 1 lagik chapter baru dalam kehidupan. Kata2 nasihat & motivasi yang ikhlas daripada Kakak Kawasan. Ahaks...

~ Silat bertemu gendng nafiri Melayu. Perrgghhh..!!! Dramatic!

Best betul bila dapat memanfaatkan masa dengan family cenggini. Lepak2 dengan makcik2, borak2 dengan pakcik2, bergurau-senda dengan cousins... Mak happy, Nenek pun lapanploh kali ganda happy. Beronok2 sangat..! He3...


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::



Wednesday, September 9, 2015

EGG DISH + BROCCOLI & MUSHROOM IN OYSTER SAUCE

*Slot Ketuk2 Kuali Bersama Areleez (KKBA)

'Egg Dish' samadengan bukan nama sebenar sebab nama sebenar ia adalah 'Arabic Egg Dish'. Kita kasik tukar sikit sebab nak sesuaikan dengan stok. Rempah-ratus arab nan hado, noks..! Redah pakai apa yang yang ada jerrr...

Bahan2 Untuk Egg Dish:-

2 biji telur ayam
1 biji bawang besar (dicincang)
2 biji bawang putih (dicincang)
1 tangkai cili hijau (dibuang biji & dihiris)
1 sudu butter
1 biji tomato (dipotong dadu)
1/2 batang timun (dibuang biji & dipotong dadu)
1/2 peket cendawan enoki 
1 mangkuk kecil daging ayam kisar
1 sudu kicap manis
2 sudu sos cili
1 sudu sos tiram

Cara2 Penyediaan Egg Dish:-

1. Cairkan butter di dalam non stick pan. 
2. Tumis bawang besar, putih & cili hijau hingga naik bau.
3. Masukkan daging ayam kisar. Sebatikan & masak seketika.
4. Masukkan timun, tomato & cendawan enoki. Sebatikan.
5. Perasakan dengan kicap manis, sos cili & tiram. Padatkan.
6. Pecahkan telur ayam 1 persatu & jarakkan. Masak dengan api perlahan hingga telur ayam masak. Angkat & hidangkan.

Settle 1 hidangan. Next! ;P

Bahan2 Untuk Broccoli & Mushroom in Oyster Sauce:-

1 mangkuk kecil broccoli
1 biji bawang besar (dihiris)
2 biji bawang putih (dihiris)
1/2 peket cendawan enoki
1 sudu sos tiram
1 sudu kicap manis
1 tangkai cili hijau (dibuang biji & dihiris)
Minyak masak
Bancuhan tepung jagung
Air masak

Cara2 Penyediaan Broccoli & Mushroom in Oyster Sauce:-

1. Panaskan minyak masak. 
2. Tumis bawang besar, putih & cili hijau hingga naik bau.
3. Masukkan broccoli. Masak seketika.
4. Masukkan cendawan enoki. Masak seketika.
5. Perasakan dengan sos tiram & kicap manis.
6. Tuangkan sedikit air masak.
7. Tuangkan bancuhan tepung jagung. Sebatikan. Angkat & hidangkan.

~ Egg Dish + Broccoli & Mushroom in Oyster Sauce

Kengkonon Chinese meets Mediterranean la tu kan... Hiks...


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::